Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2013

Hari ni memang meriah..
meriah mak bapak dok pakat coti sebab nak anta anak p sekolah
irfan dah darjah dua sekarang ni
2 Bestari & 2 Berlian

Malam tadi irfan tak boleh nak tdo
pukul 9.30 aku dah paksa dia tdo..siap baca buku cerita lagi...tapi gagal jua..
tak boleh tido sebab terlalu gembira nak ke sekolah esok harinya...
Aku membusykan diri menggosok baju sekolah irfan utk 3 hari...lengoh tangan dibuatnya
ayah irfan pulak membusykan diri jahit lencana & sampul buku 

so...kami bertiga tdo lebih kurang pukul 12.30 tengah malam...
sebenarnya..aku pun teruja sekali....
hahaha lelebih pulak ibu irfan ni...
sebelum tertido tu barulah terpersan sms dari guru kelas irfan ..cikgu punijah namanya...

"Esk dh start kls...utk esk bi, pj (hr 1st xyah pki bj), mt, bm, sains, muzik..."

jadinya irfan x payah bwk semua buku teks...ringan sikit bag tu
Pagi ni kami bangun pukul 6.15...
terus kejut irfan dan siap2 ke sekolah
hujan turun lebat masa ni....


muka mengantuk lagi budak ni..tapi tetap bersemangat nak ke skolah
"tolonglah jangan nakal2 kat sekolah yer..pastikan baju kemas & bersih"
hahaha...biasalah aku pot pet pot pet bebel itu ini kat irfan...
mengangguk2 jerlah budak ni...
"ha..tgk ni...irfan pakai stokin senget2 dah...ibu ni...."
sahlah dia dah boring dengar sesi ceramah aku di pagi hari....
tapi ceramah aku ni tak terhenti di sini...
ia bersambung sehinggalah di dalam kereta...

Sampai jer sekolah hujan masih lebat lagi...
kereta dah mula berderet-deret...
aku temankan irfan sampailah kat kawasan perhimpunan...
masa on the way ke sini...sempat pulak irfan kata kata aku "bu...tak payahlah antar sampai sini..."
ooooo....dah besar..malulah pulak...
tapi aku buat tak tau jer...irfan terus beratur ikut kelas dia..


kami tunggu kat belakang dalam 10 jer...pastu terus balik...

waktu tengaharinya pulak...
aku menjengah lagi ke sekolah
saja jer nak tgk dia tukar2 baju untuk sekolah agama pulak
untuk makluman...sekolah kebangsaan & sekolah agama adalah ditempat yang sama
sesi sekolah kebangsaan bermula 7.20 hinggalah 12.50
sekolah agama bermula pukul 2.00 hinggalah 3.30 petang
Sampai jer kat sekolah...perghhhh...jalan dah jem..kereta dah penuh di kiri & kanan jalan
aku park kat kawasan kedai..
jauh jugaklah menapak..
aku tercari2 manalah budak montel ni...
rupa2nya dia tgh tukar baju kat bilik wuduk...

aku cuma monitor jer si montel tukar baju dengan 3 bff yang lain...fikri, muhaimin & amirul
kelakar aku tgk gelagat budak2 lelaki...
selamba jer bukak baju tanpa segan silu....ke aku yg tak malu tgk dia orang tukar baju...
huhu...masing2 macam2 cerita...aku tolonglah jugak budak2 ni bersiap...
Alhamdulilah,....baju irfan besih...tak lah kotor sangat....

 Saya Irfan...kenapalah awak tersenyum begitu....

 Saya Muhaimin

 Saya Fikri

saya Amirul




Bila dah siap tukar baju.....barulah dia orang makan.....
masing2 gembira tunjuk kasut baru....dan macam2 yg baru...

Selamat Kembali ke Sekolah...

Monday, December 31, 2012

Beraktiviti di Hujung Minggu 30 Dec 2012

Macam biasalah kan... aku suka sangat bercerita ttg aktiviti di hujung minggu kami sekeluarga
Minggu ni kami taklah berjln jauh2...dekat2 rumah jer
Pagi-pagi lepas solat subuh baring2 lagi kat katil sampailah tertido
sedar2 jer dah dekat pukul 10 pagi...
amekkk terkejut beruk aku...almaklumlah dah lama tak macam ni...
biasanya hujung2 minggu cuti sekolah ni aku busy ngan kerja2 memakeup orang..
tapi minggu rehatlah....

Lepas breakfast kami pun mulalah merayap ker Jaya Jusco Tebrau
sesaja jer nak cari barang2 skolah irfan & aku plan nak beli sandle baru serta kuali baru
penat jer do try sandle2 yg aku berkenan tapi tak der saiz....
ermmm...boring jer...teruslah beli barang2 yg lain

Irfan setiap kali ke sini pasti nak p main2 kat playground tu...
aku kasi RM3....cukuplah yer..kang boring pulak kami menunggu dia bermain
sambil2 menunggu tu aku belilah buah mangga
ermm..sedap...rangup....cuba harga tu tak menahan...

Bila keluar dari jusco perut kami dah menyanyi2 kelaparan
destinasi seterusnya adalah warung nasi ayam penyek
warung ni offismate aku yg do promote 
katanya sedap..
tapi memang betul2 sedaplah...pasti nak datang lagi..
warungnya di kg saujana..

lepas tu teruslah beli durian dan ke kedai bunga


Amboi....gembiranya "dia" menyambut kedatangan kami.. malu2  kucing yerr


 Aku mmg nak beli bunga ros..sesaja nak tambah koleksi kat rumah...tapi bila tgk keadaan pokonya pulak..amatlah tidak memberangsangkan...macam tak berbela.  So tak jadilah nak membelinya..lagipun pembantu kedai tu dok habaq nak datang lg stock bunga ros baru minggu depan..jadi kali ni kami hanya cuci2 mata jer...tak membeli apa2

 Bila tgk orkid...ermmm macam berkenan tapi.ruang pulak tak mencukupi.  Kalau banyak sangat bunga kat rumah pun semak mata memandang  pulak..tapi kalau beli sepasu dua...tak per..kan...


ha..buah limau ni memeylah melambak2 kat kedai ni..almaklumlah nak raya cina...tapi buah limau ni blh dimakan ker??tapi rasanya hanya cantik dipandang jer



 Kan best kalau ruang kat rumah aku mampu untuk menempatkan benda alah ni..cantik..

 pokok durian pun ada... kari pun ada.....

 bermacam2 pasu ada

setelah penat aku bercerita...inilah dia kedai yg aku pergi...sesaja jer aku bawak korang pusing2 tgk gambar kat kedai ni...pastu barulah korang tau nama kedai ni...

Destinasi seterusnya...kedai gunting rambut
almaklumlah tinggal berapa ari jer lagi nak naik skolah
rambut pun dah memanjangkan diri...

disinilah kerusi kegemaran kami...kerusi pilihan...tak derlah kelebihan apa2 tapi...kedudukan inilah yg menjadi pilihan..

 masamnya..

 kan manis senyummm



lokasi kedai ni di Taman Setia Indah JB

siap jer gunting rambut singgah kedai buku ...cari2 apa2 yg patut lepas tu terus balik rumah
penatnya....
irfan request nak p memancing udang
ermmm tak kosa nak layan...penat dah ni...
buku2 sekolah tak sampul lagi....

Petang ahad duduk rumah diam2
lagipun hujan kan....

Sekian......

Wednesday, December 26, 2012

Persiapan Kembali ke sekolah

pejam celik...pejam celik ...
sekolah dah nak bermula...
sana sini jualan kembali ke sekolah
merata2 tempat

persiapan untuk anak bujang aku biasa2 jer...
memula kami p Bandar Kota Tinggi dulu..
kat situ baju sekolah bergantungan di sana sini kedai
pilih jerlah kedai mana yang berkenan di hati
aku plan nak tgk dulu uniform sekolah agama dia..
saja nak bandingkan harga baju yg dah siap di jahit dengan kalau kita buat tempahan jahit
(eh betul ke ayat aku ni..korang faham2kan sendirilah ye!!)

pusing punya pusing
akhirnya langkah kami terhenti di satu kedai yg bernama "Euro Textile"
kami rasa tertarik dengan susunan barang kat kedai ni yg tak semak mata memandang
pekerjanya pun bagi layanan yang baik...
harga sepasang baju RM40 jer.. kualiti kainnya aku suka..kain koshibu (hehe betul ker ejaan aku ni??)
TAPI
saiznya macam ada yg tak kena dengan irfan,...
last2 pekerja kedai tu cadangkan kat kami untuk membuat tempahan jer dengan kadar harga yang sama.
Fuhhhh lega ati....lepas siap2 amek ukuran badan irfan dan bayar deposit RM100 kami pun merayap pulak ke kedai2 lain...
oh yer lupa pulak..kami pun tempah sekali kain samping itam... (hehe kain samping yg dah sedia ada tak muat pinggang pulakkk)

Pastu beli sepatu skolah 
cukuplah beli 2 pasang jer dulu... + tali pinggang 
rasa dah penat kaki ni berjalan kami pun baliklah...

Bila dah nak lg seminggu naik skolah barulah kami belikan uniform sekolah kebangsaan pulak...
erm....kaki sluar kena ptg sebab panjang sangat..
nasib baiklah jiran blakang rumah aku pandai menjahit...
jadinya....mintak tolong kak mazni potong kaki seluar irfan...

Hari Ahad lepas... kami ke Bandar Kota Tinggi untuk kali keduanya
kami nak amek uniform sekolah agama yg ditempah ari tu
Alhamdulilah..jahitannya kemas....toke kedai ni siap promot kat aku utk tempah baju raya pulak kat dia...
haha...boleh gak....

Pusing2 jugaklah carik bag skolah....
macam2 brand...macam2 pesen...
ada mahal ...ada murah...
aku terkasima sekejap bila irfan request nak beli beg skolah warna kuning  terang
toing...toing..toing... tolonglah nak...cariklah warna lain yg sedap skit mata memandang dan tak mudah nampak kotor....
nasib baiklah dia dengar cakap aku....
kami pilih warna itam jerlah....senang..

inilah sedikit persiapan anak bujangku kembali ke sekolah




Minggu ni bermulanya sesi pendaftaran sekolah agama dan pembelian buku...
minggu depan daftar skolah kebangsaan....
cepat sungguh masa berlalu...

Tuesday, December 25, 2012

Hasil Makeup Lagiii....

Sepanjang musim cuti sekolah ni....
sana sini orang buat majlis kawen....
Bila di majlis kawen tu macam2 jenis makanan dihidangkan... contohnya macam kat gambar bawah ni...



Ha....siap dengan nasik minyaknya...bariani  gamnya...nasik serainya...
dan macam2 lagi...
Ditambah pulak dengan kuih-muih yang berbagai rasa dan jenis...rojak buah...
sedap tu...
Tapi tak semuanya 100% dapat memenuhi selera kita...
betul tak??? 
walau apapun makan tetap makan..

habis kisah makan.... aku nak share gambar hasil make up beberapa hari yg lepas..
maaflah gambar x berapa nak clear...
maklumlah pakai camera cap ayam jerkkk





hehe...jgn marah yer..boleh pulak ada gambar yg senget ni...tak perlah..anggaplah senaman leher...
sebenarnya puas aku betulkan ttpkan jadik mcm ni....maklumlah ta berapa nak pandai...
ramai gak pengantin yg minat warna ijau ....menarik gak....


Monday, December 17, 2012

Parking....

Bekerja di Pusat Bandar Johor Bahru...
masalah utamanya adalah
"parking" atau "tempat meletak kenderaaan"
kalau boleh nak yg free jerrr
tak dinafikan mmg ada tempat freee....
free  kalau x kena saman dek polis traffic @ JPJ

kalau nak tempat free...
aku kena dtg awal pagi..seawal 7.00 - 7.30 pg...
fuhhh ...sungguh tak terdaya aku...
bila dah sampai awal2 ni ..kenalah tunggu pintu opis terbuka paling awal pun pkl 8.30..
tak sanggup...
tapi biasanya ari sabtu aku akan ltk kereta di kawasan ni
eh....korang nak tau kat mana??
ehhhh...mana aku blh bg tau...nanti kang berebut nak parking kat sini...
tak pasal2 encik2 yg berbaju putih @ biru tu dtg menyingggah kasi kad jemputan...
tak mahal RM300 jer....
sanggup????

Kalau hari2 biasa ni..aku akan parking di kawasan seperti di bawah:


bagi yg bekerja di sekitar pusat bandar JB mmg taulah di mana lokasinya.  Aku mendapat khidmat bantuan "uncle Chin" untuk membantu aku meletakkan kupon parking hampir setiap hari.  Tapi....kadang2 tu pun penuh gak..jadi silalah meletakkan kenderaan anda di tempat lain dengan kadar RM1.60 sejam @ RM10 sehari...haaaa.... mampu???
sekali sekala bolehlah ...tapi kalau dah hari2..kopak poket aku...

berbalik semula pada gambarajah di atas (hehe...dah macam soalan peksa pulak)
korang nampak tak di mana letak duduknya kereta honda biru tu???
adakah di petak parking?
adakah kereta ni ada orang di dalamnya?
jawapannya....kereta ni tuannya entah ke mana....parking pulak kat tgh jalan...
hebatkan dia...agaknya dia ingat kereta lain boleh melompat...
Masa aku nak kluar ari tu...
kereta merah kat belakang tu dah hon bebanyak kali...
tapi tuan kereta biru tetap tak kunjung tiba...

Inilah jadinya....
kawasan yg banyak bangunan di sekeliling tapi...
car park masih tidak mencukupi....
suka suki parking sana sini...
umpama melepaskan masalah sendiri...
orang lain??? korang pikir2lah sendiri...

Mujurlah...kampus baru nak bukak tak lama lagi...
makanya...Alhamdulilah masalah parking selesai...
tapi tak tau pulak kan...kang kat tempat baru...
staff dok berebut parking ngan student...
hehe...mintak2 jgnlah timbul masalah yg macam ni...

Sekian.....kita sambung cerita lain..
nantiiiiiiiiii....

Sunday, December 16, 2012

Hasil Makeup ......

Rasanya dah lama aku tak berkongsi cerita  tentang hasil make up
tak semua gambar2 ni aku yg amek...
ada gak gambar ehsan dari fb orang lain & photographer

Aku ni.... mmg malas nak amek gambar lepas makeup...
kalau boleh lepas make up  aku nak cepat2 balik...

Jom layan...








ini jerlah gambar yg sempat di simpan...selebihnya  ...ermmm...


Tuesday, November 6, 2012

Bosannyaaaaaaaaaaaaaa


Inilah yang aku alami sekarang.....
Bosan....Boring...
You know why???
its only because of my house renovation progress keep pending...pending & pending
dah 3 weeks tau....its not major renovation ....kecik jer...
2 minggu jugaklah kami keluar masuk rumah ikut pintu belakang...
Mana taknya...kat depan penuh ngan batu pasir dan simen..

The best reason is musim hujan
& wak tukang rumah busy with his other jobs.

Keadaan rumah yang berabuk sana sini...
naik penat nak mengemas...

Walau apa pun kami suka dan berpuas hati jugaklah dengan hasil kerja wak tukang rumah
Kami akur sekarang ni musim hujan...
hope that this week wak tukang rumah can manage to finish it....