Tuesday, May 31, 2011

Hasil sentuhan ku pada 28 & 29 Mei 2011

Hari Sabtu & Ahad lepas aku makeup 2 pengantin.  Satu di Taman Johor Jaya dan satu lagi di Tampoi Indah.  Pengantin di Taman Johor Jaya ni aku makeup 3 kali (nikah+sanding+outdoor) & Pengantin di Tampoi Indah ni 1 kali makeup jer (majlis berundur=majlis di rumah pengantin lelaki).  Jadi Inilah hasilnya....




Alahai...comel jer gambarnya kan??

Nanti, kalau ada foto2 lain...kalau aku rajin....akan aku paparkan kat sini ekkk

Thursday, May 26, 2011

Nora Elena



Aku mmg tengah kemaruk tengok citer ni....best.  pelakun2 dia pun best2.  Mula2 aku tak teruja sangat nak folowwww nora elena, tp sejak terjebak tgk dari episod pertama terus jadi suka pulak.  Yang tak bestnya citer ni waktu maghrib. 

apakah reaksi nora elena bila dpt tahu suami dia yg pernah merogol dia 10 thn yg lalu???????



Siti Saleha cute....aku mula suka kat dia ni sejak citer ustaz amirul.  Dia ni tak perlu make up tebal2 sangat sebab mmg dah cantik.  Kalau makeup tebal2 da jd pelik mukanya.  hehhehe ini pandangan peribadi aku yerrr


Apa agaknya ending citer ni....

Monday, May 23, 2011

Cuci Kereta

Entry kali ni aku nak bercerita tentang cuci kereta.  Aku ni orangnya mmglah teramaaaaaaaaaaaaaatlah tak suka dan malasnya nak cuci kereta.  Apa yg aku tau????? kalau tak aku hantar jer kat kedai ataupun en hubby yg cucikan.  Apa lagi yg aku tau????? complainttttttttttttttttttttttttttt jerk.  Tu tak bersihlah..ni tak bersihlah...

Gambar ni hiasan jerrrrkkkkkk

Tapi.....semalam bermulalah kisah aku mencuci kereta.  Aku buat sorang2 tau.  Tak sapa tolong...ehhhh lupa anak bujang aku tolong jugak...tolong sebok....heheheh.  En Hubby pulak amik alih tempat aku yg sblm ni...jadi pemerhati.  Nak buat mcm mana....tak sihat  lagi.  Plan asal mmglah aku nak anta p kedai jerkkkk tapi bila di fikir2kan balik rasa malas nak keluar rumah.  Jadi, basuh sendirilah.  Jimat duit......boleh keluar peluhhhhh.  Aku mula cuci pkl 5.30 ptg dan habis pkl 7.30 ptg.  Lama kan???? hasilnya... macam tip top.  tapi...... taklah sesempurna mana sebabnya bumbung kereta pun aku tak lap..tak tersampai tangan aku nak menjangkaukanya..... tinggi tu ... melebihi ketinggian aku...lagipun malas panjat kerusi.  Letihnya....Allah saja yg tau..


                                                               Gambar hiasan lagiiiii

Bila dah malam aku sesaja jer berbual ngan en hubby.  Mcm ni agaknya penatnya orang keje cuci kereta ek.... berapa gaji dia????.  Dalam sehari berapa bijik kereta dapat dicuci.  tokey kedai cuci kereta tak yah fikirlahkan....mesti untung punya....aku beria-ia bercerita tapi en hubby senyum jerk....ermmmm mcm tak der tindak balas.  Agaknya dlm ati dia kata...haaaa baru ko tau....


Kalau cuci kereta mcm ni senangkan????rendam jerrr...tapi syaratnya kereta tak rosak....ok????boleh????hahhahah merepek jer aku ni...



Thursday, May 19, 2011

Masak apa pagi ni???????

Hari ni aku terbangun lewat skit.  Pukul 6.15 baru bangun....pastu teruslah aku masak menu ringkas jerk.  Inilah hasilnyaaaaa.....


Nasi putih dan sambal belacan


ikan parang masak singgang


Nasi goreng untuk irfan

Haaaa...nak citer skit pasal kisah mlm td...masa tu aku tengah asyik tengok citer Nora Elena.  Irafan kat dapur sorang2....tau apa dia buat??? dia buatkan kami fruit salad.....tapi kami terpaksa makan gak sebabnya fruit salad dia ditambah perisa lain....dia dok tambah sos cili dan sos tomato.  Sedap katanya.  aku cuma makan sepotong jerk itu pun irfan yg suapkan...adoiiiii.....Ni semuanya gara2 cikgu kat sekolah yg ajar dia cara2 buat fruit salad...

Wednesday, May 18, 2011

Kemalangan...

Sebenarnya, dah lama aku nak bercerita tetang kemalangan yang melibatkan suamiku dan sebijik kereta kancil, yg mana pemandunya adalah kawan kepada pemilik kenderaan tersebut.  Manakala pemilik kenderaan tersebut adalah jiran di belakang rumah aku.  kejadian ni berlaku pada 11 May 2011 pada pukul 8.10 pagi.  Pada hari kejadian, aku mcm biasa hantar ifran p sekolah.  Masa dlm perjalanan nak p kerja tetiba hubby aku call.  Suara dia masa tu dlm keadaan cemas dan dia tanya pulak aku kat mana.  Pelik sungguh....pastu barulah dia cakap dia xcident kat area tmn perumahan kami.  Aku tergamam dan terfikir...kenapa pulak tetiba jer dia dah kluar kerja awal.  Biasanya pkl 8.30pg baru dia keluar rumah.  Itulah....benda nak terjadi....

Bila aku sampai kat tempat kejadian, hubby aku masih blh berjalan walaupun terdencot2.  kemudian, aku berbincang ngan suami pemilik kereta tu dan kami hantar ke klinik.  Mula2 kami ke klinik Ros Wati di Taman Setia Indah...masa tu doc tak sampai lagi.  So, kami ke klinik penawar.  Kat sana pembantu doc tu bersihkan luka2 kat tangan dan kaki hubby.  Tp kat bahagian buku lali kaki sebelah kiri ada bengkak....mcm ada bola golf dalam tu.  Then, doc suruh p spital utk buat xray.  Tapi, kami ingat hanya terseliuh saja dan kami pun p pulak ke Klinik Pertama di Taman Johor Jaya utk buat xray.  Doc kata ni hanya terseliuh saja...tp bila tgk result xray...sahlah kaki hubby patah kat bhgn ygn bengkak tu.  Masa tu....rasa macam di panah petirrrrrrrrrrr...nak pengsan pun ada.  Tp aku jadi kuat sangat masa tu.....

Aku bawak hubby p spital dan setelah menunggu hampir 1 jam barulah blh jumpa doc dan doc simenkan kaki tu.  So, appointment utk jumpa pakar tulang pada 31 May 2011 pkl 11 pagi.  Masa tu, kami langsung tak jamah makanan sampailah pkl 3 ptg rasanya.   Masa di hospital..aku hanya sempat bertanya kat pompuan tu...."Awak ke yg drive kereta?????"  pastu terus aku geleng2 kepala.  Masa tu aku mmg nak membebel lagi kat dia...tp kakak ipar aku pulak call...Aku nak jer cakap kat dia....kalau kat simpang mmg kena berhenti...jgn asyik nak bagi alasan tak perasan jerk.  Walau apa pun aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi suamiku semakin pulih hari demi hari.


Inilah dia motor hubby ku....teruk jugak rosaknya dan sekarang kami dah hantar ke kedai motor utk dibaiki dan utk dptkan claim insurans


Ini adalah kereta yang melanggar motor hubby...

Sekarang ni hubby aku berehat di rumah.  Setiap pagi sblm p kerja aku akan masakkan utk hubby.  Dah alang2 aku masak ni...jadinya aku pun bawaklah bekal pi ofis....dan ini menunya...


Asam Pedas Ikan Pari


Nasi Putih


Nasi Goreng Telur...(ni bekal utk anak bujang aku..Irfan)



Sekian.....

Hari Ibu

Haaaa..... terlewat skit bercerita tentang sambutan hari ibu.  Hati aku rasa terharu sangat2 sebab irfan dah pandai buat kad hari ibu....dia rasa bangga sangat2 kasi kad kat aku.....sayang anak ibu....









Terima Kasih Anak Ibu........LOVE U SOOOOOOOOO MUCHHHHHHHHHHHHHHHH

Mini Malaysia Melaka

Last aku p mini malaysia ni masa sekolah rendah dulu....masa tu setiap rumah2 kat sini ada banyak patung.  scary gitu......Kini aku bawak pulak anak bujang aku p sini..saja nak tunjuk kat dia bentuk2 rumah yg ada di Malaysia.  Dia mmg excited tp lama2 batery low mulalah dia membebel..penatlah...panas....jomlah kita p tempat lainlah....dahagalah..... Irfan mmg banyak bertanya budaknya.....nasiblah ayah rajin skit melayan dan bercerita ngan dia...

Keadaan rumah2 kat sini dah agak usang....dan banyak rumah2 yang sedang di baik pulih.  Menarik2 rumah2 di Malaysia ni....Berikut adalah gambar2 kami di sana...hehehheheh bukannya gambar rumah2 di Mini Malaysia yer....


Ada gaya angkasawan negara tak?


sesaja entepremmm


enteprem lagik.....hahhahahha


Inilah aksi budak yg dah letih dan tak larat nak pakai kasut...Irfan kata...."Mak Ngah ajak beraya ni rumah sebelah pulak" hahhahah...


Di pelantar/dapur rumah mana entah..aku pun dah tak ingat


Jambatan gantung....kepala aku agak pening skit bila lepas dari jambatan ni... pening2 lalat gitu


Inilah Kak Ngah saya........

Setakat ini saja cerita kami di Mini Malaysia....

Tuesday, May 17, 2011

Hasil Make up......

Kali ni aku nak bercerita pulak tentang antara hasil makeup ku baru2 ni.... Memandangkan aku dah sebulan bercuti suka suki dari makeup muka orang...jadiknya pada 7/5/2011 yg lepas aku pun makeup lah si "linda".  Dia ni nak bertunang.  Masa dpt call dari Abg Izan ttg job ni...terperanjat jugaklah sebab dah lama sangat aku tak dengar org bertunang di sebelah malam....apa2 pun aku amik jugak job ni...gian beb dah lama tak menconteng dan melukis muka orang. 

Cik Linda kita ni rumahnya di Kg Melayu.  Habis jer kerja dlm pukul 5.30 ptg aku di temani oleh Puan Siti Jasamax (hehehhe...nak tau kenapa aku panggil dia siti jasamax???? sebabnya dia bekerja di kedai photostat Jasamax).  kecoh skit sebabnya aku baru teringat yang sikat lupa nak beli...Nasib baiklah ada kedai yg berdekatan ngan ofis aku ni ada jual sikat yg aku nak ni...kalau tak...mcm manalah agaknya aku nak sikat rambut pengantin ni. 

Melilau kami terpusing 2 cari rumah Cik Linda..katanya bumbung rumahnya warna biru,.....skali dlm satu lorong tu mmg banyaklah rumah2 org yang berbumbung warna biru.....Sambil drive tu aku boleh tersenyum...semuanya biru...yg mana satu bumbung rumah dia......Akhirnya.....sampailah kami kat rumah Cik Linda....Dan...inilah hasilnya....


Comel molek Cik Linda ....cantik orangnya...pelamin dan bajunya pun cantik...



Haaa...gambar2 ni ikhsan daripada tuan photographer.....hehehhehe

Sebenarnya....ada gak pengantin lain yg aku makeup....malaslah nak tepek gambar banyak2 kat sini..kalau nak tgk lagi...silalah berkunjung ke blog - http:www.diafragmastudios.com pastu pi kat gambar Azreen & Hizazy di Taman Bakti, Johor.

Alhamdulilah.......mereka mula suka dengan hasil contengan dan lukisan ku....banyak lagi yang perlu diperbaiki......

ok .........jumpa lagi.....Follow Me????