Wednesday, July 18, 2012

Majlis Perkahwinan Mamat & Zira



8 Julai 2012 yang lepas, abg sulung aku menyambut menantu.  Sebenarnya majlis nikah berlangsung pada 6 Julai 2012 di Melaka.  Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah.  Tapi, biasalah susah nak dapat majlis yang 100% sempurna.  Kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan. 

Kiranya majlis ni adalah yang pertama untuk kak nor & long.  Mamat juga anak sedara lelaki yang pertama kawin dalam keluarga kami. 

Khidmat Pelamin dan hiasan utk khemah adalah daripada Izan Yacob Wedding Planner, Johor Bahru.  Hehe kalau ada sapa2 yg berkenan dan memerlukan khdimat wedding planner ni...bolehlah contact di nombor 019-7792934 @ 016-7792934.  Terima kasih kepada Abg Izan yer...kami amat2 berpuashati.  Aku pulak merangkap tukang makeup.  



Jom kita layan gambar2 di sekitar majlis ni berlangsung

Mak pengantin nak konsep warna coklat...Inilah hasilnya....


 Amboi...sempat menyanyi yerrrr....lagu apa ek...??

Sebahagian anak2 sedara aku....




 irfan Danish pun nak bergambar ngan pengantin gakkk

Irfan Danish & Zakheff...

Selamat Pengantin Baru buat Mamat & Zira...Moga kekal bahagian hingga ke akhir hayat.  Amin....

No comments:

Post a Comment