Haaaa..korang pernah tengok buah ni??..pernah makan???
Aku masa kecik2 dulu pernahlah makan..
rasanya...tak ingat sangatlah..masam...kelat..
boleh dibuat ulam & bila dah masak boleh dibuat sambal mcm kat gambar ni
buah ni biasa ada kat tepi2 sungai...kampung aku mmg dekat dengan sungai Batu Pahat.
Nama kampung aku "Kampung Pedada Kuning" diambil bersempena dengan nama buah ni...
ada tambahan kuning tu sebabnya buah ni bila dah masak berwarna kuning..
Aku percaya...ramai yang tak tau buah ni...entah2 orang2 kampung aku pun tak kenal buah ni...
sebab tu aku sesaja nak bercerita tentang buah pedada....sesaja nak berkongsi cerita...
Buah Mangga di dalam Celapa
Buah pedada di buat laksa
Yang muda menyapa yang tua
Itulah tanda berbudi bahasa
Ramai yg tak kenal dan entah2 tak pernah tau kewujudan buah pedada...namanya hanya tertinggal di dalam pantun ...bak kata ..Prof Datuk Dr Zainal Kling "Buah Pedada hanya tertinggal di dalam pantun"
Masa aku menggoogle ttg buah pedada...aku terjumpa gambar ni
haaa...dah di buat air pun...
ada yang buat dodol tau..
apa agaknya khasiat buah pedada
ia boleh membakar lemak dalam badan....apa lagi...bolehlah mencuba...
Nama saintifiknya ialah "Sonneratia Caseolaris"
No comments:
Post a Comment