Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011

Sekejap saje masa berlalu....2010telah melabuhkan tirainya.....2011 menjengukkan diri.  Jadi, umur aku pun dah meningkat... dah 33 tahun tu.  Segala kenangan pahit manis yg dilalui sebelum ini akan aku jadikan sebagai sempadan dan panduan. 

3/1/2011 - irfan akan masuk tadika semula utk umur 6 tahun.  Anak ibu dah semakin membesar.  Aku bersyukur ke hadrat Allah Taala Irfan kini jauh lebih baik daripada irfan sebelumnya.  Kalau dulu, dia kata p sekolah tak best....tak nak belajar...tapi kini dia sudah berminat untuk ke sekolah.  Lapang dada ku.  Ibu harap Irfan akan belajar rajin2 dah buat yg terbak utk kita sekeluarga.

Aku mengharapkan tahun baru ini memberi memberi sinar bahagia kepada kami sekeluarga.  Semoga kami sekeluarga kekal bahagia, dimurahkan rezeki, sihat walafiat,dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan semoga irfan dah boleh dapat adik baru.....kami teringin sangat nak anak lagi.... Semoga doa dan impian kami dimakbulkan Allah....Amin...






Wednesday, December 1, 2010

Dua Budak Berkawan Baik

Hari ni terdetik pulak hati aku ni nak bercerita tentang dua org budak ni.  Sorang namanya Irfan Danish dan sorang lagi namanya Alif Aiman.....Inilah budaknya......


Yang Montel ni namanya Irfan Danish & yang Kurus ni namanya Alif Aiman.  Since, mereka ni berjiran dan beza umur pun hanya setahun jd mmg rapatlah budak berdua ni.  Irfan 5 thn & Aiman 4 thn.  Biasanya kalau nak bermain @ berbual masing2 akan bertemu kat tembok rmh..Inilah penghubungnya...kesian masing2 tak der adik beradik lagi....Tapi, sejak 2 menjak ni aku terbuka hati utk kasi budak ni main sama2 lama2.  kadang2 irfan p rmh aiman & kdg2 aiman p rmh irfan.  Tapi, kalau nak main basikal biasanya main kat rmh aku ..... nanti aku akan park kereta kat luar.  Jadi, budak2 ni ada ruang yg banyak utk bermain2....Lihatlah gambar2 mereka di bawah ni...

Ini basikal aiman...warna oren

kalau weekdays mmg mereka akan main sama2 waktu malam

Aksi mat rempit katanya

Berpeluh-peluh irfan

sesi jerit menjerit ni  ....  biasa....

Bila dah penat bermain di luar...makanya mereka akan berpindah pulak bermain di dalam rumah...kadang2 bila tengok mereka bergaduh mcm kelakar pulak.  Blh merajuk sekejap dan yg sorang lagi akan pujuk + mengalah.  Ha..mcm ni lah bagus kalau tak, ibu tak nak bagi main sama2 lagi...




Heheheh abaikan jerlah rumah aku yg bersepah ni ek....

Seronok pulak bila tengok budak berdua ni bermain2....happy jerk....

Friday, November 26, 2010

Mari Berceloteh....

Syukur Alhamdulilah badan aku bertambah sihat, tekanan darah aku pulak asalnya agak tinggi tapi sekarang ni mcm dah rendah pulak.  Hari isnin lepas aku p klinik dan bg tau kat doc yg jantung aku laju.  Tapi masa tu doc kata ok jer.  Tekanan darah pulak 130/90.  Aku asyik termengah2 jerk.  risau pun yer.  Then, doc bagi aku mc sehari.  Alhamdulilah jugak sebab beratbadan aku dah berkurang 3kg.  Happy tu.....bln 10 aku p check up doc tu membebel kat aku sebab berat badan dah naik 3kg...hahahhahahha....

Semalam aku rasa sangat2 tak selesa.  Masa kat rumah pong aku rasa jantung aku laju semacam.  Then aku p klinik lain pulak dan dapatkan nasihat doc + makan ubat  = Alhamdulilah dah normal.  Ni yg ada mood  balik berceloteh kat sini. Hehehhe

Ni nak citer lain pulak....aku dah lama tak make up pengantin.  Aku bersara seketika sejak bulan puasa.  Rasa malas nak makeup pengantin + payment lambat + dot dot dot.  Tapi, start 13/11 ari tu aku terbuka pintu hati nak make up orang.  Aku makeup 2 org nak p dinner.  Gambarnya tak der sbb bateri camera aku habis. 

Then, 20/11 yg lepas bermulalah episod aku make up pengantin.  Rasa malas tu masih ada lagi tapi nak buat mcm mana kan, dah janji ngan orang.  Tapi, tak sangka pulak aku boleh terjumpa ngan mak best friend Irfan (anak bujang aku).  Apa lagi, sesi berborak pasal anaklah....Mak  best friend irfan siap pujuk aku bwk irfan masa makeup untuk sanding.  Mintak maaplah aku mmg tak sanggup bawak irfan sebabnya dia ni mmg tak tau diam.  Nanti aku tak der konsentrasi nak makeup pengantin.  Kesian pengantin.  Jadi, inilah hasilnya....banyak lagi yg perlu aku perbaiki....dan pelajari.....

Gambar ni ikhsan dari photographer kecheq Fareez





Gambar-gambar yg kat bawah ni pulak pengantin2 yg pernah aku makeup sblm ni...



Job pertama dari Bunga Citra Bridal



Pengantin pertama yang aku makeup...adik aku sendiri




Gambar ni ikhsan dari photographer Rohaime





Ni jer gambar yg masih aku simpan...yang lainnya entah ke mana...

Tuesday, November 23, 2010

Lamanya tak berceloteh kat sini

dah seminggu aku tak beceloteh kat sini.  tak der mood kot.  Bukannya apa, camera aku rosak + badan ni tak sihat sangatlah....Nanti bila keadaan aku dah ok....aku akan sambung celoteh jugak...



Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431

Jommmmmmmm ............. Balik ......... Kampung.......

JFN 1920 - JMN 9334


setelah hampir 9 tahun kami sekeluarga mengggunakan khidmat JFN....tapi pada hari ini kali terakhir aku menggunakannya pada pukul 2.30pm.....sedih jugak.  Tapi, apakandaya kami dah tak larat dengan ragam si JFN ni yg makin menjadik jadik.  Aku dah tak tahan asyik tersadai kat tepi jalan raya.  Panas hatiii...hehehheh

Kami akan menggunkan khidmat JMN 9334 pulak.  Harap2 si JMN taklah meragam.    


Selamat berkhidmat yer JMN.....

Sunday, November 14, 2010

Menu Makan Tengahari di Hari Minggu

Haaa...hari ni aku plan nak masak Laksa Penang....Inilah hasilnya...





Ini sirap roselle....aku masak sendirik tau....sedap tuuu




Thursday, November 11, 2010

konsep gerai jp perdana 1 malaysia

Meh nak citer skit ni....sejak minggu ni barulah aku terperasan yang kat area rmh aku ni ada 3 gerai kecik yg mewakili konsep 1 Malaysia....Muhibbah sungguhlah JP Perdana ni.  Mana taknya, gerai melayu jual nasi lemak serapan pagi kat depan rumah ada...gerai jual nasi lemak cina ada...gerai jual nasi lemak india pong ada....tergelak aku tgk....memasing open 1 table jerk....Biasanya susah nak nampak cina/india nak bukak gerai kecik2 jual makanan serapan pagi ni...


haaaaaaaaaa.... Salam 1 Malaysia...

Monday, November 8, 2010

Koay teow

Malam ni rasa malas nak masak.  irfan pulak hari ni p mengaji.  Dia ni mengaji cuma tiga hari seminggu (isnin, selasa & rabu jerk) + belajar jawi + fardhu ain (biasanya hari rabu).  Biasanya bila balik mengaji dia mesti akan tanya aku ni dah siap masak ke blum???? masak apa ari ni??? Jadi, fikir punya fikir aku masak jerlah koay teow.

Tarrrraaaaaa.... inilah hasilnya....


Aku sangat2 malaslah malam ni...jadinya lada pun biasanya aku akan kisar sendiri tapi kali ni cuma pakai lada giling segera jer + bawang2 + daging cincang + sotong + tomato + sawi (skit jer...sbb stok dah habis)
oh ya....aku tak letak togeh sebabnya kami sekeluarga tak suka makan togeh....

Lepas makan, kemas dapur pastu rehat2 sambil tgk citer ulik mayang.  Lepastu terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Bdn aku mmg letih sangat2lah ari ni...keretaku meragam lagik....jadinya tersadailah aku di tepi jalan....


Aktiviti di hari minggu...

Pagi hari minggu, lepas jer solat subuh kami sekeluarga p pasar setia indah nak beli bahan2 utk nasi ayam.  Pastu barulah kami p jogging....ramai orang berjoging rasa seronok pulak....Sebenarnya, perancangan awal nak p jogging dulu pastu hujanlahlah pulak.  Jadi terus ikut plan B iaitu p pasar dulu bila tgk dah tak hujan bolehlah berjogging....

Budak montok ni bersungguh2 nak pakai jeans, puas aku pujuk2 tapi tetap jugak nak pakai jeans.  Pastu bila sampai sini dia pulak tau rasa tak selesa....hahhah padan muka...cakap ibu tak nak dengar...


hahahha gelap kan? sebenarnya suasana masa ni taklah gelap sangat cuma baru lepas hujan ditambah plk dgn camera cap ayam aku ni...jadi paham2 ajerlah kualiti gambar yg tak seberapa ni...

Balik jer dari berjogging teruslah aku siap2kan bahan untuk masak nasi ayam...dalam pkl 11 pagi dah pun siap.  Tapikan, kali ni nasi terkeras sikitlah...hehhe...Inilah hasilnya....


ayam goreng ni simple jer,
cuma perapkan ngan kunyit, halia, bawang putih + madu + garam secukup rasa.  Bila siap digoreng Tuan Mustaffa pulak telah mempenyekkan ayam ni.  Maka jadilah ayam terpenyek..

Sambal merah ni,
bahan2nya cuma lada merah+garam+gula+perahan limau kasturi dikisar pastu dimasak samapailah mendidih


Kuah sup
kisarkan bawang putih+merah+halia + sedikit kiub sup bunjut pastu tumiskan ngan sedikit minyak
Bila dah naik bau masukkan ayam (bahagian tulang) yg dipotong halus + air + kiub ayam skit

Nasi ayam
dimasak guna kuah sup jer....senang


Inilah hasil keseluruhannya.......



Friday, November 5, 2010

Aksi budak tak tau diam...

 berangan jer....















Beginilah aksi anak bujangku ni....dia ni mmg tak tau ddk diam....hehe terpaksalah ditayangkan sekali kaki dia yg cantik tu....