Wednesday, July 25, 2012

Drama Korea Lagiiiii ....Glass Castle


Tajuk drama ni ...kalau kat astro 393 adalah Glass Castle..tapi bila tengok online tajuknya city of glass.
Masa episod yang pertama tu aku macam layan tak layan jer drama ni...tapi lepas tu mulalah kemaruk nak tgk ari2 siap tgk online lagi.  Buat masa ni aku ada jugaklah tgk online tapi taklah keseluruhan cerita...
Aku suka tengok cerita ni...


Cerita ni mengisahkan Jung Min Joo yang datang dari keluarga yang sederhana.  Mak dia kahwin 3.  Maknanya dia ada 3 orang adik beradik yang berlainan bapak.  Min Joo bekerja sebagai peyampai berita di sebuah stesen radio..(lupa pulak aku apa ke namanya company dia ni).  Senior Min Joo pulak namanya Park Suk Jin yg selalu menyakitkan hati dan beri komen2 yang pedasss gitu.  

Kim Joon Sung telah melanggar Min Joo dengan tidak segaja sebab si Min Joo ni sesuka hati jer melintas tak tengok kiri kanan...masa ni Joon Sung dah mula tertarik degan Min Joo.  Sejak dari itu Joon Sung cuba mendekati Min Joo sehinggalah mereka berkahwin.  Pada awalnya Min Joo mmg tak nak terima Joon Sung sebab dia rasa mereka tidak sepadan & Joon Sung anak orang kaya.  Min Joo sebenarnya mcm dah mula suka kat senior dia tu...Suk Jin.

Bila mereka berkahwin....kehidupan Min Joo telah berubah.  Mereka terpaksa menangguhkan untuk berbulan madu sebab Joon Sung ada urusan perniagaannya.  Kesiankan??? Terlalu banyak perkara yg perlu dituruti.  Min Joo terpaksa belaja hidup berprotokol memandangkan dia adalah menantu kedua keluarga orang kaya Kumpulan Yusung.  Semuanya kena berubah termasuklah cara Min Joo berpakaian.  Min Joo terpaksa menghentikan seketika impiannya utk menjadi penyampai berita yang berjaya...semuanya kerana dia menyintai Joon Sung.  

Sebenarnya, sebelum Joon Sung mengahwini Min Joo.....Park Suk Jin pernah berkata kepada Joon Sung
"sesiapa sahaja yang menyintai ahli keluarga Kim umpama memakan racun" hehe begitulah lebih kurang ayatnya...kehidupan keluarga Joon Sung semuanya telah diatur oleh bapanya...siapa berani lawan???

Bagaimana hidup di dalam istana kaca???? sendiri mau ingatlah...hahhahaa... adakah mereka tetap kekal bersama? Mereka bercerai akhirnya.....adakah itu pengakhirannya????? aku pun tak pasti sebabnya baru tgk sampai episod 20 jer....Wang mengatasi segala-galanya dan wang amat berkuasa...kerana duit mereka yang saling menyintai berpisah....sad ending lahhhhhh ghasanya...

Tuesday, July 24, 2012

Bazar Ramadhan

Gambar ikhsan dari Uncle Google


Biasanya bila menjelang bulan Ramadhan..mesti ada Bazar Ramadhan...
bukan setakat Bazar Ramadhan jerkk...kat depan rumahlah..bwah pokoklah ..kat simpang2 jalanlah mesti ada orang jual makanan atau air...
inilah kesempatan untuk menjana pendapatan...hehe buat beli jajan hari raya dan utk simpanan 

1 Ramadhan yang lepas lepas siap2 masak...kami sekeluarga pun pergi ke Bazar Ramadhan Taman Daya
Masa tu dah pkl 6 lebih rasanya...
Fuhhhh...parking dah lah susah..orang pulak berasak2
dengan bau asapnya lagi...
aku berpimpin tangan ngan Irfan..(hehe takut hilang pulak)
tak banyak yang kami beli
sebabnya..makanan yang kami berkenan kebanyakannya ramai yang menunggu...
Jadinya, beli buah mata kucing, jagung, kueytiaw goreng sebungkus dan air utk Irfan

Pening kepala rasa nak muntah
apa taknya orang ramai sangat
bila masuk dlm kereta ....irfan terus kata
" pening kepala irfan...masa lalu kat asap2 tu rasa dah tak boleh bernafas "
hahaha....tulahhhh sebok sangat nak ke bazar...ingat best sangat ker?

Tapi....sebenarnya bila kita pergi bazar ni....kalau boleh semuanya kita nak
betul tak?? semuanya nampak sedap

Menu apa yang biasanya ada kat bazar ramadhan?
antara yang menjadi kemestian ialah...
-  Air ....berjenis2 air...air tauhu mesti ada
-  berjenis2 kuih
-  ayam golek, ayam percik, ayam goreng
-  nasi kerabu + lauk pauk yang biasanya peniaganya orang pantai timur
-  ikan bakar
-  murtabak ayam + daging
pandai2lah memilih makanan yang secocok ngan selera kita

Tapi, biasanya kalau puasa ni aku lebih suka memasak sendiri...
setiap ptg sampai rmh biasanya pkl 5.45 petang...
terus marathon memasak...
masak yang simple2 jer...sambil2 siapkan bahan tu....bolehlah layan drama korea "Bravo My Life"





Thursday, July 19, 2012

Kisah Arnab dan Kura-Kura

Suatu masa dahulu, sang arnab dan kura-kura saling mencabar antara satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan.   Perlumbaan ini akan menentukan siapa yang lebih pantas berlari.  Sesiapa yang sampai awal di garisan penamat yang dipersetujui akan menjadi pemenang

Perlumbaan pun bermula.  Sang arnab berlari dengan pantas sekali.  Di separuh jalan dia melihat kura-kura tertinggal jauh di belakang.  Sang arnab duduk berehat di bawah pokok sehingga tertidur.




Sang kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong sang arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut.  Sang arnab arnab terjaga dan cuba untuk memotong kura-kura tetapi gagal.  Dia sangat sedih dan menyesali kegagalannya



Arnab
Semua dah tau kan perangai sang arnab.
Arnab digambarkan sebagai seekor haiwan yang cerdik, bijak, pantas bertindak
Tapi tak lupa jugak...sikap negatif sang arnab yang bercakap besar, gopoh, tidak fokus & memandang rendah kepada kura-kura

Bagaimana pula kura-kura??
Ia digambarkan dengan sifat yang penyabar, fokus, konsisten, yakin pada diri sendiri, tidak gopoh dan sombong seperti arnab.


Kenapa kali ni aku nak berceloteh tentang arnab & kura?
sebabnya ...
semalam aku berjumpa dengan cikgu kumon irfan
kami berbincang tentang progess irfan
selama 6 bulan dia di kumon...pencapaiannya turun naik
sepertimana yang aku ceritakan pada entry yang lepas semuanya bergantung kepada emosi dia
Bila emosi dia baik masa tu...
80 soalan dia blh habiskan 10 hinggi 11 minit
dengan kesalahan jawapan yang kurang dari 2
Tapi, bila mood dia tak baik...prestasi dia jatuh menjunam
Cikgu kumon pernah amek video bagaimana cara irfan menjawab soalan
memang cepat dan boleh mengira tanpa menggunakan jari @ jalan kerja dan nampak konsisten
itu kalau dia FOKUS
kalau tak...sebaliknya lah.....

Di Kumon irfan ada kawan baik 
aku namakan dia sebagai "L"
L ni...pada awalnya mmg mengadapi masalah untuk fokus dan tidak mahu mengira
tapi...bila dah setahun di kumon prestasinya sudah meningkat
dia dah konsisten dengan kerja2nya dan dah boleh fokus dan menjawab soalan dengan yakin
ini satu pencapaian yang baik
sebab dia dah pandai mengaplikasikan apa yg dipelajari di kumon dengan kehidupan seharian
pastinya ibu L sudah mula menarik nafas lega....Alhamdulilah

Dari segi buku-buku latihan pulak
Irfan dah jauh tinggalkan L
irfan dah mula membangga diri sebenarnya
walaupun dia tak cakap ngan aku mcm tu

Jadi....aku pun bertanya ngan irfan....dialognya lebih kurang macam ni yer

Ibu  :  Dalam cerita kura-kura & arnab, irfan nak jadi apa?
Irfan  :  Mestilah arnab bu..sebab arnab ni bijak dan kuat lari..tak macam kura-kura..lambat
Ibu :  ooo...mcm tu.  Tapi, dalam cerita tu ... arnab akan tertido  bawah pokok & masa tu lah kura-kura perlahan-lahan lari dan menang dalam pertandingan tu??? Irfan nak kalah ker
Irfan  :   eh...irfan tak nak kalah bu....irfan cuma nak rehat jer kat bawah pokok tu ..pastu mata irfan cuma ttp skit jer...jd irfan blh tgklah kura2 tu nak potong irfan ker tak...irfan tetap menang...kura2 lambat
Ibu:  kalau mcm tu....L pun mampu untuk kalahkan irfan tau...
irfan :  Hah???



Irfan tetap mempertahankan yang dia arnab yang bijak, kuat lari
Tapi....dia gopoh kan? dia tak fokus kan? ...dia memandang rendah pada org lain kan?...usaha dia tak konsistenkan?  kenapa bila dah tau dia kuat lari...dia tak terus lari sampai habis?  lepas tu terus menangkan? Kenapa masih nak berehat di pertengahan jalan dgn alasan kura-kura lambat?

Sifat ini yang perlu aku dan hubby perbetulkan...dan bercerita semula kepada Irfan...
walaupun kita lambat...tapi dengan azam yang kuat, fokus, usaha yg konsisten....kita akan berjaya

Fuhhhh..pening jugak aku nak memahamkan dia
takper...perlahan2...
Budak2 ni...senang jugak kita nak tau sikap dia berdasarkan komen dia ttg cerita2 yg macam ni...
Jadi, sebagai ibu & bapa kita akan sentiasa peka dengan keadaan dan perubahan sikap anak kita...


Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa


21 Julai 2012 / 1433  ni Semua Umat Islam akan mula berpuasa
Macam-macam bahasa ada kat gambar ni ek....
Apa2 pun semuanya menyatakan hasrat yg sama iaitu
SELAMAT BERPUASA

Bagi yang dah lupa2 skit niat puasa tu.....
meh baca yg kat bawah ni..

Bila bercerita pasal bulan Ramadhan....mesti kita tak lari ngan solat tarawikh & buah kurma




Tapi tak lupa jugak ....banyaklah  orang meniaga makanan utk berbuka puasa, bufet berbuka puasa, 
jual kuih raya, baju raya, cat raya, langsir raya, kasut raya....macam2lah
Jualan murah sana sini...
Saja2 jer buat orang teruja tau...

Jadi, kita kenalah sentiasa muhasabah diri...
jangan berbelanja melampau2 sangat & elakkan membazir

Apa yang penting?
Berpuasa dan memperbanyakkan amalan dan semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah

Cuba tengok gambar ni....
macam2 tak boleh buat kan???

Perut kita ni pun nak berehat jugak...asyik bekerja jer....
Insaf  & buatlah amalan sebanyak mungkin...
Siapa yang untung?
Kita jugak...



Bercerita Tentang ...Muhammad irfan Danish Bin Mustaffa


Inilah dia  amanah Allah untuk kami.  

Walau apa jua rintangan kami mesti tabah mengharunginya
Hari2 setiap kali aku amek dia di Taska aku mesti berdebar2
Nak tau kenapa?
nak dengar feedback dari cikgu taska dan jugak Irfan
positif @ negatif
aku tetap redha menerimanya

Kadang2 tu perilaku dia memang amat2 merisaukan dan tak terjangkau akal fikiran aku yg dia boleh bertindak ke tahap itu
kami hampir hilang sabar melayan karenah dia....
Emosi dia turun naik
sekejap ok ...sekejap tak ok...

Minat belajar pun turun naik....
Fuhhh...prestasi yg sedikit membimbangkan kami
Aku percaya guru2 terlatih di sekolah mempunyai perancangan dan cara yang terbaik untuk menarik minat Irfan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran terutamanya di dalam kelas

"nama Irfan sentiasa ada di bibir guru2 yg mengajarnya"
nak menangis pun ada...nak ketawa pun ada
bila aku mendengar statement ni dari cikgu bahasa melayu Irfan

Di rumah...bermacam2 eksperimen dia buat sorang2..
Hehe mmglah sorang2 sebab dia belum ada adik lagi

Ramai orang kata..
"ooo patutlah macam ni....belum ada adik...kalau ada adik nanti oklah tu..."
Mungkin ada kebenarannya...
Namun....belum ada rezeki kami setakat ni.....
Kami tetap sabar menantikannya.....

Aku sentiasa update perkembangan Irfan di sekolah rendah & sekolah agama dari guru2
Kadang2 tu...bila pergi sekolah...
mcm2 feedback aku dapat dari kawan2 dia tentang Irfan...
feedback negatif pulak tu???
telan air liur aku mendengarnya


Apa pun aku menganggap ini adalah proses pembelajaran dia...
lama kelamaan dia akan bertambah matang...

Ibu & Ayah tetap akan mendoakan yang terbaik untuk irfan
Agar Irfan menjadi anak yg soleh dan berbahagia & berjaya hidup di dunia dan akhirat
Amin....

Sayang Irfan....


Drama Korea lagiiiii.... Loving You Thousand Times



Citer ni baru jer habis kat Astro 393.  Setiap hari aku akan ngadap citer ni.  Masanya pukul 8.00 mlm sampai 9.00 malam.  Walaupun kadang2 aku tengok online..tapi aku tetap tertunggu2 jugak....kalau terlepas pkl 8 aku akan tunggu 2.30 pagi..(hahhaha keje gile kan?? tapi yg ni kadang2 jer)...ataupun aku tgk yg pkl 6.30 pagi pulak...sambil siapkan anak bujang aku p skolah..sambil2lah menengok citer ni.

Pelakon utamanya Lee Soo Kyung & Jung Gyu Woon.  Jalan ceritanya menarik....bolehlah membuatkan aku tertunggu2 cerita ni.  Kenapa???  pertama sebab aku mmg suka cara orang korea menghias rumah...meletopsss....satu lagi sebab jalan cerita yang menarik.

Meh aku cerita skit jalan ceritanya....

Ia mengisahkan ttg Go Eun Nim yg terpaksa menjadi ibu tumpang kepada keluarga Baek yg kaya raya tapi tak der anak lagi...Kebetulan pulak masa tu ayah Go Eun Nim sakit dan memerlukan wang yg banyak.  Walaupun pada perjanjian asalnya itu adalah anak tumpang...tapi lama2  naluri seorang ibu itu timbul...apatah lagi bila baru saja melahirkan anak.....anak tu dah diserahkan kepada keluarga Baek.  Aku tersentuh sangat2 masa ni...yerlah...selama 9 bulan baby tu dlm perut kita....tapi bila selamat dilahirkan...cuma dapat pegang sekejap jer...sedih sangat2...walaupun aku menangis masa ni...tapi aku kaver2222 hahhahaha...malu gak ngan anak & hubby aku...

Beberapa tahun lepas tu...Go Eun Nim bekerja satu company dengan Baek Kang Ho...mereka jatuh cinta..tapi pd awalnya Go Eun Nim takut nak terima Kang Ho sebab dia pernah menjadi ibu tumpang.  Tapi akhirnya mereka berkahwin walaupun mendapat tetangan hebat daripada keluarga Baek ni...Mereka hidup bahagia...sehinggalah akhirnya terbongkar rahsia yg Eun Nim adalah ibu tumpang kepada cucu keluarga Baek...mereka dipaksa untuk bercerai walaupun tanpa kerelaan mereka...sedih tau...sob sob sob...

Eun Nim pulak disahkan sakit barah perut...& masa itulah kang ho menjaga Eun Nim dah mereka berkahwin semula....Sekian....

haha aku malas nak taip panjang2.  Kalau berminat nak menonton citer ni apa kata korang mintak khidmat pak cik google yerrr.

Wednesday, July 18, 2012

Majlis Perkahwinan Mamat & Zira



8 Julai 2012 yang lepas, abg sulung aku menyambut menantu.  Sebenarnya majlis nikah berlangsung pada 6 Julai 2012 di Melaka.  Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah.  Tapi, biasalah susah nak dapat majlis yang 100% sempurna.  Kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan. 

Kiranya majlis ni adalah yang pertama untuk kak nor & long.  Mamat juga anak sedara lelaki yang pertama kawin dalam keluarga kami. 

Khidmat Pelamin dan hiasan utk khemah adalah daripada Izan Yacob Wedding Planner, Johor Bahru.  Hehe kalau ada sapa2 yg berkenan dan memerlukan khdimat wedding planner ni...bolehlah contact di nombor 019-7792934 @ 016-7792934.  Terima kasih kepada Abg Izan yer...kami amat2 berpuashati.  Aku pulak merangkap tukang makeup.  



Jom kita layan gambar2 di sekitar majlis ni berlangsung

Mak pengantin nak konsep warna coklat...Inilah hasilnya....


 Amboi...sempat menyanyi yerrrr....lagu apa ek...??

Sebahagian anak2 sedara aku....




 irfan Danish pun nak bergambar ngan pengantin gakkk

Irfan Danish & Zakheff...

Selamat Pengantin Baru buat Mamat & Zira...Moga kekal bahagian hingga ke akhir hayat.  Amin....