Lambatkan aku mengupdate cerita pasal raya ni...tak der mood arr nak update cerita. Busy beraya & seperkara lagi aku menunggu gambar2 dari anak2 sedara aku ni....
Sambutan Alhamdulilah...sangatlah meriahnya. Seronok. Kebetulan tahun ni ramai pulak yang bertemakan warna biru. Warna biru di mana2 saja. Pagi2 raya lagi Irfan dah bersiap mandi awal pagi dan pakai baju raya.
Masam jer muka irfan...
irfan salam atuk & nenek
Apa kata kita layan gambar jer....hehe malas nak menaip.
Wajah Mak & Bak kesayangan hamba...
Berpeluh jugaklah nak pakaikan irfan kain samping. Siap bertali pinggang lagi. Budaknya pulak mmg tak tau nak diam. Dia ni kan montel jadinya mmglah kena guna tali pinggang. huhu
Bergambar bersama kak nani...kak ila dan angah syaidatul
suka sangatlah buat perangai macam ni
Faiz setia menyusun kasut raya
seronok nak pergi sembahyang raya kat Masjid Kampung Pedada Kuning
Lepas siap bersalam salaman, bermaaf maafan dengan keluarga.& makan2 ..kami pun bergerak pulak ke Kampung Bagan Laut, Rengit. Tapi sebelum tu singgah dulu ke rumah Abg Nuri. Masa sampai sana memang terperanjat nampak Kak Ita berkerusi roda. Semoga Kak Ita cepat sembuh yer.
Menu di rengit pulak adalah bakso & lauk pauk biasa di hari raya. Apa lagi....kami makan lagi....naik senak perut ni...irfan seronok dapat collect duit raya. Sebelah petangnya kami balik semula ke Kampung Pedada Kuning.. Malamnya ada Marhaban.
Inilah cerita di 1 Syawal 1433 / 19 Ogos 2012.
Nanti kita sambung cerita lagi...
No comments:
Post a Comment