Sunday, January 2, 2011

Aktiviti di hari ahad

Bangun pagi terus solat subuh dan pastu aku terus bersiap2 utk jogging.  Pagi ni senang jer kejut irfan sebab dia mmg excited nak main basikal.  Kekdahnya aku ni berjalan dan dia mengayuh basikal.  Hubby pulak aku ajak jogging dia tak mau sbb busy nak pasangkan wallpaper di bilik irfan.  Oklah kami pun pergilah berdua.  Kami berjoging + berbasikal tak lama... cuma 45 minit jer...takper arrr.....

Balik jer rumah, hubby dah mula pasang wallpaper kat bilik irfan...hehehee...cantik gak.  Kami mmg plan nak menghias bilik irfan sbb nak melatih dia tido kat bilik sendiri.  Menu sarapan kami pagi ni mudah jer...aku masak roti salut telur + air teh o... pastu aku dah sibuk membuat keje2 rumah .... basuh baju...basuh cadar..sarung bantal...kasi clear semuanya. 

Menu makan tengahari kami pun simple jer... hari ni aku cuma  masak nasi putih + sambal belacan (buat lebih skit utk simpanan 2 minggu) + sambal pencuk nenas (aku mmg dah lama mengidam nak makan ni) + pucuk ubi colek asam + ikan selar kuning masak asam rebus + ikan goreng.  Haaaa... simple kan? Lepak jugak ari ni...walaupun menu masakannya simple tapi agak cerewet jugak nak siapkan...Berselera kami sekeluarga makan.

Bila tgk bilik irfan dah siap pasang wallpaper....cantik tu....nanti nak cat pulak warna biru laut + pasang border gambar kereta.  Lagi satu nak belikan dia almari baju + meja study....saje kasi dia bersemangat skit.  Tapi....dalam kami sibuk kemas rumah tiba2 terpacul satu soalan menyengat dari mulut irfan...katanya.." Ayah.... bila irfan nak dapat adik ni???"  Kami dua2 terdiam tak terkata.... "irfan nak adik sekarang jugak"...
Harapan dan doa kami... tahun 2011 ni adalah hendaknya rezeki kami untuk dapat anak kedua....Amin...