Friday, April 20, 2012

Assalamualaikum..

Lamanya aku mencutikan diri aku dari "mengapdet" blog ni.  Rasa macam tak der mood nak menulis apa-apa.  Walhal ada banyak jugak bahan-bahan yang aku kumpul untuk dimasukkan ke dalam blog.  Mungkin jugak kerana banyak dokumen yang perlu aku siapkan di pejabat sehingga hilang mood nak bercerita di sini.  

Macam-macam hal berlaku dari awal tahun 2012 sehinggalah ke hari ini.  Bermacam-macam cerita suka dan duka.  Banyak jugak dugaan yang perlu aku dan keluarga tempuhi.  Alhamdulilah semuanya dapat ditangani walaupun tidak sepenuhnya.  Terutama sekali tentang  anak bujang montelku - Muhammad Irfan Danish.  Walau apapun masalah yang mendatang ianya perlu hadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya.  Aktiviti-aktiviti aku sebagai 'freelance makeup' juga berjalan lancar.  Job tidaklah selebat mana.namun.... aku bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.

Awal januari 2012 yang lepas Irfan mula melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.  Dia mmg cukup gembira dengan persekitaran sekolah yang baru.  Kalau dulu..Tadika Nuri comel jer...pelajar pun tidaklah seramai Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Mount Austin.  Aku tahu Irfan mmg cukup2 teruja dengan pengalaman barunya.  Pada sebelah petangnya pula Irfan bersekolah agama di bangunan yang sama.  Jadi, satu cabaran untuk kami dan irfan sebenarnya bila Irfan perlu menukar pakaian sekolahnya sendiri.  Sepanjang minggu pertama persekolahan aku mmg busy memantau dan mengajar dia untuk menguruskan diri sendiri.  Alhamdulilah sekarang ni dia dah pandai buat sendiri walaupun taklah sekemas mana.  Macam-macam komen yang aku terima daripada guru-guru yang mengajar Irfan.  Pada awalnya aku rasa sedih sangat2...tapi aku perlu berfikir secaara rasional untuk berhadapan dengan permasalahan ini.  Almaklumlah Irfan masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan persekolahan.  Cikgu-cikgu pastinya lebih bijak menarik minat Irfan untuk menumpukan perhatiannya di dalam kelas.  Lama-kelamaan dia akan faham dan tak ligat sangat lagi.  Apa pun aku amat-amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar Irfan kerana cukup sabar melayan karenahnya.  Sekarang ni dah masuk bulan keempat persekolahannya......keadaan pun dah berubah...Irfan sudah mula faham dan minat belajar ........walaupun masih belum sepenuhnya.....

Kerja-kerja di pejabat sepanjang tempoh Jan-April 2012 ni pun amatlah banyak.  Tapi sekarang ni banyak yang telah siap dan dihantar ke Jabatan Pengajian Tinggi dan Malaysian Qualification Assurance (MQA)...Lega sangat-sangat.  Bak kata Puan Huzi ..."Aku suruh guna meja kantin ko tak nak..sampai nak cari pen sendiri pun tak jumpa"...hahhahahhha....gilo apa aku nak guna meja sepanjang tu...

Mata pun dah mengantuk .....nanti aku sambung lagi....terima kasih kerana sudi membaca karangan sederhana panjang aku ni....