Tajuk drama ni ...kalau kat astro 393 adalah Glass Castle..tapi bila tengok online tajuknya city of glass.
Masa episod yang pertama tu aku macam layan tak layan jer drama ni...tapi lepas tu mulalah kemaruk nak tgk ari2 siap tgk online lagi. Buat masa ni aku ada jugaklah tgk online tapi taklah keseluruhan cerita...
Aku suka tengok cerita ni...
Cerita ni mengisahkan Jung Min Joo yang datang dari keluarga yang sederhana. Mak dia kahwin 3. Maknanya dia ada 3 orang adik beradik yang berlainan bapak. Min Joo bekerja sebagai peyampai berita di sebuah stesen radio..(lupa pulak aku apa ke namanya company dia ni). Senior Min Joo pulak namanya Park Suk Jin yg selalu menyakitkan hati dan beri komen2 yang pedasss gitu.
Kim Joon Sung telah melanggar Min Joo dengan tidak segaja sebab si Min Joo ni sesuka hati jer melintas tak tengok kiri kanan...masa ni Joon Sung dah mula tertarik degan Min Joo. Sejak dari itu Joon Sung cuba mendekati Min Joo sehinggalah mereka berkahwin. Pada awalnya Min Joo mmg tak nak terima Joon Sung sebab dia rasa mereka tidak sepadan & Joon Sung anak orang kaya. Min Joo sebenarnya mcm dah mula suka kat senior dia tu...Suk Jin.
Bila mereka berkahwin....kehidupan Min Joo telah berubah. Mereka terpaksa menangguhkan untuk berbulan madu sebab Joon Sung ada urusan perniagaannya. Kesiankan??? Terlalu banyak perkara yg perlu dituruti. Min Joo terpaksa belaja hidup berprotokol memandangkan dia adalah menantu kedua keluarga orang kaya Kumpulan Yusung. Semuanya kena berubah termasuklah cara Min Joo berpakaian. Min Joo terpaksa menghentikan seketika impiannya utk menjadi penyampai berita yang berjaya...semuanya kerana dia menyintai Joon Sung.
Sebenarnya, sebelum Joon Sung mengahwini Min Joo.....Park Suk Jin pernah berkata kepada Joon Sung
"sesiapa sahaja yang menyintai ahli keluarga Kim umpama memakan racun" hehe begitulah lebih kurang ayatnya...kehidupan keluarga Joon Sung semuanya telah diatur oleh bapanya...siapa berani lawan???
Bagaimana hidup di dalam istana kaca???? sendiri mau ingatlah...hahhahaa... adakah mereka tetap kekal bersama? Mereka bercerai akhirnya.....adakah itu pengakhirannya????? aku pun tak pasti sebabnya baru tgk sampai episod 20 jer....Wang mengatasi segala-galanya dan wang amat berkuasa...kerana duit mereka yang saling menyintai berpisah....sad ending lahhhhhh ghasanya...
No comments:
Post a Comment