Ingat ketupat ...ingat raya... tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri (1433). Rasa baru jer berpuasa....hari raya menjelang tiba. Mood raya melonjak2 tapi mood kerja...terus hilang...hahaha tak sabar nak balik kampung...
Kalau masa kecik2 dulu..saat nak tunggu pengumuman raya...memanglah mendebarkan. Paling mencemaskan bila hari yang dijadual untuk melihat anak bulan...hujan pulak. Makanya esoknya kena berpuasa lagi. Tapi sekarang, dah senang semuanya telah diputuskan terlebih awal.
Inilah dia wajah yang dinantikan saban tahun untuk menyampaikan pengumuman hari raya.
Masing2 mula sebok beratur kat bank atau ke money changer untuk tukar duit raya baru. Pastikan sampul duit raya mencukupi yer....Baju raya dah tersedia?? Kuih raya??
Macam mana persiapan hari raya?
Kami sekeluarga bersederhana sahaja....
No comments:
Post a Comment