Thursday, August 16, 2012

Mood Raya Menjelang Tiba......


Ingat ketupat ...ingat raya... tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri (1433).  Rasa baru jer berpuasa....hari raya menjelang tiba.  Mood raya melonjak2 tapi mood kerja...terus hilang...hahaha tak sabar nak balik kampung...


Kalau masa kecik2 dulu..saat nak tunggu pengumuman raya...memanglah mendebarkan.  Paling mencemaskan bila hari yang dijadual untuk melihat anak bulan...hujan pulak.  Makanya esoknya kena berpuasa lagi.  Tapi sekarang, dah senang semuanya telah diputuskan terlebih awal.

Inilah dia wajah yang dinantikan saban tahun untuk menyampaikan pengumuman hari raya.  

Masing2 mula sebok beratur kat bank atau ke money changer untuk tukar duit raya baru.  Pastikan sampul duit raya mencukupi yer....Baju raya dah tersedia?? Kuih raya?? 


Macam mana persiapan hari raya?  
Kami sekeluarga bersederhana sahaja....


Tuesday, August 14, 2012

Drama Korea Lagiii...Bride of The Sun


Bride of the sun....... cerita ni berjaya menambat hati aku..cheh wahhh
Jalan ceritanya menarik.  Tapi kadang2 tu terlepas jugak nak tgk citer ni...Almaklumlah bulan puasa..letih....bila tgk tv....tv pulak yg tengok aku..huhu


Cerita ni mengisahkan tentang Kim Hyo Won gadis miskin yang terpaksa korbankan cintanya terhadap Choi Jin Hyeok demi menyelamatkan keluarganya.  Ayahnya tiada pekerjaan tetap dan adiknya pulak sakit. Mak dia tu..kejam sikitlah.  Ia bermula apabila adik Hyo Won yang sakit dan memerlukan wang yang banyak untuk menjalani pembedahan.  Mak Hyo Won memaksanya utk mencari duit ....atas dasar tanggungjawab sebagai seorang anak dan  kakak dia berusaha...sehinggalah dia bertemu dengan Lee Kang Ro yang sudi membantunya melunaskan segala kos perubatan adiknya dan jugak melepaskan ayahnya dari penjara.  Lee Kang Ro ni orang kaya...tapi dah tua...dia memang dah mula sukakan Hyo Won.
Semasa dia sedang bermasalah...teman lelakinya Jin Hyeok berada di Amerika.  

Tapi...dia terpaksa berkahwin dengan Lee Kang Ro dan melepaskan Jin Hyeok...sedih arrr.  Walaupun ddk di rumah yg besar tapi dia tetap tak bahagia sebab cintanya hanyalah untuk Jin Hyeok.  Mak Hyu Won pulak asyik mendesak nak macam2...dia ingat anak dia senang dan bahagia sangatlah.  Hyu Won terpaksa berhadapan dengan bekas isteri suaminya yang gila kuasa dan sentiasa berdendam dengan Kang Ro.  Dia memang amat tidak berpuas hati bila dapat tau Kang Ro mengahwini Hyo Won.  

Jin Hyeok pulak bekerja di company Kang Ro.  Dia sebenarnya adalah misi utk membalas dendam terhadap  Kang Ro yang telah membunuh ibu bapanya.  Dalam masa yang sama dia masih lagi menyintai Hyo Won.
bermacam2 dugaan dan cabaran yang mereka hadapi.  Hyo Won seorang perempuan yang kuat semangat. Di rumah pulak dia sentiasa berhadapan dengan menantu Kang Ro yg gilakan harta dan juga anak perempuan Kang Ro.  Jin Hyeok berjaya mempengaruhi anak perempuan Kang Ro.  Dia memang bijak.



Akhirnya.....
mereka berjaya hidup bersama.....Kang Ro mati.  Tapi, sebelum dia mati...dia telah menceraikan Hyo Won. mereka telah bebas daripada cengkaman orang2 kaya ni... Hyo Won pun berjaya dengan kerjayanya....mak & ayah Hyo Won buka restoran...Siapakah pulak yg membunuh ibu & bapa Jin Hyeok???? Kang Ro atau bekas isterinya???? apakah kesudahan menantu Kang Ro yg gila harta tu?  apa terjadi  dengan anak perempuan Kang Ro?

Tapi, bila nak tgk online citer ni...tak der english subtitle.  Tapi ada link ni..https://justdramas.wordpress.com/recaps-index-2/

Karaoke Ah Chai



Inilah dia Ah Chai yang mampu membuatkan aku tersengih2 dan ketawa sorang2 kat dalam kereta.  Entah hapa2 jer pelatnya tu.  Tapi bagi aku amatlah menghiburkan aku di pagi hari.  Bila dia nyanyi lagu ombak rindu...mmg best dan kelakar giler.  Walaupun kekadang pelat cinanya tu sengal2 jer...

Minggu ni Ah Chai nyanyi lagu raya....kelakar...
apa2 pun Johan mmg best...pastu digandingkan pulak dengan Ray & hanif...mmg ngammm.  Sebab adanya Johara pagi era...aku dah mula suka dengar era....walhal sebelum..mmg kurang gemor...

Gandingan yang bestt..



Good Job Era.....

Gastrik Melanda...



Semenjak bulan puasa ni aku kerap jugak kena gastrik & pedih ulu hati...kadang2 tu sampai muntah barulah rasa lega.  Gastrik ni melanda aku bukannya di waktu siang hari.  Tapi ketika tidur barulah ia datang menyerang....rasanya amat2lah tidak selesanya aku.



Aku dah lama sebenarnya tak kena gastrik.  Aku kurangkan minum ice ketika berbuka puasa.  Minum air panas jerlah....Bila rasa gastrik ni dah hilang...badan aku akan lemah dan mengantuk sangat2...

Apa itu Gastrik????
Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus.  Pengeluaran asid yang berlebihan akan menyebabkan terjadinya ulser.  Ia mudah menyerang juga disebabkan oleh masa makan yang tidak teratur.  Tambahan pulak kalau suka makan nenas, junk food, jeruk basah & kering, mee segera, minuman bergas.  Selain itu, kalau kita suka makan makanan yang berangin seperti pisang, nangka, cempedak, udi, keledek.....perghhhh...semua benda ni aku suka.
Memakan makanan yang pedas jugak boleh terjadinya pedih ulu hati & gastrik.
Makanan yang bercuka juga tak boleh makan yerr...Stresss pun boleh menyebabkan terjadinya gastrik.

Susahkan??? apa yang aku perasan...aku kalau dah lapar sangat...aku tak boleh makan roti.  Nanti gastrik suka menyerang aku. 

Pagi tadi aku mmg dah ada appointment utk amek darah (medical checkup).  Jadinya aku terus jumpa doc...dapatlah dua jenis ubat....sila makan ubat yer...


Tuesday, August 7, 2012

Malam 10 Terakhir Ramadhan.... Lailatul Qadar



cepat sungguh masa berlalu....rasanya mcm baru jer puasa...
dah sampai 10 malam terakhir Ramadhan....
Apa yang kita tunggu2??
mestilah MalamLailatuh Qadar


Marilah  kita sama-sama melipat gandakan amalam kita...
dalam sibuk2 membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri....jangan lupa beribadat yer..kawan2



Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar  pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Aiyok.......semangat...semangat...

Monday, August 6, 2012

Buah Pedada - Kampung Pedada Kuning




Haaaa..korang pernah tengok buah ni??..pernah makan???
Aku masa kecik2 dulu pernahlah makan..
rasanya...tak ingat sangatlah..masam...kelat..
boleh dibuat ulam & bila dah masak boleh dibuat sambal mcm kat gambar ni


buah ni biasa ada kat tepi2 sungai...kampung aku mmg dekat dengan sungai Batu Pahat.  

Nama kampung aku "Kampung Pedada Kuning" diambil bersempena dengan nama buah ni...
ada tambahan kuning tu sebabnya  buah ni bila dah masak berwarna kuning..
Aku percaya...ramai yang tak tau buah ni...entah2 orang2 kampung aku pun tak kenal buah ni...
sebab tu aku sesaja nak bercerita tentang buah pedada....sesaja nak berkongsi cerita...

Buah Mangga di dalam Celapa
Buah pedada di buat laksa
Yang muda menyapa yang tua
Itulah tanda berbudi bahasa

Ramai yg tak kenal dan entah2 tak pernah tau kewujudan buah pedada...namanya hanya tertinggal di dalam pantun ...bak kata ..Prof  Datuk Dr Zainal Kling "Buah Pedada hanya tertinggal di dalam pantun"

Masa aku menggoogle ttg buah pedada...aku terjumpa gambar ni


haaa...dah di buat air pun...
ada yang buat dodol tau..
apa agaknya khasiat buah pedada
ia boleh membakar lemak dalam badan....apa lagi...bolehlah mencuba...
Nama saintifiknya ialah "Sonneratia Caseolaris"

Balik Kampung & Iftar bersama Mak Bak


Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga balik kampung.  Sebenarnya biasanya setiap kali hari pertama berpuasa mmg kami akan balik kampung...tapi tahun ni...en. suami bekerja pulak.  Jadinya, kami tangguhkannya hinggalah ke minggu ni.  Tapi, balik kejap jer...tak tido kat kg pun... Pagi ahad tu lebih kurang pukul 10 pgi barulah gerak dari rumah.  Terpaksalah tunggu irfan blaja ngaji & tuisyen jawi kat rumah ustazah.  Budak ni mmg teruja sangat2 nak balik kampung...tambahan lagi kami dok bagi tau dia nak p shopping baju raya & kasut raya dia...

Macam biasa...irfan mmg tertidur kat dalam kereta.  Lebih kurang pukul 12 lebih barulah sampai ke destinasi pertama...


Kami parking kereta kat atas bumbung..masa ni masih lengang lagi.  Bila masuk dalam jer....punyalah ramai orang...sana sini ada sale dari 10% sampailah 80%.  Haha...pening kepala...Mula2 beli baju untuk en. suami.  Masa memilih baju ni irfan mulalah buat cerita sedih...
"tadi kata nak beli baju irfan...tapi tak der pun"
apalah budak ni...terpaksalah aku pujuk dia....

Selesai beli baju en. suami.....baju irfan pulak
cukup memeningkan...banyak sangat...dapatlahlah sambar 3 pasang baju jer...belikan sepatu raya sekali...jadilah yerrr... aku carik handbag...tak menarik sangat kat sini... banyak jugaklah kami dapat sampul duit raya.  Nak amek sampul duit raya pun kena tunjuk resit dan direkod lagi ...takperlah janji aku dapat free.


Kami pergi pulak ke destinasi ke dua...


Pukul 3.00 petang sampai sini.  Nak cari parking punyalah payah....panas terik pulak tu..
irfan dah mula penat...
aku terus p Parkson.  "Irfan...ni turn beli barang ibu pulak...jangan buat perangai tau.." awal2 aku dah warning dia.  Aku faham sangat ngan perangai dia ni.  Kalau dah dapat barang dia..terus nak balik rumah.
Boleh tahan jugaklah sale kat sini...aku p tingkat bawah dulu..perghhh...handbag mmg lawa2 teruja nak memilih..TAPI yang tak syoknyer bila dah dengar bunyi2 "Irfan dah letih sangat ni...kaki dah sakit...lemah sangat....dahaganya..."  bengang jer...mulalah buat muka kesian...asyik merengek jerrr... Aku  ni mmg tak suka dengar budak merengek ... rimas tau...
Apa lagi...kami pun baliklahhhh....en suami janji...lepas berbuka nanti sblm balik JB nak p sini lagi...

destinasi ke tiga...
rumah Mak Bak....rindunya lama tak jumpa mak bak.  Masa sampai rumah...bak tengah mengaji kat beranda..mak pulak tengah berehat kat bilik.  Suasana kat rumah tenang jer...perabot tersusun jerk.  Itulah mak...sakit macam mana pun..kebersihan & kecantikan rumah mmg terjaga.  Panasnya kat kampung ni....letih giler...aku mmg malas nak masak untuk berbuka...jadinya...kami beli jer...

Lebih kurang pukul 5 lebih kami beli nasi bariani Mohd Syah kat Benteng..Nasi Bariani yang glamour kat sini tau....mak nak bariani kambing..tapi dah abis...tinggal ayam jerk.  Itupun tak sampai lagi..pukul 6 ada.  Jadi, aku pesan siap2 nasi bariani ayam 7 bungkus.  



Sementara nak tunggu ke pukul 6 tu.. kami p bazar kat kg muhibbah.  irfan awal2 lagi kata nak beli air mata kucing...tapi bila sampai sana ...terus bertukar nak air blue lemon pulak.  Menu semuanya menarik2 belaka.  Yong taufu dia pun sedap gak...Siap2 beli makanan..kami patah balik ke Benteng...perghhh...ramai dah yang beratur...Tapi, oleh sebab aku dah order awal2 jadinya tak perlulah beratur panjang....senangggg...

Bila sampai rumah....makanan penuh satu meja...
Bak pulak beli kuih muih.  Hari ni jugak ada orang mengunjung....ni yang aku suka...makan lauk ala2 dah raya .  Kelakar tengok gelagat irfan berbuka puasa..semua dia nak makan..last2 sakit perut...penuh sangat perut tu...

Pukul 8 mlm...
badminton bermula ...apa lagi...en suami ngan bak dok tekun tgk tv.  Lupalah tu dah janji ngan aku nak  p parkson...ermmm...aku berborak2 jer ngan mak & kak roha.. habis tgk badminton barulah balik...penatnya tapi happy...

Gambar2 ni semuanya pak cik google yg bagi...hehe..kecuali gambar atas sekali tu...

Thursday, August 2, 2012

Menu-menu berbuka puasa dan sahur

Gambar hiasan pakcik google

Aku pasti sangat2....ini adalah perkara yang sentiasa berada kat fikiran golongan ibu khususnya..
betul tak????

Kebiasaanya pada bulan puasa aku mmg agak rajin memasak..
tapi tidaklah aku memasak menu2 yang  hebat2 belaka
menu2 yang biasa2 sahaja

Kami biasanya akan membeli ayam/udang/sotong/daging/ikan dan macam2 lagi pada hari minggu
pastu...bila dah siap2 siang semuanya...simpanlah kat dalam peti sejuk...
lepas sahur...aku dah fikirkan nak masak apa balik kerja nanti...
bahan2 yang beku..mestilah dinyahbekukan (huhu betulker? penggunaan ayat ni???) terlebih dahulu

Jadinya, balik jer kat rumah teruslah....marathon memasak...
Aku tak nak amek irfan dari taska awal2 sebabya...bila dia dah terbau masak2 ni..mulalah dia buat perangai...
nanti masak pun tak siap...kalau en suami blk lambat..aku akan amek dia kat taska pukul 7..

Menu masakan aku biasanya dua jenis termasuklah sayur2
masa memasak biasanya 1 jam sahaja...
Aku cuba masak masakan kegemaran en suami & irfan..
setakat ni...irfan tak cerewet pasal makanan...apatah lagi kalau aku masak ayam masak lemak cili padi/sup ayam/apa2 luah yang masak lemak....tapi taklah hari2 berlemak...
yang penting dapat latih irfan berpuasa....

Peningkan?? hari2 dok fikir nak masak apa......
Aku rasa happy sangat2 bila irfan kata "ibu masak terbaeklahhh"
pandai jer budak montel ni amek ati aku...
Hari ni nak masak tomyam.....hehe