Thursday, May 19, 2011

Masak apa pagi ni???????

Hari ni aku terbangun lewat skit.  Pukul 6.15 baru bangun....pastu teruslah aku masak menu ringkas jerk.  Inilah hasilnyaaaaa.....


Nasi putih dan sambal belacan


ikan parang masak singgang


Nasi goreng untuk irfan

Haaaa...nak citer skit pasal kisah mlm td...masa tu aku tengah asyik tengok citer Nora Elena.  Irafan kat dapur sorang2....tau apa dia buat??? dia buatkan kami fruit salad.....tapi kami terpaksa makan gak sebabnya fruit salad dia ditambah perisa lain....dia dok tambah sos cili dan sos tomato.  Sedap katanya.  aku cuma makan sepotong jerk itu pun irfan yg suapkan...adoiiiii.....Ni semuanya gara2 cikgu kat sekolah yg ajar dia cara2 buat fruit salad...

Wednesday, May 18, 2011

Kemalangan...

Sebenarnya, dah lama aku nak bercerita tetang kemalangan yang melibatkan suamiku dan sebijik kereta kancil, yg mana pemandunya adalah kawan kepada pemilik kenderaan tersebut.  Manakala pemilik kenderaan tersebut adalah jiran di belakang rumah aku.  kejadian ni berlaku pada 11 May 2011 pada pukul 8.10 pagi.  Pada hari kejadian, aku mcm biasa hantar ifran p sekolah.  Masa dlm perjalanan nak p kerja tetiba hubby aku call.  Suara dia masa tu dlm keadaan cemas dan dia tanya pulak aku kat mana.  Pelik sungguh....pastu barulah dia cakap dia xcident kat area tmn perumahan kami.  Aku tergamam dan terfikir...kenapa pulak tetiba jer dia dah kluar kerja awal.  Biasanya pkl 8.30pg baru dia keluar rumah.  Itulah....benda nak terjadi....

Bila aku sampai kat tempat kejadian, hubby aku masih blh berjalan walaupun terdencot2.  kemudian, aku berbincang ngan suami pemilik kereta tu dan kami hantar ke klinik.  Mula2 kami ke klinik Ros Wati di Taman Setia Indah...masa tu doc tak sampai lagi.  So, kami ke klinik penawar.  Kat sana pembantu doc tu bersihkan luka2 kat tangan dan kaki hubby.  Tp kat bahagian buku lali kaki sebelah kiri ada bengkak....mcm ada bola golf dalam tu.  Then, doc suruh p spital utk buat xray.  Tapi, kami ingat hanya terseliuh saja dan kami pun p pulak ke Klinik Pertama di Taman Johor Jaya utk buat xray.  Doc kata ni hanya terseliuh saja...tp bila tgk result xray...sahlah kaki hubby patah kat bhgn ygn bengkak tu.  Masa tu....rasa macam di panah petirrrrrrrrrrr...nak pengsan pun ada.  Tp aku jadi kuat sangat masa tu.....

Aku bawak hubby p spital dan setelah menunggu hampir 1 jam barulah blh jumpa doc dan doc simenkan kaki tu.  So, appointment utk jumpa pakar tulang pada 31 May 2011 pkl 11 pagi.  Masa tu, kami langsung tak jamah makanan sampailah pkl 3 ptg rasanya.   Masa di hospital..aku hanya sempat bertanya kat pompuan tu...."Awak ke yg drive kereta?????"  pastu terus aku geleng2 kepala.  Masa tu aku mmg nak membebel lagi kat dia...tp kakak ipar aku pulak call...Aku nak jer cakap kat dia....kalau kat simpang mmg kena berhenti...jgn asyik nak bagi alasan tak perasan jerk.  Walau apa pun aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi suamiku semakin pulih hari demi hari.


Inilah dia motor hubby ku....teruk jugak rosaknya dan sekarang kami dah hantar ke kedai motor utk dibaiki dan utk dptkan claim insurans


Ini adalah kereta yang melanggar motor hubby...

Sekarang ni hubby aku berehat di rumah.  Setiap pagi sblm p kerja aku akan masakkan utk hubby.  Dah alang2 aku masak ni...jadinya aku pun bawaklah bekal pi ofis....dan ini menunya...


Asam Pedas Ikan Pari


Nasi Putih


Nasi Goreng Telur...(ni bekal utk anak bujang aku..Irfan)



Sekian.....

Hari Ibu

Haaaa..... terlewat skit bercerita tentang sambutan hari ibu.  Hati aku rasa terharu sangat2 sebab irfan dah pandai buat kad hari ibu....dia rasa bangga sangat2 kasi kad kat aku.....sayang anak ibu....









Terima Kasih Anak Ibu........LOVE U SOOOOOOOOO MUCHHHHHHHHHHHHHHHH

Mini Malaysia Melaka

Last aku p mini malaysia ni masa sekolah rendah dulu....masa tu setiap rumah2 kat sini ada banyak patung.  scary gitu......Kini aku bawak pulak anak bujang aku p sini..saja nak tunjuk kat dia bentuk2 rumah yg ada di Malaysia.  Dia mmg excited tp lama2 batery low mulalah dia membebel..penatlah...panas....jomlah kita p tempat lainlah....dahagalah..... Irfan mmg banyak bertanya budaknya.....nasiblah ayah rajin skit melayan dan bercerita ngan dia...

Keadaan rumah2 kat sini dah agak usang....dan banyak rumah2 yang sedang di baik pulih.  Menarik2 rumah2 di Malaysia ni....Berikut adalah gambar2 kami di sana...hehehheheh bukannya gambar rumah2 di Mini Malaysia yer....


Ada gaya angkasawan negara tak?


sesaja entepremmm


enteprem lagik.....hahhahahha


Inilah aksi budak yg dah letih dan tak larat nak pakai kasut...Irfan kata...."Mak Ngah ajak beraya ni rumah sebelah pulak" hahhahah...


Di pelantar/dapur rumah mana entah..aku pun dah tak ingat


Jambatan gantung....kepala aku agak pening skit bila lepas dari jambatan ni... pening2 lalat gitu


Inilah Kak Ngah saya........

Setakat ini saja cerita kami di Mini Malaysia....

Tuesday, May 17, 2011

Hasil Make up......

Kali ni aku nak bercerita pulak tentang antara hasil makeup ku baru2 ni.... Memandangkan aku dah sebulan bercuti suka suki dari makeup muka orang...jadiknya pada 7/5/2011 yg lepas aku pun makeup lah si "linda".  Dia ni nak bertunang.  Masa dpt call dari Abg Izan ttg job ni...terperanjat jugaklah sebab dah lama sangat aku tak dengar org bertunang di sebelah malam....apa2 pun aku amik jugak job ni...gian beb dah lama tak menconteng dan melukis muka orang. 

Cik Linda kita ni rumahnya di Kg Melayu.  Habis jer kerja dlm pukul 5.30 ptg aku di temani oleh Puan Siti Jasamax (hehehhe...nak tau kenapa aku panggil dia siti jasamax???? sebabnya dia bekerja di kedai photostat Jasamax).  kecoh skit sebabnya aku baru teringat yang sikat lupa nak beli...Nasib baiklah ada kedai yg berdekatan ngan ofis aku ni ada jual sikat yg aku nak ni...kalau tak...mcm manalah agaknya aku nak sikat rambut pengantin ni. 

Melilau kami terpusing 2 cari rumah Cik Linda..katanya bumbung rumahnya warna biru,.....skali dlm satu lorong tu mmg banyaklah rumah2 org yang berbumbung warna biru.....Sambil drive tu aku boleh tersenyum...semuanya biru...yg mana satu bumbung rumah dia......Akhirnya.....sampailah kami kat rumah Cik Linda....Dan...inilah hasilnya....


Comel molek Cik Linda ....cantik orangnya...pelamin dan bajunya pun cantik...



Haaa...gambar2 ni ikhsan daripada tuan photographer.....hehehhehe

Sebenarnya....ada gak pengantin lain yg aku makeup....malaslah nak tepek gambar banyak2 kat sini..kalau nak tgk lagi...silalah berkunjung ke blog - http:www.diafragmastudios.com pastu pi kat gambar Azreen & Hizazy di Taman Bakti, Johor.

Alhamdulilah.......mereka mula suka dengan hasil contengan dan lukisan ku....banyak lagi yang perlu diperbaiki......

ok .........jumpa lagi.....Follow Me????

Monday, February 21, 2011

kisah itu ini

Fuhhhh....lamanya blog aku ni dah tak berupdate.  bukannya malas...bukannya tak nak update...tapi tak der hati nak update.  hehehehe apa maknanya tu ek....

ok aku mulakan dengan hari ulangtahun aku yg ke-33.  Syukur Alhamdulilah, dah 33 tahun umur ku.  Bila? hehehe 26 Jan yg lepas.  Pada Allah aku memohon agar dipanjangkan umur, dikurniakan rezeki yang semewah-mewahnya, diberikan kesihatan yang semulia-mulianya, diberikan rahmat dan nikmat yang sebanyak-banyaknya,  memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus hikmahnya dan memohon amal yang sebenar-benar faedahnya, dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala apa yang diimpikan. Amin.....








Ok....emmmm...nak citer apa lagi ek...
Oh yer  masa chinese new year  break ari tu, kami sekeluarga + mak & bak aku p jalan2 ke rumah kak nani di Bangi.  Tak lama jugaklah kami disana hanya 2 mlm shj.  sempat jugaklah p shopping kat Nilai.  Hajat di hati nak p jalan2 kat KLCC tapi tak berkesempatanlah pulak.  Takper lain kali blh p lagi. Pastu kami terus ke Raub pulak sbb nak p tgk kak Amah (kakak iparku) yang kena tahan kat spital sbb sakit kencing manis masa mengandung.  Kesian dia... Irfan mmglah seronok sangat2 dapat jumpa abg2 sepupunya tu.  Best jugaklah dapat makan durian yang baru lepas gugur dan makan ikan sungai.  Abang aku mmg sukalah sesangat menjala ikan.  Muka dia monyok jerk sebab kami tak bleh lama kat sana, cuma dapat tdo 1 mlm jerk.  Almaklumlah musim2 cuti begini aku busy skit buat freelance make up.  Sesaja jer nak carik duit lebih (hehe walaupun sampai sekarang aku msh blm dpt payment lagi). 



Sedapnyer.......


wajah-wajah ceria anak saudaraku ni Raub

Oklah.....lain kali akan di update lagi ......
Tadaaaa ....Bye...

Sunday, January 2, 2011

Aktiviti di hari ahad

Bangun pagi terus solat subuh dan pastu aku terus bersiap2 utk jogging.  Pagi ni senang jer kejut irfan sebab dia mmg excited nak main basikal.  Kekdahnya aku ni berjalan dan dia mengayuh basikal.  Hubby pulak aku ajak jogging dia tak mau sbb busy nak pasangkan wallpaper di bilik irfan.  Oklah kami pun pergilah berdua.  Kami berjoging + berbasikal tak lama... cuma 45 minit jer...takper arrr.....

Balik jer rumah, hubby dah mula pasang wallpaper kat bilik irfan...hehehee...cantik gak.  Kami mmg plan nak menghias bilik irfan sbb nak melatih dia tido kat bilik sendiri.  Menu sarapan kami pagi ni mudah jer...aku masak roti salut telur + air teh o... pastu aku dah sibuk membuat keje2 rumah .... basuh baju...basuh cadar..sarung bantal...kasi clear semuanya. 

Menu makan tengahari kami pun simple jer... hari ni aku cuma  masak nasi putih + sambal belacan (buat lebih skit utk simpanan 2 minggu) + sambal pencuk nenas (aku mmg dah lama mengidam nak makan ni) + pucuk ubi colek asam + ikan selar kuning masak asam rebus + ikan goreng.  Haaaa... simple kan? Lepak jugak ari ni...walaupun menu masakannya simple tapi agak cerewet jugak nak siapkan...Berselera kami sekeluarga makan.

Bila tgk bilik irfan dah siap pasang wallpaper....cantik tu....nanti nak cat pulak warna biru laut + pasang border gambar kereta.  Lagi satu nak belikan dia almari baju + meja study....saje kasi dia bersemangat skit.  Tapi....dalam kami sibuk kemas rumah tiba2 terpacul satu soalan menyengat dari mulut irfan...katanya.." Ayah.... bila irfan nak dapat adik ni???"  Kami dua2 terdiam tak terkata.... "irfan nak adik sekarang jugak"...
Harapan dan doa kami... tahun 2011 ni adalah hendaknya rezeki kami untuk dapat anak kedua....Amin...