Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432

Maaf ler rasanya belum terlambat lagi kan kalau aku nak ucap selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Selama sebulan kita berpuasa dan selama hampir sebulan aku tak updet blog.  Malas sangat2...

Raya tahun ni kami sekeluarga menyambutnya di Kampung Bagan Laut, Rengit.  Kiranya irfan dan ayahnya solat ari raya di sini.  Persiapan biasa2 jer.....aku tak tolong memasak pun..sampai rumah dah siap masak..jadi aku tolonglah apa2 yg patut.  Memandangkan aku tak menolong masak, jadinya selepas solat subuh aku panas2kan lauk dan potong nasi impit jer. Inilah dia hasil masakan untuk hari raya.....



menunyanasi impit, sambal goreng jawa, ayam sambal, kuah lodeh, sambal sate/kacang & daging rendang





Inilah dia muka2 sebelum p solat rayer...

Seronok sebab berkumpul sekeluarga. Habis solat raya, makan pastu kami bergerak pulak ke rumah pakcik en suami dan ke rumah abg en suami.  Adoiii...penuh perut kami kekenyangan.  Pastu kami teruskan perjalanan ke Kampung Pedada Kuning, Batu Pahat..sambil2 tu kami sajer2 berposing kat dalam kereta.




Sampai jer kat kampung...semuanya dah abis bergambo..tak per arrr kami sambung bergambar sendiri....





Ini dia sedikit kuih raya kat kampung


Inilah dia sedikit cerita  di hari raya pertama......cerita yang lainnya akan disambung kemudiannn




No comments:

Post a Comment