Aku mmg sejak kecik lagi mmg suka menonton cerita smurfs ni. Sebenarnya cerita the smurfs ni telah difilemkan dan ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada 1 September 2011. Tapi...aku langsung tak tau..sehinggalah dlm minggu ni masa on the way p car park aku terpandang iklan cerita ni. Happy sungguh2... tak sabar nak tgk.. ketinggalan keretapi aku ni sebenarnya..orang lain dah lama tengok . hehehhe
Dalam cerita ni..ada beberapa watak utamanya..antaranya ialah papa smurfs, clumsy smurf, smurfette, brainy smurf dan gutsy smurf. Meh aku cerita skit watak-watak dia orang ni....
Papa Smurf
Tak susah kita nak kenal pap smurf ni...dia yg ada janggut putih dan bertopi merah. Sebenarnya...kat rumah aku ada simpan patung papa smurf....(heheh selingan..) Dia adalah ketua kepada 100 smurf di perkampungan smurf ni. Papa ni memang mahir membuat ramuan2 magic dan jugak racun...di makmalnya.
Smurfette
Dia ni....asal namanya ialah brunette dicipta oleh Gargamel untuk memusnahkan smurf. Tapi atas kebijaksanaan dan magic papa smurf, maka penampilan dan warna rambutnya dah bertukar dan namanya pun bertukar sekali. Dia suka bunga dan warna pink. Kiranya dia ni adalah ranking yang tertinggi diantara 3 perempuan di kampung smurf.
Brainy
Brainy ni sentiasa menganggap yang dia adalah mahir dan bijak segalanya tapi...selalunya salah..kiranya ala2 poyo jerrr...Dia berkawan baik dengan clumsy. Dia adalah pembantu papa smurf.
Clumsy
Dia ni kiranya mcm mat gabra jugaklah...sebabnya selalu sangat terjatuh...kakinya pengkor agaknya. Hobinya suka kumpul batu.
Gutsy
kartun2 smurf sebelum ni mmg tak der watak gutsy. Tapi utk filem 3D terbaru dia adalah antara watak yang sama2 mencari jalan untuk pulang ke perkampungannya setelah tersesat di Big Apple, Central Park New York.
Suka merungut...hehehe tengok muka pun dah tau.. ayat kegemaran dia.."I hate......" mukanya suka berkerut..kening sebelah ternaik..
Gargamel
Penjahat ni memanglah jahattttt....kerjanya dan niatnya nak makan dan musnahkan smurf. Pagi petang siang malam hanya memikirkan macam mana nak musnahkan smurf.
Azrael
Peneman setia dan berhati busuk sama mcm bosnya..gargamel...kerjanya membantuk tuannya memusnahkan smurf.
ok......dah faham watak semua...aku bagi sinopsis sikit yerk...
Semasa gargamel dan azrael tengah mengendap2 mencarik smurf....akhirnya dia berjumpa ngan smurf (aku tak ingatlah siapa tapi rasanya mcm clumsy sebab asyik lari terjatuh jerk). Apa lagi..dia pun kejarlah smurf ni sehinggalah dia terjumpa perkampungan smurf. Habis semua di musnahkannnya termasuklah makmal papa smurf. semuanya lari bertempiran. Masa tengah berlari ni...papa smurf dah pesan jangan pergi ke gua kecil..tapi dah kelam kabut tu...si clumsy ke dalam gua tu. Jadi papa, brainy, smurfette, gutsy dan grouchy pun ikut sekalilah.. Gua tu adalah lorong waktu yang membawa mereka ke dunia lain iaitu New York. Walaupun dah sampai di Big Apple Central Park New York, tetapi gargamel dan azrael tetap mahu mengekori dan memusnahkan meraka.
Patrick dan smurf
Mereka berenam ni bernasib baik kerana telah berjumpa dan berlindung dengan pasangan suami isteri bernama patrick Winslow dan Grace. Mereka terpaksa mengharungi pelbagai peristiwa dan situasi menyelamatkan diri daripada gargamel dan azrael serta mencari jalan untuk pulang ke perkampungan mereka semula.
Sebenarnya, dah 2 malam aku cuba untuk menonton cerita ni sampailah abis...tapi belum kesampaian lagi sebabnnya aku tertido.....mlm ni aku cuba lagi yerk...aku nak tgk jugak aksi2 mereka untuk meloloskan diri dari penjahat gargamel dan azrael dan mcm mana dia pulang ke perkampungan smurfs.
No comments:
Post a Comment