Monday, October 31, 2011

Drama Korea - First wife Club


Drama ni merupakan antara drama yang terhangat dan terbest di channel 393 astro.
Dari episod yang pertama aku dah rasa yang drama ni bagus dan benar2 menyentuh perasaan serta memberikan kita satu kesedaran tentang ilmu kekeluarga.  Ilmu kekeluargaan yg aku maksudkan ialah dari aspek amanah, kejujuran, kepercayaan, kesetiaan, tanggungjawab dan penghargaan serta kasih sayang.

antara pelakon utama dalam drama ni..

Cerita ini berkisar tentang pengorbanan isteri kepada suami, suami kepada isteri serta anak2 dan ibu bapanya.  Apa akan terjadi sekiranya pengorbanan yang dibuat langsung tidak mendapat penghargaan daripada pasangan.  Mesti rasa hancur hati ni kan.  Pengorbanan seorang yang sanggup melihat atau membiarkan si suami/isteri mempunyai hubungan istimewa dengan yang lain demi utk menjaga rumah tangga mereka  dan menjaga hati dan perasaan anak2.  Anak2 tak nak ibu dan bapa mereka bercerai.  Sehinggakan mereka mengganggap si suami/isteri itu adalah takdir mereka.  

Tambahan pula apabila berlatarbelakangkan bapa yang seorang kaki perempuan dan berkahwin dua. Kemudian, tidak menghargai pengorbanan isteri pertamanya dalam mencari nafkah untuk keluarga.  Kenapa sukar sangat nak tunjukkan rasa hormat, berterima kasih dan penghargaan kepada pasangan?  Kenapa sering merasakan yg orang lain lebih hebat dan baik daripada pasanngan kita?  Adakah itu tanda yang kita tidak bersyukur? 

Apakah yang akan dilakukan oleh si isteri bila mendapat tahu si suami curang? adakah berdiam diri? adakah akan menangis sampai bengkak2 mata? adakah terus bangkit mencari kelemahan diri sendiri lantas memperbaikinya?  adakah akan mula bersaing dengan kekasih si suami utk merebut kasih sayang dan perhatian si suami?

 pelakon utama yg aku teruja sangat melihat watak mereka iaitu Book Soo dan suaminya Ki Jeok

Bok Soo berkahwin dengan Ki Jeok dan mempunyai 2 orang anak perempuan.  Mereka tinggal bersama2 dengan bapa Ki Jeok yg kuat complaint dan suka perempuan cantik serta kaya.  Ki Jeok bekerja sebagai seorang doktor.  Kos pengajiannya ditanggung oleh isterinya, Bok Soo yg bekerja sebagai penjual ikan.  Dalam diam2 tanpa pengetahuan suaminya Bok Soo juga telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.  Dia berasakan yg dia perlu utk berbuat sesuatu agar kelihatan setaraf dan setanding dengan suaminya.  Tapi, malangnya suaminya langsung tidak menghargainya malah sering merungut sebab dirasakan Bok Soo ni berbau busuk (bau ikan), tak pandai bergaya dan tak setanding dengannya.  Tapi bagi Bok Soo jika dia nak bergaya  pastu memerlukan wang yang banyak dan di anggap membazir.

Ayah Bok Soo kaki perempuan dan beristeri dua.  Ibunya sering memendam perasaan.  Abangnya juga curang dengan isterinya.  Isteri abgnya iaitu Hwa Shin adalah kawan baiknya.  Jadi, dia telah banyak mempelajari tentang keluarga yg hampir kacau bilau bila si suami curang.  

Rupa2nya, Ki Jeok juga curang terhadapnya apabila bertemu keembali dengan kekasih lamanya.  Mereka terpisah apabila kekasihnya berkahwin dan menetap di Amerika Syarikat kerana anaknya bersekolah di sana.    Namun, di sebabkan masalah kewangan mereka terpaksa balik ke korea.  Jd mereka memberontak dan tidak berpuas hati dengan suaminya.  Ki Jeok adalah doktor yang merawat suami kekasihnya yang sakit kanser perut.  Tetapi isterinya tidak tahu menahu tentang hal ini.  Mereka hidup seperti orang kaya....tapi sebenarnya suaminya telah bankrup.  

Suami kekasih Ki Jeok mengetahui akan perhubungan mereka.  Sebab itulah Ki Jeok mula utk menjauhkan diri dari kekasihnya.  Tapi....mampukah dia??? Tahankah dia????

Apabila Bok Soo dapat tahu yg suaminya curang ....dia pun menubuhkan  persatuan isteri2 pertama....antara ahlinya ialah isteri abgnya dan ibunya.  Apa yang dia buat seterusnya????? kita tunggulah kesudahan cerita ni.....nak tengok online pun boleh...

Tetiba aku teringat lagu KRU - 3 kata...sukar nak meluahkan rasa sayang....ego setinggi gunung...
lagu utk orang yg lupa erti cinta....hanya 3 kata sahaja....cukup besar maknanya...

Lirik Lagu Tiga Kata -KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You 

sekian.....nanti aku cerita utk drama korea lain yer...





Sunday, October 30, 2011

NURI Graduation Ceremony...30 Oct 2011


Hari ini merupakan hari yang menggembirakan kami terutamanya irfan
hari ini hari graduasi irfan 
tahun depan dia dah masuk tahun satu...di Sekolah rendah Kebangsaan Taman Mount Austin
pendaftaran semua dah dibuat...

berbalik kepada cerita graduation ceremony ni...







cikgu irfan dah tulis memo siap2 bg tau irfan utk datang pukul 7.30am
dari rumah kami bertolak pukul 7.20 pagi...
jarak rumah ngan Dewan Serbaguna Johor Jaya ni tak jauh pun....
sampai jer..parking banyak kosong lagi tapi orang dah mula ramai

Mula2 anta irfan utk pendaftaran
lepas tu kami pun pusing2 kat sekitar dewan..ada byk jugak pameran/kaunter /jualan yg dibuka
ada dari MBSB bank, Public Mutual, NURI , jualan cake /jajan, bunga2, belon dan macam2 lagi..
agak meriah jugaklah...


 istimewa utk Muhammad Irfan Danish dari ibu & ayah

dalam dewan

Angry bird

irfan & Lokman







saja jer ibu enterpremmm




Masa irfan kat sana....tengok dia kat stage..tetiba dada ni jadi sebak
dah besar anak ibu.....
sekolah irfan Nuri Setia Indah turn  yg ke-2 
jadi tak lamalah kami menunggu....
dapatlah kami balik awal...

irfan asyik menyeringai jer.....
jumpa kawan2 & cikgu2

Tahniah irfan....Ibu & Ayah bangga dengan Irfan...

SATE

Alkisahnya....
gas kat rumah aku abis semalam...
masa tu...
aku baru siap goreng ikan + sotong + ayam
Asalnya aku plan nak masak ikan kari 
untuk irfan aku nak gorengkan ayam + sotong (kegemaran irfan)
Bila dah siap goreng menggoreng aku pun nak menumis kari
sekalinya.....api terpadam...
bila aku tgk balik kat tong gas tu..last beli gas bulan Jun lepas dn biasanya 6 bulan baru abis
tapi..kali ni awal skit ..may be aku dah mula rajin memasak kot...hehehhe

Jadi..
malamnya tak tau nak makan apa...mr. hubby balik keje lambat pulak...
tiba2 terdengar bunyi 
"pon...pon...pon.....sate...sate....sate"

gambar hiasan..ikhsan tuan google

ngam2 pulak moto abg sate ni berenti dekat ngan rumah
irfan dah sabar2 nak meng order  ngan abg tu...
seperti biasa kami kena bawak pinggan nak mangkuk sendiri.....



aku beli sate ayam + daging lembu

Kali ni kami makan licin...
irfan tak makan sate daging lembu..dia makan ayam jerk...
irfan sampai amek sudu utk hirup kuah sate heheheh
biasanya kuah satenya manis sangat...kami tak berkenan
tapi...kali ni kuah satenya memang lazat...
memang terbaekkkkkk!!!!!!

Hasil MakeUp.....30 Oct 2011

Wahyu & Sazlan
(gambar ni ikhsan dari tuan photographer Rosli)


Sebenarnya.....
aku makeup pengantin ni sebulan yang lalu
tapi ari ni makeup sekali  lagi utk outdoor
jom layan hasilnya yang tak seberapa ni..
banyak lagi yg perlu aku pelajari....












Monday, October 24, 2011

Dua Hari Satu Malam di Pullman Hotel & Putrajaya (19 &20 October 2011)


Aku nak bercerita tentang hotel Pullman yang terletak di Putrajaya
Bangunan, landskap dan servis "memang terbaekkkk"

Aku dan Huzi menginap di sini...2 hari 1 malam
Ini pun sebab kami perlu menghadiri briefing di Kementerian Pengajian Tinggi
Kami mmg 'zero' tentang putrajaya....
Aku dapat maklumat tentang pullman ni pun daripada staff KPT
lagipun...jarak di antara pullman dan bangunan KPT tak jauh...
jalan kaki seberang jalan jerk..

Kami sampai di LCCT lebih kurang pukul 9.30 pagi...
sampai jerk kami pun isi perut dulu di Mc Donald
Pastu...
kami pun bergeraklah ke Alamanda Putrajaya
Tambang teksi RM64.20
Driver  teksi ni mcm blur2 pulak jalan p Alamanda tu...
Tapi, Alhamdulilah...selamat sampai kami di Alamanda
window shopping jerk...dan beli makanan utk lunch

Dari Alamanda ke Pullman
tambang teksi RM20....bukan jauh pun..
bayar jerlah....
Lebih kurang pukul 2.30pm kami check in di Pullman
masa ni hujan lebat sangat
asalnya kami booking bilik lain
tapi..katanya ada problem kat bilik tu...so
kami amik bilik apartment
jom layan gambar ni...









nyaman sekali..
Oleh sebab hujan lebat sangat
jadi waktu petang kami habiskan masa di bilik
aku...tdo jerlah..
kaki aku sakit..asyik terpelecok jer...
Malamnya....perut laparlah pulak
nak ke mana2 tak der trasport
jadinya kami makanlah kat restoran hotel ni jerk

ni lah restoran yang aku maksudkan tu
aku order nasi goreng pullman dan huzi order mee goreng mamak
perhiasan makanannya..oklah..
tapi rasanya....alangkah tak sedapnya...
masin dan terhangus hangit...
Malamnya aku sakit perut tu...
rasa masin tu melekat2

Paginya aku ada briefing di sini...

bangunan KPT tu sebelah KPL

ok....jom kita layan gambar landskap & bangunan kat sini..
bagi aku...cantik sangat2...aku suka..














Inilah dia sedikit gambar di sekitar pullman

Bila dah check out ...barulah Huzi teringat yg charger hp dia tu tertingal
so..kami pun waktu rehat p balik kat pullman

Huzi sedang berurusan ngan staff pullman









gambar sekitar lobby hotel

erm...
aku nak selit sikit cerita tentang gadis berambut panjang ni..
Veni namanya....
panjang gila rambut ni....
tak percaya????? betul...aku tak tipu....
tengok sini..



Haaaaa...percaya tak...panjang kan?
rambut dia cantik
tapi aku tak larat lah nak membela rambut sehingga panjang sebegini
berat kepala beb...

Masa nak balik dari putrajaya ke LCCT..
kami mmg dah berjanji ngan sorang driver teksi ni
katanya nak charge RM50...tapi bila tiba masanya blh pulak di cakap tak sempat nak amik kami
tak per....
kami balik semula ke hotel
dan kami ke LCCT dengan bayaran RM90
haaa...amik ko...
nak buat macam mana...
claim saja....

Sampai jer kat LCCT kami lepak2 lagi kat MC Donald yang sama
hujan lebat sangat
flight delayed...

Masa nak masuk ke perut pesawat..
hujan lebat sangat...
bawak payung pun rasa macam nak terbang payung tu
aku bacalah apa yang patut 
ngeri beb...
alhamdulilah kami selamat sampai di Senai Airport pkl 10 ++