Monday, September 12, 2011

Macam2 crita di ujung minggu

Semalam pagi...erm sebenarnya taklah pagi sangat...dekat pkl 12 tengahari kami sekeluarga bertolak balik ke Kampung Parit Bagan Laut, Rengit.  Asalnya nak balik awal tapi memandangkan irfan tak siap homework lagi..jadi perlulah disiapkan dulu.  Siap kemas umah & sidai baju.  Biasanya, utk balik ke Rengit kami suka ikut jalan di Sedenak.  Nak tau kenapa?? sebabnya aku suka sangat ngan pemandangan kampung2 kat sini.  Tapi, irfan tak suka sangat sebab kat area ladang nenas ni jalan tak rata....susah nak tido.  Aku pulak suka tgk ladang nenas ni..nampak luas dan tersusun jer tanamannya.  Oh yaa...untuk makluman, kesemua gambar2 di entry kali ni adalah ekhsan daripada pak cik google.  Kamera aku merangamlah...


Kami pun tak lepaskan peluang beli nenas kat tepi ladang ni...fresh tauu..ada yg baru di amik dari pokok tu.  Tapi kali ni kami hanya beli nenas yg dah 2-3 ari .  Murah gilerrrr...6 bijik nenas harganya hanya RM5.00 sahaja.  Besar2 tu.

Sampai jer kat Rengit, teruslah kami isi perut dulu.  Kami makan nasi ayam di kedai tepi sungai (kat pekan rengit jalan sri ladang) kalau tersalah maklumat alamat ni mohon ampun ek.  apa yg aku tau kedainya dekat ngan warong soto "wak no hand".  Kat Rengit ni mmg terkenal ngan nasi ayam Haji Ali.  Sampai jer kat warong ni ..kami adalah org yg last sekali bertuah dpt makan kat situ.  sebabnya..nasik dah habis.  Kami makan nasi ayam ngan air oren bodoh.  Korang tau tak pasal oren bodoh ni???  sedap tau air gas ni...gasnya tak kuat sangat dan tak manis sangat.  Aku suka ais krim soda (tapi kat botol tu dia tulis AIS KIRIM SODA..hahhaha apa2lah labi) irfan pulak minum air sasparila.

Ha..sebenornya air long chan.  Kilangnya kat Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

Ermmmm...satu lagi yg aku teruja kat sepangjang sungai berdekat warong ni adalah pokok bunga kertas yg cantik2.  Satu pokok ada bermacam2 warna.  Irfan sampai tutup mulut aku sebabnya mulut ni dok sebok memuji pokok cantik ni.  Mulalah berangan nak tanam depan rumahlah.

Lebih kurang ginilah pokonya...berwarna warni..cantik sangat2 tau.

Lepas makan, terus p beraya sekejap dan terus p rumah pak cik mr hubby.  Sampai kat sana, borak2 dulu.  Tiba2 aku tertanya pulak pasal pucuk ubi.  Apa lagi...mak cik hubby ajak p petik pucuk ubi kat depan rumah (kiranya kat kebun kelapa sawitlah).  Aku pun ikutlah...tapi titi nak ke kebun tu kecik jerk..aku berhati2 sungguh nak meniti ke situ..irfan saja2 jer takut2kan aku.  Rasa seronok sangat2 sebab dah bertahun2 lamanya aku tak memetik pucuk ubi kat kebun.  Dah lama rasanya...lagi pun aku mmg penakut.  Aku selalu bayangkan kat semak2 tu mesti ada ular.  perasaan jer sebenarnya.  Banyak jugaklah aku amik pucuk ubi ni...pucuknya muda2 lagi.  Pastu ternampak pulak pucuk paku...apa lagi...mari memetik pucuk paku...irfan yg over excited sebab tak pernah masuk kebun & buat aktiviti memetik pucuk2 kampung ni.  

Ni..pucuk ubi namanya....

Ni...pucuk paku merah namanya...

Ginilah rupa bentuk pucuk paku...

Masa kami di kebun, en hubby sibuk memetik buah kelapa muda.  Kami nak buah kelapa yg muda sangat2 yg belum ada isi kat dalamnya.  

En hubby petik dlm 6-8 bijik rasanya...sedap tuuu

Amik daun pisang skit..senang nanti kalau nak bakor ikan..

Sebelum balik rumah, kami dihidangkan ngan nasi putih + sup ayam + sayur campur + sambal kicap.  Adoiii..naik senak perut ni terlebih kenyang.  Habis jer makan kami terus bertolak balik sebab dah dpt panggilan ada tetamu nak datang beraya ke rumah.  Rasa penat tapi seronok......
Oklah.  Inilah sajer crita2 di ujung minggu.







No comments:

Post a Comment