Monday, August 1, 2011

Kampung Pedada Kuning....

Kami sekeluarga balik kampung hujung minggu ni....seronok sangat2 sebab dapat berkumpul ngan adik beradik..tapi ada gak yg x balik.  Walaupun kami ada 10 orang adik beradik..tapi mmg payah nak berkumpul kesemuanya...masing2 dah ada keluarga sendirikan....Aku balik kg ari ahad pagi..bertolak dari JB pukul 9pagi dan sampai pukul 10.30 pagi.  Irfan sangat2 teruja nak balik kampung...biasanya dia kalau otw nak balik kg mmglah dia takkan tido kat dlm kereta...tapi bila otw nak balik jb biasanya dia akan tdo sampailah rumah.  Irfan teruja nak balik kampung sebab nak jumpa atok nenek + jumpa sepupu sepapat dia + dan yg utama nak main2 kat pondok pak uda.  Ok... kita layan gambar2 di pondok pak uda....


Pondok ni masih belum siap sepenuhnya.  Semua papan yang digunakan adalah recycle dari papan2 lama yg dah tak digunakan lagi


Best makan kat sini....sambil ditiup angin...


ish...budak2 ni tak geng ker...makan jauh2 pulak hehe



Irfan makan sampai berpeluh-peluh






Adli ni macam merajuk jerk...ddk sorang2 kat tangga


Tangga ni baru lepas di varnish


Comelkan pondok/gazebo niii

Habis cerita tentang pondok pak uda...aku nak cerita pulak tentang menu makan tengahari kami...Aku tolong memasak kat dapur...menolong yerk..bukan tukang masak tau.  Tolong bersih ikan, potong ayam, tumiskan lauk...kami masak bergotong-royong.  Tapi siapnya pukul 2 petang...hehehe sebabnya mula memasak pun lambat...so...layanzzz...menu tengahari kami yang tak seberapa ni...


Nasi putih


Tomyam Ayam


Sayur sambal goreng


Ikan kering ...namanya aku tak tau...


Ikan masak singgang



Sambal belacan  binjai....

Haaa... kecur tak???? menu biasa2 jerk....

Aktivit lainnya kat kampung ialah bermain atau melayan dua orang anak sedara aku ni...budak pompuan...aku mmg teringin sangat2 nak ada anak pompuan...mudah-mudahan di bulan puasa ni doaku dimakbulkan Allah....


Si Comel ni namanya Farisha







Ini Syamimi...si keletah mulutnya



Semasa di kampung, Irfan bersungguh2 praktis main badminton.  Bepeluh2......Nasib baiklah abang2 sepupunya rajin melayan...Gambar kat bwh ni irfan main sowang2 pulak...lihatlah aksinya..









Oklah...entry kali ni panjanglah pulak.....Ini saja citer di kg Pedada Kuning.  Seronok dapat sahur sama2 ngan Mak, Bak dan adik beradik  yang lain..apa2 pun sambal belacan asam binjai mmglah teramat sedapnya.meletopppp.kat mana nak carik asam binjai ni ek??






No comments:

Post a Comment