Syukur Alhamdulilah badan aku bertambah sihat, tekanan darah aku pulak asalnya agak tinggi tapi sekarang ni mcm dah rendah pulak. Hari isnin lepas aku p klinik dan bg tau kat doc yg jantung aku laju. Tapi masa tu doc kata ok jer. Tekanan darah pulak 130/90. Aku asyik termengah2 jerk. risau pun yer. Then, doc bagi aku mc sehari. Alhamdulilah jugak sebab beratbadan aku dah berkurang 3kg. Happy tu.....bln 10 aku p check up doc tu membebel kat aku sebab berat badan dah naik 3kg...hahahhahahha....
Semalam aku rasa sangat2 tak selesa. Masa kat rumah pong aku rasa jantung aku laju semacam. Then aku p klinik lain pulak dan dapatkan nasihat doc + makan ubat = Alhamdulilah dah normal. Ni yg ada mood balik berceloteh kat sini. Hehehhe
Ni nak citer lain pulak....aku dah lama tak make up pengantin. Aku bersara seketika sejak bulan puasa. Rasa malas nak makeup pengantin + payment lambat + dot dot dot. Tapi, start 13/11 ari tu aku terbuka pintu hati nak make up orang. Aku makeup 2 org nak p dinner. Gambarnya tak der sbb bateri camera aku habis.
Then, 20/11 yg lepas bermulalah episod aku make up pengantin. Rasa malas tu masih ada lagi tapi nak buat mcm mana kan, dah janji ngan orang. Tapi, tak sangka pulak aku boleh terjumpa ngan mak best friend Irfan (anak bujang aku). Apa lagi, sesi berborak pasal anaklah....Mak best friend irfan siap pujuk aku bwk irfan masa makeup untuk sanding. Mintak maaplah aku mmg tak sanggup bawak irfan sebabnya dia ni mmg tak tau diam. Nanti aku tak der konsentrasi nak makeup pengantin. Kesian pengantin. Jadi, inilah hasilnya....banyak lagi yg perlu aku perbaiki....dan pelajari.....
Gambar ni ikhsan dari photographer kecheq Fareez
Gambar-gambar yg kat bawah ni pulak pengantin2 yg pernah aku makeup sblm ni...
Job pertama dari Bunga Citra Bridal
Pengantin pertama yang aku makeup...adik aku sendiri
Gambar ni ikhsan dari photographer Rohaime
Ni jer gambar yg masih aku simpan...yang lainnya entah ke mana...