Sunday, August 7, 2011

Kaki Nombor


Entry kali ni aku nak bercerita tentang kaki nombor.  Dulu masa mula2 aku kenal jiran aku yang rumahnya bernombor 62 ni aku dah agak dah yang dia ni kaki nombor.  Tau Kenapa?  sebabnya masa berbual ngan dia katanya....nombor rumah aku ada 'ong' ..hahahhah aku layan jerlah.  Pastu dia bercerita pulak ttg main mahjong ngan aku....giler apa....manalah aku tau main mahjong..yg aku tau main mahjong ni mmg memekak dan blh mengganggu jiran sekeliling.  

Dia kalau nak berbual ngan aku tak sudah2 sebut pasal nombor kereta aku ada naiklah....nombor motor aku ada naiklah...dan yg syoknya smlm dia kata pulak gandingan nombor nombor rumah aku ngan rumah dia ada 'ong'. Dah 3 kali naik tuuu. Hahahaa..aku bantai gelak jer.  Sama ada dia ada beli atau tak nombor tu..aku pun tak pastilah.  Nombor kereta lama aku mmg pernah naik.  waaaa ....kalau semua nombor kat rumah aku ni naik...kaya jiran aku ni....hahahha...Pastu dia kata lagi...nombor kereta aku yg sekarang ni pun dah naik oooo....apalah motif dia citer benda2 ni semua kat aku..mcm tak der topik lain.


Semalam....aku pun citer kat mr hubby pasal kaki nombor ni....pastu dia kata...beberapa hari selepas  mr. hubby eksiden moto dulu..kawan dia ada beli nombor moto ni...dah menang .....dapatlah RM1000.  Kalau tak silap aku, dulu masa kereta lama aku eksiden  (hehe aku yg bwak aku tersondol kereta org s'pore)...masa tu pun kawan mr hubby ada beli nombor dan nombornya naik jugak.

Korang pulak janganlah terpengaruh ek ngan entry ni....haram tau beli2 nombor ni....tak berkat.  Aku cuma kongsikan jerk.  

No comments:

Post a Comment