Sunday, August 7, 2011

Kaki Nombor


Entry kali ni aku nak bercerita tentang kaki nombor.  Dulu masa mula2 aku kenal jiran aku yang rumahnya bernombor 62 ni aku dah agak dah yang dia ni kaki nombor.  Tau Kenapa?  sebabnya masa berbual ngan dia katanya....nombor rumah aku ada 'ong' ..hahahhah aku layan jerlah.  Pastu dia bercerita pulak ttg main mahjong ngan aku....giler apa....manalah aku tau main mahjong..yg aku tau main mahjong ni mmg memekak dan blh mengganggu jiran sekeliling.  

Dia kalau nak berbual ngan aku tak sudah2 sebut pasal nombor kereta aku ada naiklah....nombor motor aku ada naiklah...dan yg syoknya smlm dia kata pulak gandingan nombor nombor rumah aku ngan rumah dia ada 'ong'. Dah 3 kali naik tuuu. Hahahaa..aku bantai gelak jer.  Sama ada dia ada beli atau tak nombor tu..aku pun tak pastilah.  Nombor kereta lama aku mmg pernah naik.  waaaa ....kalau semua nombor kat rumah aku ni naik...kaya jiran aku ni....hahahha...Pastu dia kata lagi...nombor kereta aku yg sekarang ni pun dah naik oooo....apalah motif dia citer benda2 ni semua kat aku..mcm tak der topik lain.


Semalam....aku pun citer kat mr hubby pasal kaki nombor ni....pastu dia kata...beberapa hari selepas  mr. hubby eksiden moto dulu..kawan dia ada beli nombor moto ni...dah menang .....dapatlah RM1000.  Kalau tak silap aku, dulu masa kereta lama aku eksiden  (hehe aku yg bwak aku tersondol kereta org s'pore)...masa tu pun kawan mr hubby ada beli nombor dan nombornya naik jugak.

Korang pulak janganlah terpengaruh ek ngan entry ni....haram tau beli2 nombor ni....tak berkat.  Aku cuma kongsikan jerk.  

Thursday, August 4, 2011

Koleksi Mainan

Nak berkongsi cerita tentang koleksi mainan.  Mainan anak aku taklah mahal...yg biasa2 jerk...tapi aku rasa dlm banyak2 mainan yg ada...mainan yg terkini ni..amatlah menjadi perhatian dan kesayangan irfan.  Hari2 dia akan ddk lama main mainan sambil bercakap sorang kononnya dialah hero menetang musuh pastu dia susun balik mainan tu.  Ni haaa..benda alahnya...


Lori bomba ni dibeli dari duit pemberian atuk dan nenek...10 hengget jerk.  Hero 4 ketul ni pemberian dari ayah din dan ibu as...tak taulah brapa harganya


Buat masa ni inilah koleksi kesayangannnya...yg paling tak tahan tu, blh pulak dia tanya kat aku...

"Ibu nak warna apa...semua ni ada power tau..pilihlah..."

aku layankan ajer...


Paling tak syok bila dia susun benda alah ni kat kerusi...nak duduk pun siap bagi amaran..ddk jauh skit jgn kat mainan dia...




Tang bersepah kat lantai ni yg blh buat ibu hangin...kemas yerkkk..kalau tak ibu buang kat tong sampai..haaa tau takut..



Hahahhahahah akulah yg terhebat!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 2, 2011

kisah 1 Ramadhan 1432

Mcm ni ceritanya........
Hari isnin/1 Ramadhan lepas, kami sekeluarga singgah sekejap (hehe sekejap ker...dekat 1 jam tuuu) kat bazar ramadhan Parit Raja.  Malas pulak nak memasak, lagipun takut lambat sampai jb kelam-kabut jadinya.  Bila sampai ke destinasi, irfan tertido kat dlm kereta.  Jadi, mr hubby pun kejutkan dia...haaa masa ni mulalah dia buat perangai ...mengamuk dlm kereta.  Lepas kami pujuk2 barulah dia nak keluar dari kereta...Aku ingatkan dah ok..rupa2nya mood dia masih tak ok lagi...entah apa hanginnya dia pun pukullah ayah.  lepas tu aku pujuk dia suruh berenti menangis..malu orang tengok..irfankan hero..hero tak blh menangis macam ni.

lepas tu,kami pun meneruskan perjalanan mencari juadah untuk berbuka puasa....haaa...inilah hasilnya...


Nasi putih, air tauhu, kepak madu, pedal madu, ayam rangka, ayam upin ipin, ikan pari bakar, popia dan magelek.  Ikan bakar tu siap kena order dulu ...banyak pesanan katanya.  Menu biasa2 jerk..kata mr hubby kalau lama lagi kat bazar entah apa2 makanan jerk yg dibeli.  Ini pun sepanjang perjalanan dari parit raja ke jb ...kami menahan perut...baunya  perghhhhhh menusuk2 idung tau...tahan jerk....  Sebenarnya, masa buka puasa aku hanya larat makan ikan pari separuh jerk....perut dah penuh..itulah nafsu membeli makanan berbuka puasa.  Meja cumil....tersepit2 nak  letak makanan...hehehe


Kurma  hidangan wajib berbuka puasa.  Irfan pernah tanya kat aku,

"Ibu, kenapa bila puasa jer mesti ada kurma"

aku pun jawablah....

"Sebab makan kurma ni sunat hukumnya dan banyak khasiatnya...lagipun sedapkan kurma ni..manis..."

Hari pertama puasa..irfan berjaya bertahan sampai pukul 11 pagi jerk..minum air pastu pukul 1 lebih barulah dia makan

Bila lepas berbuka puasa.... buat apa yang patut.....jadi kami pun merehatkan diri tgk tv.  Lepas tu kamipun terlelap...rasanya masa tu pukul 11 malam.  Irfan kejutkan aku katanya nak susu...Aku malas nak layan...hahhaha aku memanglah pemalas buat susu.  pastu dia pun diam dan sambung tido...tak lama lepas tu aku terdengar suara budak menangis teresak2...akupun berpaling kat dia...aku tgk dia menangis ngan air mata bercucuran...aku pelik jugak ...takkanlah sebab tak dapat susu dia blh menangis sampai macam ni...  Bila aku tanya..nak tau apa dia jawab...ni jawab sambil  lap air mata yang tak berenti2 mengalir...

"irfan sedih...irfan salah."

kenapa???

"sebab irfan pukul ayah masa kat bazar ramadan tadi...kesian ayah...mesti ayah sakit....irfan salah ibu.."

Alahai...sedih aku mendengarnya...aku pun cakap kat dia...irfan pergilah minta maaf ngan ayah..

"irfan malu bu..."

Itulah irfan....hatinya mula terusik.  Nampak gaya mcm kuat tapi sebenarnya dalam hati ada taman.  Sebelum ni, irfan pun pernah menangis teresak2 dalam bilik bilik sambil lap air mata ngan selimut sebab terlalu sedih sangat tgk ayah sakit ...kaki patah susah nak berjalan....sedih katanya...

Eh...topik lain pulak yer... dah lama tak dapat kad raya..dulu masa aku sekolah rendah..siap jual kad raya tu...best..pastu biasanya bila hari kedua puasa dah dapat kad hari raya..teringat dulu..sampai jer sekolah parking basikal..kawan2 dah berlari kat kita nak kasi kad hari raya..itulah kenangannya di sekolah rendah penghulu salleh.  Rindunya ngan sekolah ni ek...

Monday, August 1, 2011

Asam Binjai



Haaaa... korang tau tak kat mana senang nak dapat buah ni.  Aku memang penggemar tegar buah asam binjai. Ada yang masam & ada yang masam manis...aku masa menulis ni pun terkecur.  Setahu aku meamng susah nak dpt buah ni.  Agak2 kat JB ada jual tak?  Buat sambal belacan memanglah meletopppp.  Ganasssssssssss.......

Kampung Pedada Kuning....

Kami sekeluarga balik kampung hujung minggu ni....seronok sangat2 sebab dapat berkumpul ngan adik beradik..tapi ada gak yg x balik.  Walaupun kami ada 10 orang adik beradik..tapi mmg payah nak berkumpul kesemuanya...masing2 dah ada keluarga sendirikan....Aku balik kg ari ahad pagi..bertolak dari JB pukul 9pagi dan sampai pukul 10.30 pagi.  Irfan sangat2 teruja nak balik kampung...biasanya dia kalau otw nak balik kg mmglah dia takkan tido kat dlm kereta...tapi bila otw nak balik jb biasanya dia akan tdo sampailah rumah.  Irfan teruja nak balik kampung sebab nak jumpa atok nenek + jumpa sepupu sepapat dia + dan yg utama nak main2 kat pondok pak uda.  Ok... kita layan gambar2 di pondok pak uda....


Pondok ni masih belum siap sepenuhnya.  Semua papan yang digunakan adalah recycle dari papan2 lama yg dah tak digunakan lagi


Best makan kat sini....sambil ditiup angin...


ish...budak2 ni tak geng ker...makan jauh2 pulak hehe



Irfan makan sampai berpeluh-peluh






Adli ni macam merajuk jerk...ddk sorang2 kat tangga


Tangga ni baru lepas di varnish


Comelkan pondok/gazebo niii

Habis cerita tentang pondok pak uda...aku nak cerita pulak tentang menu makan tengahari kami...Aku tolong memasak kat dapur...menolong yerk..bukan tukang masak tau.  Tolong bersih ikan, potong ayam, tumiskan lauk...kami masak bergotong-royong.  Tapi siapnya pukul 2 petang...hehehe sebabnya mula memasak pun lambat...so...layanzzz...menu tengahari kami yang tak seberapa ni...


Nasi putih


Tomyam Ayam


Sayur sambal goreng


Ikan kering ...namanya aku tak tau...


Ikan masak singgang



Sambal belacan  binjai....

Haaa... kecur tak???? menu biasa2 jerk....

Aktivit lainnya kat kampung ialah bermain atau melayan dua orang anak sedara aku ni...budak pompuan...aku mmg teringin sangat2 nak ada anak pompuan...mudah-mudahan di bulan puasa ni doaku dimakbulkan Allah....


Si Comel ni namanya Farisha







Ini Syamimi...si keletah mulutnya



Semasa di kampung, Irfan bersungguh2 praktis main badminton.  Bepeluh2......Nasib baiklah abang2 sepupunya rajin melayan...Gambar kat bwh ni irfan main sowang2 pulak...lihatlah aksinya..









Oklah...entry kali ni panjanglah pulak.....Ini saja citer di kg Pedada Kuning.  Seronok dapat sahur sama2 ngan Mak, Bak dan adik beradik  yang lain..apa2 pun sambal belacan asam binjai mmglah teramat sedapnya.meletopppp.kat mana nak carik asam binjai ni ek??