Monday, October 31, 2011

Drama Korea - First wife Club


Drama ni merupakan antara drama yang terhangat dan terbest di channel 393 astro.
Dari episod yang pertama aku dah rasa yang drama ni bagus dan benar2 menyentuh perasaan serta memberikan kita satu kesedaran tentang ilmu kekeluarga.  Ilmu kekeluargaan yg aku maksudkan ialah dari aspek amanah, kejujuran, kepercayaan, kesetiaan, tanggungjawab dan penghargaan serta kasih sayang.

antara pelakon utama dalam drama ni..

Cerita ini berkisar tentang pengorbanan isteri kepada suami, suami kepada isteri serta anak2 dan ibu bapanya.  Apa akan terjadi sekiranya pengorbanan yang dibuat langsung tidak mendapat penghargaan daripada pasangan.  Mesti rasa hancur hati ni kan.  Pengorbanan seorang yang sanggup melihat atau membiarkan si suami/isteri mempunyai hubungan istimewa dengan yang lain demi utk menjaga rumah tangga mereka  dan menjaga hati dan perasaan anak2.  Anak2 tak nak ibu dan bapa mereka bercerai.  Sehinggakan mereka mengganggap si suami/isteri itu adalah takdir mereka.  

Tambahan pula apabila berlatarbelakangkan bapa yang seorang kaki perempuan dan berkahwin dua. Kemudian, tidak menghargai pengorbanan isteri pertamanya dalam mencari nafkah untuk keluarga.  Kenapa sukar sangat nak tunjukkan rasa hormat, berterima kasih dan penghargaan kepada pasangan?  Kenapa sering merasakan yg orang lain lebih hebat dan baik daripada pasanngan kita?  Adakah itu tanda yang kita tidak bersyukur? 

Apakah yang akan dilakukan oleh si isteri bila mendapat tahu si suami curang? adakah berdiam diri? adakah akan menangis sampai bengkak2 mata? adakah terus bangkit mencari kelemahan diri sendiri lantas memperbaikinya?  adakah akan mula bersaing dengan kekasih si suami utk merebut kasih sayang dan perhatian si suami?

 pelakon utama yg aku teruja sangat melihat watak mereka iaitu Book Soo dan suaminya Ki Jeok

Bok Soo berkahwin dengan Ki Jeok dan mempunyai 2 orang anak perempuan.  Mereka tinggal bersama2 dengan bapa Ki Jeok yg kuat complaint dan suka perempuan cantik serta kaya.  Ki Jeok bekerja sebagai seorang doktor.  Kos pengajiannya ditanggung oleh isterinya, Bok Soo yg bekerja sebagai penjual ikan.  Dalam diam2 tanpa pengetahuan suaminya Bok Soo juga telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.  Dia berasakan yg dia perlu utk berbuat sesuatu agar kelihatan setaraf dan setanding dengan suaminya.  Tapi, malangnya suaminya langsung tidak menghargainya malah sering merungut sebab dirasakan Bok Soo ni berbau busuk (bau ikan), tak pandai bergaya dan tak setanding dengannya.  Tapi bagi Bok Soo jika dia nak bergaya  pastu memerlukan wang yang banyak dan di anggap membazir.

Ayah Bok Soo kaki perempuan dan beristeri dua.  Ibunya sering memendam perasaan.  Abangnya juga curang dengan isterinya.  Isteri abgnya iaitu Hwa Shin adalah kawan baiknya.  Jadi, dia telah banyak mempelajari tentang keluarga yg hampir kacau bilau bila si suami curang.  

Rupa2nya, Ki Jeok juga curang terhadapnya apabila bertemu keembali dengan kekasih lamanya.  Mereka terpisah apabila kekasihnya berkahwin dan menetap di Amerika Syarikat kerana anaknya bersekolah di sana.    Namun, di sebabkan masalah kewangan mereka terpaksa balik ke korea.  Jd mereka memberontak dan tidak berpuas hati dengan suaminya.  Ki Jeok adalah doktor yang merawat suami kekasihnya yang sakit kanser perut.  Tetapi isterinya tidak tahu menahu tentang hal ini.  Mereka hidup seperti orang kaya....tapi sebenarnya suaminya telah bankrup.  

Suami kekasih Ki Jeok mengetahui akan perhubungan mereka.  Sebab itulah Ki Jeok mula utk menjauhkan diri dari kekasihnya.  Tapi....mampukah dia??? Tahankah dia????

Apabila Bok Soo dapat tahu yg suaminya curang ....dia pun menubuhkan  persatuan isteri2 pertama....antara ahlinya ialah isteri abgnya dan ibunya.  Apa yang dia buat seterusnya????? kita tunggulah kesudahan cerita ni.....nak tengok online pun boleh...

Tetiba aku teringat lagu KRU - 3 kata...sukar nak meluahkan rasa sayang....ego setinggi gunung...
lagu utk orang yg lupa erti cinta....hanya 3 kata sahaja....cukup besar maknanya...

Lirik Lagu Tiga Kata -KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You 

sekian.....nanti aku cerita utk drama korea lain yer...





2 comments: