Cerita yang menghiburkan di waktu petang. Biasanya bila balik kerja terus aku tgk citer ni dulu. Kalau terlepas waktu petang...aku akan tengok ulangan pada malamnya pula. Memang kelakar + menyentuh perasaan. Menceritakan tentang sepasang suami isteri yang bercerai. Mereka dikurniakan 2 orang anak. Malangnya, anak mereka yang lelaki telah meninggal dunia. Sejak kematian anaknya ini meraka saling bergaduh dan tidak sependapat dalam banyak hal. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Bila bercerai mereka bawa haluan masing2...TAPI anak perempuannya pula yang menjadi mangsa kerana ibu bapanya berebut2 hak penjagaan anak2.
Bekas isterinya perlu memulakan hidup yang baru tanpa suami. Nak tumpang di rumah ayahnya pulak...ayahnya tak terima. Nasib baiklah ada kawan yang hendak berpindah sementara ke luar negeri..jadi dia menumpang di rumah tersebut.
Nak dijadikan cerita.....rumah tersebut bersebelahan pula dengan rumah sewa pak cik bekas suaminya. JAdi, mereka ada berjumpa setiap hari. Seperti biasa...bila berjumpa mereka akan bergaduh dengan masing2 mempertahankan pendapat mereka. Pergaduhan mereka ni memanglah kelakar. Sebenarnya, masing2 nampak saling membenci tapi macam masih ada perasaan sayang lagi antara satu sama lain.
Cerita ni ada 60 episod saja. Jom tengok!!!!! Tak boring menontonya....
No comments:
Post a Comment