Drama Annisa......ni juga antara cerita yang aku kategorikan sebagai "wajib tonton". Kalau aku terlepas tengok citer ni pastinya aku takkan lupa untuk menontonnya kat 'tonton'. Bagi aku, jalan ceritanya memanglah menarik dan tak boring. Masing-masing membawa watak dengan baik dan tak 'kayu'. Gandingan Rozita, Fiza, Aida & Faradiya memang best sekali dan yang paling best sekali adalah watak dan lakonan Zamarul Hisyam.
Cantik-cantik kan pelakon-pelakon ni. Baju, rambut, tudung semuanya menarik dan cantik di mataku. hehehe mata orang lain aku tak taulahkan. Cerita tentang ikatan persahabatan, perkahwinan, kesetiaan, kejujuran, kasih sayang, tanggungjawab dan jodoh. Pada aku, dlm cerita ni anna memang kesian. Semua orang di sekeliling dah tau semua cerita, tapi anna? semuanya dia tak tau. Kawan baik sanggup mengkhianati kawan baiknya sendiri...sorang amek suami dan sorang lagi amik duit syarikat. Tak dapat dibayangkan bila rahsia sudah terbongkar. Mampu anna menerima dan menanggung semuanya???? adoiiii...tak sabar nak tgk...
Haaaa....sebenarnya dlm cerita ni.... mmglah 4 pelakon wanita yang utama cantik2 tapi pada aku....watak dan lakonan yang paling menyerlah dan menjadi adalah "Farid". Siottttt jerk dia simpan rahsia daripada Anna. 'Baby' konon....memang bestlah lakonan dia ni...kelakar pun ada....gatal tu dah sememangnyalah..... kena tumbuk ngan kamal pun masih boleh cakap terima kasih..yerlahkan rahsia masih tersimpan rapi lagi..
So....apa agaknya kesudahan cerita ni?????? kita tungguuuuu....
No comments:
Post a Comment