Thursday, July 19, 2012

Kisah Arnab dan Kura-Kura

Suatu masa dahulu, sang arnab dan kura-kura saling mencabar antara satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan.   Perlumbaan ini akan menentukan siapa yang lebih pantas berlari.  Sesiapa yang sampai awal di garisan penamat yang dipersetujui akan menjadi pemenang

Perlumbaan pun bermula.  Sang arnab berlari dengan pantas sekali.  Di separuh jalan dia melihat kura-kura tertinggal jauh di belakang.  Sang arnab duduk berehat di bawah pokok sehingga tertidur.




Sang kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong sang arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut.  Sang arnab arnab terjaga dan cuba untuk memotong kura-kura tetapi gagal.  Dia sangat sedih dan menyesali kegagalannya



Arnab
Semua dah tau kan perangai sang arnab.
Arnab digambarkan sebagai seekor haiwan yang cerdik, bijak, pantas bertindak
Tapi tak lupa jugak...sikap negatif sang arnab yang bercakap besar, gopoh, tidak fokus & memandang rendah kepada kura-kura

Bagaimana pula kura-kura??
Ia digambarkan dengan sifat yang penyabar, fokus, konsisten, yakin pada diri sendiri, tidak gopoh dan sombong seperti arnab.


Kenapa kali ni aku nak berceloteh tentang arnab & kura?
sebabnya ...
semalam aku berjumpa dengan cikgu kumon irfan
kami berbincang tentang progess irfan
selama 6 bulan dia di kumon...pencapaiannya turun naik
sepertimana yang aku ceritakan pada entry yang lepas semuanya bergantung kepada emosi dia
Bila emosi dia baik masa tu...
80 soalan dia blh habiskan 10 hinggi 11 minit
dengan kesalahan jawapan yang kurang dari 2
Tapi, bila mood dia tak baik...prestasi dia jatuh menjunam
Cikgu kumon pernah amek video bagaimana cara irfan menjawab soalan
memang cepat dan boleh mengira tanpa menggunakan jari @ jalan kerja dan nampak konsisten
itu kalau dia FOKUS
kalau tak...sebaliknya lah.....

Di Kumon irfan ada kawan baik 
aku namakan dia sebagai "L"
L ni...pada awalnya mmg mengadapi masalah untuk fokus dan tidak mahu mengira
tapi...bila dah setahun di kumon prestasinya sudah meningkat
dia dah konsisten dengan kerja2nya dan dah boleh fokus dan menjawab soalan dengan yakin
ini satu pencapaian yang baik
sebab dia dah pandai mengaplikasikan apa yg dipelajari di kumon dengan kehidupan seharian
pastinya ibu L sudah mula menarik nafas lega....Alhamdulilah

Dari segi buku-buku latihan pulak
Irfan dah jauh tinggalkan L
irfan dah mula membangga diri sebenarnya
walaupun dia tak cakap ngan aku mcm tu

Jadi....aku pun bertanya ngan irfan....dialognya lebih kurang macam ni yer

Ibu  :  Dalam cerita kura-kura & arnab, irfan nak jadi apa?
Irfan  :  Mestilah arnab bu..sebab arnab ni bijak dan kuat lari..tak macam kura-kura..lambat
Ibu :  ooo...mcm tu.  Tapi, dalam cerita tu ... arnab akan tertido  bawah pokok & masa tu lah kura-kura perlahan-lahan lari dan menang dalam pertandingan tu??? Irfan nak kalah ker
Irfan  :   eh...irfan tak nak kalah bu....irfan cuma nak rehat jer kat bawah pokok tu ..pastu mata irfan cuma ttp skit jer...jd irfan blh tgklah kura2 tu nak potong irfan ker tak...irfan tetap menang...kura2 lambat
Ibu:  kalau mcm tu....L pun mampu untuk kalahkan irfan tau...
irfan :  Hah???



Irfan tetap mempertahankan yang dia arnab yang bijak, kuat lari
Tapi....dia gopoh kan? dia tak fokus kan? ...dia memandang rendah pada org lain kan?...usaha dia tak konsistenkan?  kenapa bila dah tau dia kuat lari...dia tak terus lari sampai habis?  lepas tu terus menangkan? Kenapa masih nak berehat di pertengahan jalan dgn alasan kura-kura lambat?

Sifat ini yang perlu aku dan hubby perbetulkan...dan bercerita semula kepada Irfan...
walaupun kita lambat...tapi dengan azam yang kuat, fokus, usaha yg konsisten....kita akan berjaya

Fuhhhh..pening jugak aku nak memahamkan dia
takper...perlahan2...
Budak2 ni...senang jugak kita nak tau sikap dia berdasarkan komen dia ttg cerita2 yg macam ni...
Jadi, sebagai ibu & bapa kita akan sentiasa peka dengan keadaan dan perubahan sikap anak kita...


2 comments:

  1. Lawak laa Irfan ini...
    Pilih Arnab meme baguss tau hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. link video kelinci &kura-kura, dishare dong, kalo ada

    ReplyDelete