Monday, November 8, 2010

Aktiviti di hari minggu...

Pagi hari minggu, lepas jer solat subuh kami sekeluarga p pasar setia indah nak beli bahan2 utk nasi ayam.  Pastu barulah kami p jogging....ramai orang berjoging rasa seronok pulak....Sebenarnya, perancangan awal nak p jogging dulu pastu hujanlahlah pulak.  Jadi terus ikut plan B iaitu p pasar dulu bila tgk dah tak hujan bolehlah berjogging....

Budak montok ni bersungguh2 nak pakai jeans, puas aku pujuk2 tapi tetap jugak nak pakai jeans.  Pastu bila sampai sini dia pulak tau rasa tak selesa....hahhah padan muka...cakap ibu tak nak dengar...


hahahha gelap kan? sebenarnya suasana masa ni taklah gelap sangat cuma baru lepas hujan ditambah plk dgn camera cap ayam aku ni...jadi paham2 ajerlah kualiti gambar yg tak seberapa ni...

Balik jer dari berjogging teruslah aku siap2kan bahan untuk masak nasi ayam...dalam pkl 11 pagi dah pun siap.  Tapikan, kali ni nasi terkeras sikitlah...hehhe...Inilah hasilnya....


ayam goreng ni simple jer,
cuma perapkan ngan kunyit, halia, bawang putih + madu + garam secukup rasa.  Bila siap digoreng Tuan Mustaffa pulak telah mempenyekkan ayam ni.  Maka jadilah ayam terpenyek..

Sambal merah ni,
bahan2nya cuma lada merah+garam+gula+perahan limau kasturi dikisar pastu dimasak samapailah mendidih


Kuah sup
kisarkan bawang putih+merah+halia + sedikit kiub sup bunjut pastu tumiskan ngan sedikit minyak
Bila dah naik bau masukkan ayam (bahagian tulang) yg dipotong halus + air + kiub ayam skit

Nasi ayam
dimasak guna kuah sup jer....senang


Inilah hasil keseluruhannya.......



No comments:

Post a Comment