Tuesday, August 14, 2012

Drama Korea Lagiii...Bride of The Sun


Bride of the sun....... cerita ni berjaya menambat hati aku..cheh wahhh
Jalan ceritanya menarik.  Tapi kadang2 tu terlepas jugak nak tgk citer ni...Almaklumlah bulan puasa..letih....bila tgk tv....tv pulak yg tengok aku..huhu


Cerita ni mengisahkan tentang Kim Hyo Won gadis miskin yang terpaksa korbankan cintanya terhadap Choi Jin Hyeok demi menyelamatkan keluarganya.  Ayahnya tiada pekerjaan tetap dan adiknya pulak sakit. Mak dia tu..kejam sikitlah.  Ia bermula apabila adik Hyo Won yang sakit dan memerlukan wang yang banyak untuk menjalani pembedahan.  Mak Hyo Won memaksanya utk mencari duit ....atas dasar tanggungjawab sebagai seorang anak dan  kakak dia berusaha...sehinggalah dia bertemu dengan Lee Kang Ro yang sudi membantunya melunaskan segala kos perubatan adiknya dan jugak melepaskan ayahnya dari penjara.  Lee Kang Ro ni orang kaya...tapi dah tua...dia memang dah mula sukakan Hyo Won.
Semasa dia sedang bermasalah...teman lelakinya Jin Hyeok berada di Amerika.  

Tapi...dia terpaksa berkahwin dengan Lee Kang Ro dan melepaskan Jin Hyeok...sedih arrr.  Walaupun ddk di rumah yg besar tapi dia tetap tak bahagia sebab cintanya hanyalah untuk Jin Hyeok.  Mak Hyu Won pulak asyik mendesak nak macam2...dia ingat anak dia senang dan bahagia sangatlah.  Hyu Won terpaksa berhadapan dengan bekas isteri suaminya yang gila kuasa dan sentiasa berdendam dengan Kang Ro.  Dia memang amat tidak berpuas hati bila dapat tau Kang Ro mengahwini Hyo Won.  

Jin Hyeok pulak bekerja di company Kang Ro.  Dia sebenarnya adalah misi utk membalas dendam terhadap  Kang Ro yang telah membunuh ibu bapanya.  Dalam masa yang sama dia masih lagi menyintai Hyo Won.
bermacam2 dugaan dan cabaran yang mereka hadapi.  Hyo Won seorang perempuan yang kuat semangat. Di rumah pulak dia sentiasa berhadapan dengan menantu Kang Ro yg gilakan harta dan juga anak perempuan Kang Ro.  Jin Hyeok berjaya mempengaruhi anak perempuan Kang Ro.  Dia memang bijak.



Akhirnya.....
mereka berjaya hidup bersama.....Kang Ro mati.  Tapi, sebelum dia mati...dia telah menceraikan Hyo Won. mereka telah bebas daripada cengkaman orang2 kaya ni... Hyo Won pun berjaya dengan kerjayanya....mak & ayah Hyo Won buka restoran...Siapakah pulak yg membunuh ibu & bapa Jin Hyeok???? Kang Ro atau bekas isterinya???? apakah kesudahan menantu Kang Ro yg gila harta tu?  apa terjadi  dengan anak perempuan Kang Ro?

Tapi, bila nak tgk online citer ni...tak der english subtitle.  Tapi ada link ni..https://justdramas.wordpress.com/recaps-index-2/

No comments:

Post a Comment