Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa


21 Julai 2012 / 1433  ni Semua Umat Islam akan mula berpuasa
Macam-macam bahasa ada kat gambar ni ek....
Apa2 pun semuanya menyatakan hasrat yg sama iaitu
SELAMAT BERPUASA

Bagi yang dah lupa2 skit niat puasa tu.....
meh baca yg kat bawah ni..

Bila bercerita pasal bulan Ramadhan....mesti kita tak lari ngan solat tarawikh & buah kurma




Tapi tak lupa jugak ....banyaklah  orang meniaga makanan utk berbuka puasa, bufet berbuka puasa, 
jual kuih raya, baju raya, cat raya, langsir raya, kasut raya....macam2lah
Jualan murah sana sini...
Saja2 jer buat orang teruja tau...

Jadi, kita kenalah sentiasa muhasabah diri...
jangan berbelanja melampau2 sangat & elakkan membazir

Apa yang penting?
Berpuasa dan memperbanyakkan amalan dan semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah

Cuba tengok gambar ni....
macam2 tak boleh buat kan???

Perut kita ni pun nak berehat jugak...asyik bekerja jer....
Insaf  & buatlah amalan sebanyak mungkin...
Siapa yang untung?
Kita jugak...



Bercerita Tentang ...Muhammad irfan Danish Bin Mustaffa


Inilah dia  amanah Allah untuk kami.  

Walau apa jua rintangan kami mesti tabah mengharunginya
Hari2 setiap kali aku amek dia di Taska aku mesti berdebar2
Nak tau kenapa?
nak dengar feedback dari cikgu taska dan jugak Irfan
positif @ negatif
aku tetap redha menerimanya

Kadang2 tu perilaku dia memang amat2 merisaukan dan tak terjangkau akal fikiran aku yg dia boleh bertindak ke tahap itu
kami hampir hilang sabar melayan karenah dia....
Emosi dia turun naik
sekejap ok ...sekejap tak ok...

Minat belajar pun turun naik....
Fuhhh...prestasi yg sedikit membimbangkan kami
Aku percaya guru2 terlatih di sekolah mempunyai perancangan dan cara yang terbaik untuk menarik minat Irfan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran terutamanya di dalam kelas

"nama Irfan sentiasa ada di bibir guru2 yg mengajarnya"
nak menangis pun ada...nak ketawa pun ada
bila aku mendengar statement ni dari cikgu bahasa melayu Irfan

Di rumah...bermacam2 eksperimen dia buat sorang2..
Hehe mmglah sorang2 sebab dia belum ada adik lagi

Ramai orang kata..
"ooo patutlah macam ni....belum ada adik...kalau ada adik nanti oklah tu..."
Mungkin ada kebenarannya...
Namun....belum ada rezeki kami setakat ni.....
Kami tetap sabar menantikannya.....

Aku sentiasa update perkembangan Irfan di sekolah rendah & sekolah agama dari guru2
Kadang2 tu...bila pergi sekolah...
mcm2 feedback aku dapat dari kawan2 dia tentang Irfan...
feedback negatif pulak tu???
telan air liur aku mendengarnya


Apa pun aku menganggap ini adalah proses pembelajaran dia...
lama kelamaan dia akan bertambah matang...

Ibu & Ayah tetap akan mendoakan yang terbaik untuk irfan
Agar Irfan menjadi anak yg soleh dan berbahagia & berjaya hidup di dunia dan akhirat
Amin....

Sayang Irfan....


Drama Korea lagiiiii.... Loving You Thousand Times



Citer ni baru jer habis kat Astro 393.  Setiap hari aku akan ngadap citer ni.  Masanya pukul 8.00 mlm sampai 9.00 malam.  Walaupun kadang2 aku tengok online..tapi aku tetap tertunggu2 jugak....kalau terlepas pkl 8 aku akan tunggu 2.30 pagi..(hahhaha keje gile kan?? tapi yg ni kadang2 jer)...ataupun aku tgk yg pkl 6.30 pagi pulak...sambil siapkan anak bujang aku p skolah..sambil2lah menengok citer ni.

Pelakon utamanya Lee Soo Kyung & Jung Gyu Woon.  Jalan ceritanya menarik....bolehlah membuatkan aku tertunggu2 cerita ni.  Kenapa???  pertama sebab aku mmg suka cara orang korea menghias rumah...meletopsss....satu lagi sebab jalan cerita yang menarik.

Meh aku cerita skit jalan ceritanya....

Ia mengisahkan ttg Go Eun Nim yg terpaksa menjadi ibu tumpang kepada keluarga Baek yg kaya raya tapi tak der anak lagi...Kebetulan pulak masa tu ayah Go Eun Nim sakit dan memerlukan wang yg banyak.  Walaupun pada perjanjian asalnya itu adalah anak tumpang...tapi lama2  naluri seorang ibu itu timbul...apatah lagi bila baru saja melahirkan anak.....anak tu dah diserahkan kepada keluarga Baek.  Aku tersentuh sangat2 masa ni...yerlah...selama 9 bulan baby tu dlm perut kita....tapi bila selamat dilahirkan...cuma dapat pegang sekejap jer...sedih sangat2...walaupun aku menangis masa ni...tapi aku kaver2222 hahhahaha...malu gak ngan anak & hubby aku...

Beberapa tahun lepas tu...Go Eun Nim bekerja satu company dengan Baek Kang Ho...mereka jatuh cinta..tapi pd awalnya Go Eun Nim takut nak terima Kang Ho sebab dia pernah menjadi ibu tumpang.  Tapi akhirnya mereka berkahwin walaupun mendapat tetangan hebat daripada keluarga Baek ni...Mereka hidup bahagia...sehinggalah akhirnya terbongkar rahsia yg Eun Nim adalah ibu tumpang kepada cucu keluarga Baek...mereka dipaksa untuk bercerai walaupun tanpa kerelaan mereka...sedih tau...sob sob sob...

Eun Nim pulak disahkan sakit barah perut...& masa itulah kang ho menjaga Eun Nim dah mereka berkahwin semula....Sekian....

haha aku malas nak taip panjang2.  Kalau berminat nak menonton citer ni apa kata korang mintak khidmat pak cik google yerrr.

Wednesday, July 18, 2012

Majlis Perkahwinan Mamat & Zira



8 Julai 2012 yang lepas, abg sulung aku menyambut menantu.  Sebenarnya majlis nikah berlangsung pada 6 Julai 2012 di Melaka.  Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah.  Tapi, biasalah susah nak dapat majlis yang 100% sempurna.  Kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan. 

Kiranya majlis ni adalah yang pertama untuk kak nor & long.  Mamat juga anak sedara lelaki yang pertama kawin dalam keluarga kami. 

Khidmat Pelamin dan hiasan utk khemah adalah daripada Izan Yacob Wedding Planner, Johor Bahru.  Hehe kalau ada sapa2 yg berkenan dan memerlukan khdimat wedding planner ni...bolehlah contact di nombor 019-7792934 @ 016-7792934.  Terima kasih kepada Abg Izan yer...kami amat2 berpuashati.  Aku pulak merangkap tukang makeup.  



Jom kita layan gambar2 di sekitar majlis ni berlangsung

Mak pengantin nak konsep warna coklat...Inilah hasilnya....


 Amboi...sempat menyanyi yerrrr....lagu apa ek...??

Sebahagian anak2 sedara aku....




 irfan Danish pun nak bergambar ngan pengantin gakkk

Irfan Danish & Zakheff...

Selamat Pengantin Baru buat Mamat & Zira...Moga kekal bahagian hingga ke akhir hayat.  Amin....

Tuesday, June 19, 2012

Hasil Make Up...

Aduiii...lamanya aku bercuti dari berbloging....tak tau nak citer apa.  Tapi utk entry kali ni jom layan gambar-gambar hasil makeup ku . Tak semua gambar ada....ni mana yg ada jer...untuk makluman gambar-gambar ini juga adalah ikhsan daripada encik2 photographer & dari facebook.

Jom Layan...




























Aku ni mmg malas sangat2 nak amek gambar hasil makeup.  Habis makeup tu cepat2 nak balik jer...hahhahah...

Friday, April 20, 2012

Assalamualaikum..

Lamanya aku mencutikan diri aku dari "mengapdet" blog ni.  Rasa macam tak der mood nak menulis apa-apa.  Walhal ada banyak jugak bahan-bahan yang aku kumpul untuk dimasukkan ke dalam blog.  Mungkin jugak kerana banyak dokumen yang perlu aku siapkan di pejabat sehingga hilang mood nak bercerita di sini.  

Macam-macam hal berlaku dari awal tahun 2012 sehinggalah ke hari ini.  Bermacam-macam cerita suka dan duka.  Banyak jugak dugaan yang perlu aku dan keluarga tempuhi.  Alhamdulilah semuanya dapat ditangani walaupun tidak sepenuhnya.  Terutama sekali tentang  anak bujang montelku - Muhammad Irfan Danish.  Walau apapun masalah yang mendatang ianya perlu hadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya.  Aktiviti-aktiviti aku sebagai 'freelance makeup' juga berjalan lancar.  Job tidaklah selebat mana.namun.... aku bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.

Awal januari 2012 yang lepas Irfan mula melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.  Dia mmg cukup gembira dengan persekitaran sekolah yang baru.  Kalau dulu..Tadika Nuri comel jer...pelajar pun tidaklah seramai Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Mount Austin.  Aku tahu Irfan mmg cukup2 teruja dengan pengalaman barunya.  Pada sebelah petangnya pula Irfan bersekolah agama di bangunan yang sama.  Jadi, satu cabaran untuk kami dan irfan sebenarnya bila Irfan perlu menukar pakaian sekolahnya sendiri.  Sepanjang minggu pertama persekolahan aku mmg busy memantau dan mengajar dia untuk menguruskan diri sendiri.  Alhamdulilah sekarang ni dia dah pandai buat sendiri walaupun taklah sekemas mana.  Macam-macam komen yang aku terima daripada guru-guru yang mengajar Irfan.  Pada awalnya aku rasa sedih sangat2...tapi aku perlu berfikir secaara rasional untuk berhadapan dengan permasalahan ini.  Almaklumlah Irfan masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan persekolahan.  Cikgu-cikgu pastinya lebih bijak menarik minat Irfan untuk menumpukan perhatiannya di dalam kelas.  Lama-kelamaan dia akan faham dan tak ligat sangat lagi.  Apa pun aku amat-amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar Irfan kerana cukup sabar melayan karenahnya.  Sekarang ni dah masuk bulan keempat persekolahannya......keadaan pun dah berubah...Irfan sudah mula faham dan minat belajar ........walaupun masih belum sepenuhnya.....

Kerja-kerja di pejabat sepanjang tempoh Jan-April 2012 ni pun amatlah banyak.  Tapi sekarang ni banyak yang telah siap dan dihantar ke Jabatan Pengajian Tinggi dan Malaysian Qualification Assurance (MQA)...Lega sangat-sangat.  Bak kata Puan Huzi ..."Aku suruh guna meja kantin ko tak nak..sampai nak cari pen sendiri pun tak jumpa"...hahhahahhha....gilo apa aku nak guna meja sepanjang tu...

Mata pun dah mengantuk .....nanti aku sambung lagi....terima kasih kerana sudi membaca karangan sederhana panjang aku ni....

Monday, January 23, 2012

haiiiiii

lamanya aku tak update blog ni..perghhhhh...berabuk tu....sepanjang bulan 12 thn lepas aku mmg busy sangat2.  Ada banyak dokumen2 yang perlu aku siapkan.  Sepanjang bulan 12 jugaklah aku tak cukup tidur dan rehat.  Bulan 12 jugaklah penuh dengan aktiviti pergi jemputan kahwin.  Tapi sekarang ni Alhamdulilah sekarang ni kerja aku dah berjalan seperti biasa.  Almaklumlahkan...makan gajiii....

Memandangkan anak bujangku si Irfan nak naik darjah satu...makanya aku pun busy jugaklah menyiapkan kelengkapan persekplahan irfan.  Nanti aku update cerita hari pertama dan sepanjang bulan pertama irfan bersekolah.  Macam-macam hal terjadi.  Tapi anak ibu dah mula boleh menyesuaikan diri.

Bulan januari pulak aktiviti freelance makeup aku agak padat jugaklah