Tuesday, November 16, 2010

JFN 1920 - JMN 9334


setelah hampir 9 tahun kami sekeluarga mengggunakan khidmat JFN....tapi pada hari ini kali terakhir aku menggunakannya pada pukul 2.30pm.....sedih jugak.  Tapi, apakandaya kami dah tak larat dengan ragam si JFN ni yg makin menjadik jadik.  Aku dah tak tahan asyik tersadai kat tepi jalan raya.  Panas hatiii...hehehheh

Kami akan menggunkan khidmat JMN 9334 pulak.  Harap2 si JMN taklah meragam.    


Selamat berkhidmat yer JMN.....

Sunday, November 14, 2010

Menu Makan Tengahari di Hari Minggu

Haaa...hari ni aku plan nak masak Laksa Penang....Inilah hasilnya...





Ini sirap roselle....aku masak sendirik tau....sedap tuuu




Thursday, November 11, 2010

konsep gerai jp perdana 1 malaysia

Meh nak citer skit ni....sejak minggu ni barulah aku terperasan yang kat area rmh aku ni ada 3 gerai kecik yg mewakili konsep 1 Malaysia....Muhibbah sungguhlah JP Perdana ni.  Mana taknya, gerai melayu jual nasi lemak serapan pagi kat depan rumah ada...gerai jual nasi lemak cina ada...gerai jual nasi lemak india pong ada....tergelak aku tgk....memasing open 1 table jerk....Biasanya susah nak nampak cina/india nak bukak gerai kecik2 jual makanan serapan pagi ni...


haaaaaaaaaa.... Salam 1 Malaysia...

Monday, November 8, 2010

Koay teow

Malam ni rasa malas nak masak.  irfan pulak hari ni p mengaji.  Dia ni mengaji cuma tiga hari seminggu (isnin, selasa & rabu jerk) + belajar jawi + fardhu ain (biasanya hari rabu).  Biasanya bila balik mengaji dia mesti akan tanya aku ni dah siap masak ke blum???? masak apa ari ni??? Jadi, fikir punya fikir aku masak jerlah koay teow.

Tarrrraaaaaa.... inilah hasilnya....


Aku sangat2 malaslah malam ni...jadinya lada pun biasanya aku akan kisar sendiri tapi kali ni cuma pakai lada giling segera jer + bawang2 + daging cincang + sotong + tomato + sawi (skit jer...sbb stok dah habis)
oh ya....aku tak letak togeh sebabnya kami sekeluarga tak suka makan togeh....

Lepas makan, kemas dapur pastu rehat2 sambil tgk citer ulik mayang.  Lepastu terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Bdn aku mmg letih sangat2lah ari ni...keretaku meragam lagik....jadinya tersadailah aku di tepi jalan....


Aktiviti di hari minggu...

Pagi hari minggu, lepas jer solat subuh kami sekeluarga p pasar setia indah nak beli bahan2 utk nasi ayam.  Pastu barulah kami p jogging....ramai orang berjoging rasa seronok pulak....Sebenarnya, perancangan awal nak p jogging dulu pastu hujanlahlah pulak.  Jadi terus ikut plan B iaitu p pasar dulu bila tgk dah tak hujan bolehlah berjogging....

Budak montok ni bersungguh2 nak pakai jeans, puas aku pujuk2 tapi tetap jugak nak pakai jeans.  Pastu bila sampai sini dia pulak tau rasa tak selesa....hahhah padan muka...cakap ibu tak nak dengar...


hahahha gelap kan? sebenarnya suasana masa ni taklah gelap sangat cuma baru lepas hujan ditambah plk dgn camera cap ayam aku ni...jadi paham2 ajerlah kualiti gambar yg tak seberapa ni...

Balik jer dari berjogging teruslah aku siap2kan bahan untuk masak nasi ayam...dalam pkl 11 pagi dah pun siap.  Tapikan, kali ni nasi terkeras sikitlah...hehhe...Inilah hasilnya....


ayam goreng ni simple jer,
cuma perapkan ngan kunyit, halia, bawang putih + madu + garam secukup rasa.  Bila siap digoreng Tuan Mustaffa pulak telah mempenyekkan ayam ni.  Maka jadilah ayam terpenyek..

Sambal merah ni,
bahan2nya cuma lada merah+garam+gula+perahan limau kasturi dikisar pastu dimasak samapailah mendidih


Kuah sup
kisarkan bawang putih+merah+halia + sedikit kiub sup bunjut pastu tumiskan ngan sedikit minyak
Bila dah naik bau masukkan ayam (bahagian tulang) yg dipotong halus + air + kiub ayam skit

Nasi ayam
dimasak guna kuah sup jer....senang


Inilah hasil keseluruhannya.......



Friday, November 5, 2010

Aksi budak tak tau diam...

 berangan jer....















Beginilah aksi anak bujangku ni....dia ni mmg tak tau ddk diam....hehe terpaksalah ditayangkan sekali kaki dia yg cantik tu....

Kipas....

Kali ni nak bercerita tentang kipas pulak...Kipas rumah aku ni dah lama jugaklah rosaknya..tapi memandangkan Tuan Mustafa masing belum ada kelapangan utk memperbetulkannya maka ianya terbengkalai begitu sahaja.  Tapi, akhirnya setelah sekian lama menunggu maka masalah ini dapat diselesaikan.  Kosnya amatlah tidak mahal cuma RM5.50 jer.  Yang rosaknya ada 'konensor' hehe sorylah kalau silap spelling aku main bedal jer asalkan ada bunyinya.

Prosesnya...


 Inilah dia kipas yang rosak tu..

Inilah "konensor" hehe kalau silap eja jgn mare arrr

Irfan sibuk jerk kacau ayah dia





Alhamdulilah.....selesai masalah kipasku...