Wednesday, October 24, 2012

Apa yang terjadi pada 20 & 21 Oktober 2012

Sepanjang Sabtu & Ahad yg lepas kami sekeluarga memanglah tak ke mana2..
Lagipun cuaca tak berapa nak elok...hujan jer...
Jadinya...kami duduklah kat rumah diam2
haippp!!! jangan gatal2 nak merayap ke sana sini...pergi pasar Setia Indah dibenarkan..
kenapa??
ermmm...nanti aku citer ehhh

Hari sabtu aku kerja half day...so, sebelum balik aku singgah kedai mamak kejap bersama2 dengan ofismate & jiran aku iaitu Maria.  Aku bungkus nasi bariani siap2..banyak tu...dia letak nasi sebungkus.  Lepas bayar RM8  kat kaunter..aku terus balik. Sampai jer kat rumah kami berdua beranak ni makanlah bersama2...kongsi2 tu..tapi Alhamdulilah kenyang...

Rumah aku pulak...alangkah berabuknya...aku tak tau nak buat apa..jadi layan citer hindustan kat dalam bilik.  Irfan pulak jadi mando tengok orang2 tengah buat kerja2 renovasi ni...


Inilah dia tugas mando..sambil2 tu dia dok sebok mengacau orang tengah buat kerja. Sebenarnya, petang tu dia dah mula demam + batuk2.  Aku panggil dia layan hindustan kat bilik tak nak pulak.  Malamnya dia dah mula batuk2 + demam....terus bawak p klinik..sekarang ni..Alhamdulilah dah ok cuma tinggal batuk jer skit2

 Habuknya begitu giat sekali membiak.....takper..tahan.....asalkan dapat hasil yang memuaskan hati aku....
Masa ni hujan sedang turun dengan begitu lebatnya.


Inilah "Wak Purnomo" yang membantu kami merialisasikan impian kami...Amboi...senyum2 wak...Tak per wak...buat kemas2 yer...

Sementara wak ni busy dengan kerja2nya..aku pun memasaklah kat dapur...menu makan malam yang simple dan sedap (ecehhhhh perasan betullah aku ni) Tapi, feedback from irfan...."sedap bu..."
Testimoni terbaik tu...

Ini jer yang aku masak...


 Senangkan??? sekejap jer dah siap....
Korang nak resepi??? ishhh...tak payahlah...korang lagi expert maaa

Entah kenapa kali ni irfan nak makan letak kicap pulak.  Biasanya dia memang tak berkenan ngan en kicap...

Bila siap memasak....kerja2 wak and the gang pun selesai untuk hari ni...



 Sebelum balik....bersihkan dulu apa2 yang patut.....hasil kerjanya setakat ini...kami masih berpuas hati.

2 malam tau rumah kami begini....hari isnin barulah berpintu dan bertingkat rumah ni...
Sebab itulah kami tak merayap mana2 hujung minggu lepas...tak berani tuu...

Sebelum tido...aku dah plan siap2 menu masakan utk hari esoknya....
Pagi ahad tu terus kami pergi pasar dan beli barang2 dapur..
aku masak ni jer...senang....mood nak sambut rayalah kekononnya...



Makanan Pra Raya Haji.... nasi impit + rendang ayam tua...

oklahhhhh....nanti sambung celoteh itu ini lagi.....

Thursday, October 18, 2012

Demam Adam & Hawa


 Rasanya rata2 dah tau tentang drama yang tengah hangat sekarang ni.  Terus terang sebenarnya pada awalnya aku tak berkenan dengna drama ni...kiranya aku tak pernah tengok sehinggalah drama ni dah sampai ke episod 28.  Entah macam mana...aku boleh pulak terjebak menonton citer ni.  Sepanjang ari sabtu lepas aku bermarathon tgk adam hawa dari episod 1 hinggalah ke episod 28 secara online.  Anak bujang aku sampai dah bosan... aku pancing dia suruh tido petang sabtu lepas...dia pun tidurlah.  Lagipun hujan lebat petang tu...aku pun syok arrr tgk dengan begitu khusyuknya.

Sebenarnya, masa aku tgk syok tgk adam hawa tetiba aku mcm terdengar suara lelaki tua berdehem...terkejut jugak masa tu...aku siap jenguk2 lagi kat bilik dan tingkap...tapi tak der sesapa.  Masa tu memang bulu roma aku dah berdiri.  Aku terus buat tak tau jer dan teruskan menonton..sampailah rasa takut tu hilang....


Cerita ni memang penuh dengan permainan emosi..sayang..benci..rindu....marah...dendam...sunyi.  Cerita yang tak boring untuk ditonton.  Nasib baiklah en suami balik malam...
lepas dah habis tengok sampai episod 28 aku pun berbual dengan en suami...dialognya lebih kurang macam ni..

en suami  :  Adam hawa ni ada berapa episod semuanya?
aku  :  80...bang
en suami :  sekarang ni dah episod berapa?
aku  :  baru sampai 28
en suami :  ermmm maknanya ada lagi 50 lebih episod...lama lagi tu.  Tapi...kalau dah complete 80 episod tu...syg boleh abiskan dalam sehari kan?
aku  :  erkkk...hehehe..perli nampak (saja jer dia nak mengenakan aku...)


yang tak syoknya citer ni hanya 30 minit jer setiap episod.  lecehlah...
Lakonan nadia memang meletop...tak der nak kontrol2 cun....best arr..
aaron ?? sememangnya sentiasa meletop..
walau apa pun cerita ni memanglah happy ending.

Monday, October 15, 2012

Drama Korea Lagi...My Ex & The Neighbours / Definitely Neighbors


Cerita yang menghiburkan di waktu petang.  Biasanya bila balik kerja terus aku tgk citer ni dulu.  Kalau terlepas waktu petang...aku akan tengok ulangan pada malamnya pula.  Memang kelakar + menyentuh perasaan.  Menceritakan tentang sepasang suami isteri yang bercerai.  Mereka dikurniakan 2 orang anak.  Malangnya, anak mereka yang lelaki telah meninggal dunia.  Sejak kematian anaknya ini meraka saling bergaduh dan tidak sependapat dalam banyak hal.  Ada saja yang tak kena di mata mereka.  Bila bercerai mereka bawa haluan masing2...TAPI anak perempuannya pula yang menjadi mangsa kerana ibu bapanya berebut2 hak penjagaan anak2.

Bekas isterinya perlu memulakan hidup yang baru tanpa suami.  Nak tumpang di rumah ayahnya pulak...ayahnya tak terima.  Nasib baiklah ada kawan yang hendak berpindah sementara ke luar negeri..jadi dia menumpang di rumah tersebut.  

Nak dijadikan cerita.....rumah tersebut bersebelahan pula dengan rumah sewa pak cik bekas suaminya.  JAdi, mereka ada berjumpa setiap hari.  Seperti biasa...bila berjumpa mereka akan bergaduh dengan masing2 mempertahankan pendapat mereka.  Pergaduhan mereka ni memanglah kelakar.  Sebenarnya, masing2 nampak saling membenci tapi macam masih ada perasaan sayang lagi antara satu sama lain. 

Cerita ni ada 60 episod saja.  Jom tengok!!!!! Tak boring menontonya....

Thursday, October 11, 2012

Belajar Berenang

 Ini dia yg dah siap dengan uniform renangnya...  Dia memang bersungguh2 nak blaja berenang.  Siapa cikgu renang irfan? hehe tentulah ayah irfan.  Tapi, untuk makluman sampai setakat ni dia mmg belum berjaya lagi.  Tak per..usaha lagi sampailah boleh berenang mcm ayah yer.


Gembira betul irfan bila berjumpa dengan air.  Haha kalau kat rumah pun suka sangat main air.  ehhh..gigi saya rongaklahhhh..hehe


 cuba buat gerakan kaki......

 cuba lagi irfan...kaki dia tak kuatlah...


 huhu aku sebenarnya cuak jugak masa ni.  macam nak tenggelam jerk...


tengoklah cikgu renang irfan ni...sungguh2 mengajar @ dok sakan main air??

Komen dari cikgu renang
"Irfan dah boleh menyelam lama skit..tapi kaki dia masih tak kuat lagi"
Tak lama lagi nak cuti sekolah....Irfan nak belajar berenang sungguh2 ni...
Nanti kita p berenang lagi...hehe tapi ibu tak pandai berenanglah....ibu tukang tengok jer...

Wednesday, October 10, 2012

Master Chef Musim Ke-2


Rancangan Master Chef ni  since musim pertama & Selebriti Chef memang aku suka.  Aku suka tengok rancangan masak memasak.  Kalau aku terlepas tgk rancangan ni...pasti aku tunggu siaran ulangan...tgk berualgn2 kali  pun tak per..tak boring pun.

TAPI

Untuk musim yang kedua ni...macam tak begitu tertarik aku nak menontonnya.  Awalnya, aku tgk gak...tunggu gak rancangan ni setiap 9 mlm.  Lama-lama jadi BOSAN.  Rasanya macam banyak sangat drama yg hendak diketengahkan daripada potensi memasak yang sepatutnya perkara utama yg ditonjolkan.  Paling aku tak suka.....part komen dari para peserta.  Mak aiiii....kutuk mengutuk tu sangat seronok dan begitu giat dijalankan.  Sementara nak tunggu masakan tu siap..aku akan tukar channel lain.  Sebabnya aku rasa meluat nak tgk drama dan komen2 dari para peserta.  

Ini hanya pendapat aku semata2..aku tak taulah pendapat orang lain mcm mana.  Budaya yang ditonjolkan tu aku tak begitu menggemarinya.  Rancangan yang sebelum ni...ada jugak komen2 yg pedas dari para peserta...tapi taklah melampau mcm sekarang ni...entah...harap2 team master chef yg akan datang dapat memperbaiki apa yang patut...

Tuesday, October 2, 2012

Bini-bini Perkasa


Adakah anda gemar menonton cerita di atas??
Jawapan saya....saya SUKA

Pada pendapat akulah...cerita ni lebih best daripada filem.  Aku suka lakonan fezrul khan.  Memang best.  Kami sekeluarga gelak besar bila menonton cerita ni.  Barisan pelakonnya pun best...Adik si Manja tu...pun lawak gak...siap menyanyi lagi..
Kiranya, inilah antara drama yang aku suka tengok selain daripada drama2 korea tu...
Intan & Yana memang tak dinafikan memang pandai berlakon...
kiranya aku memang suke citer ni...

Tanda Harga

 huhu..sesaja jer nak berceloteh tentang tanda harga.  Biasanya bila beli apa2 barang aku memang sentiasa pastikan yang aku dah tanggalkan tanda harga.  kalau tak...inilah jadinya mcm kat gambar ni...mungkin ada yang fikir...eishhh tak payahlah nak tanggalkan tanda harga ni...elehhh kat tapak kasut...sapa nampak..betul tak?

Tapi sebenarnya, kadang-kadang kita tak perasan.  haaa...tak pasal2 aku dapat tau harga kasut yang digayakan ni berharga RM230 dan dibeli di Metrojaya.  


Ada yang kesah dan ada jugak yang tak kesah sama ada nak tanggalkan tanda harga ataupun tidak.  Ni kasut lelaki..taklah orang perasan sangat..tapi kalau yang kasut bertumit tinggi??? memanglah lagi jelas penampakkannya..

Walau apa pun isu ni taklah serius sangat...aku saja2 nak cerita kat sini...
korang pulak??? pernah terjumpa mcm ni ??

Sambutan Hari Lahir Irfan yang ke 7


Sekejap jer masa berlalu....irfan dah 7 tahun.  kenangan 7 tahun lalu saat2 melahirkan dia masih segar lagi. Irfan memang terlalu teruja nak sambut birthday bersama2 rakan2.  Sebenarnya masa umur dia setahun memang  kami ada raikan majlis beramai2...tapi lepas tu hanya sambutan bersama keluarga terdekat.  Bila dia dah 5 dan 6 tahun hanya sambut di sekolah saja. Itu yang irdan benar2 teruja.  Dia siap buat namelist lagi nama2 kawan yang hendak dijemput.

Majlis bermula lambat sikit sebab hujan turun dengan lebatnya.  Jom kita layan gambar2 kat bawah...jom................


 Malu-malu pulak borthday boy ni


 Ibu tolong potong yer




Menu yg simple2 belaka
 Ini dia...Ibu As & Ayah Din Irfan...Ibu as pengasuh irfan sejak dia berumur 2 bulan...manja betul irfan bila berjumpa ngan ibu as

 Mari makan berselarak....bukan senang nak berkumpul macam ni...
 Irfan tak sampai ati nak potong kepada batman...jadinya mak ngah asingkan untuk irfan...
kesian konon...tapi lepas tu dia yg makan jugak...Budak ni...bukan main berselera lagi makan mengalahkan tetamu yg dtg...hahaha...sabo jerlah...happy punya pasal...makan pun berseleralah


Antara hadiah2 irfan yang dapat dikumpul...ada jugak yang tak terkumpul..kami memang tak sangka irfan dapat byk hadiah...terima kasih kawan-kawan..cuba tengok muka saya...muka gembirakan....

Sebenarnya, harilahir irfan 29/9/2005....tapi sambutannya ditunda sehari sebabnya kami bekerja dan tak sempat nak buat persiapan.  Jadinya, majlis ni disambut pada  30/9/2012.

Monday, October 1, 2012

Peristiwa hujung minggu 23 September 2012

Lama gak aku tak mengupdate blog ni
memang busy & kerja bertingkat2 gamaknya
ditambah pulak dengan keadaan badan aku yg tak berapa sihat
lemah giler & mengantuk

23 September 2012 adalah tarikh yang agak istimewa untuk kami warga Crescendo International Collge
Pertamanya kami ada majlis soft opening kampus baru & keduanya majlis graduasi
rasa berdebar2 mmglah ada ....agaknya macam ni rasanya rasa dan perasaan mak bapak pengantin
risau tak terkata...takut2 ada yang tak cukup dan tak kena pada kedua2  majlis


jom layan gambar2 disekitar majlis berlangsung

 Thila & Yati



 Aku & Maria


 antara menu ringkas yang disajikan

Majlis perasmian ini berlangsung dengan pantas sekali..
lepas jer makan kami bergegas ke Amansari Resort utk majlis kedua kami iaitu majlis graduasi


ini jerlah gambar yang ada
busy sangat dan kaki dah penat giler sampai takder mood nak bergambar
Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar sekali
caiyok....APA YANG PENTING....KERJASAMA....