Masakan hujung minggu kali ni taklah menarik mana pun...biasa2 jer....tapi gatal jugaklah aku nak berkongsi kat sini...bukan nak menunjuk2 yer..aku hanya kongsikan apa yang aku rasa....Memandangkan ari sabtu aku tak bekerja jadinya dptlah bercuti dua hari. Macam2 yang aku planning utk dua hari ni...apa ek???:
- nak kemas rumah
- cuci cadar
- cuci baju (3 hari tak basuh tau...pemalasnya aku...)
- masak makanan kegemaran irfan iaitu lontong & kuah lodeh
- Beli baju raya irfan & ngan baju aku sekalilah....(bersemangat nak beli sebab kak ngah setuju nak
menjahitnya)
- beli pokok bunga ros warna kuning, putih & pink
Tapi, tak semua apa yang kita rancang menjadik...tak semuanya menjadi... nak buat mcm mana..kaki hubby dua2 sakit..yang sebelah kiri tu dah sememangnya patah...tapi Alhamdulilah dah ok...tapi yg sebelah kanan tu tak boleh nak memijak...gaut agaknya..entahlah dah dua kali p inject tapi sakit lagik..Jadi, segala aktiviti utk berjalan2 dan bershoping2 terbantut. Tak sampai atilah pulak aku nak biarkan dia ddk kat rumah sorang2...
Apa2 pun, makanan kegemaran irfan iaitu lontong & kuah lodeh aku buatkan jugak...rasanya..entahlah...bolehlah... utk tekak kami sekeluarga makan..tak taulah tekak orang lain. So, pagi sabtu aku p pasar ngan irfan beli bahan2 utk masakan ari sabtu dan ahad...sampai jer kat pasar terus aku carik lontong...Alhamdulilah..ada lagik.... aku beli 5 ketul....pastu barulah aku p maslee beli barang-barang yang lain. Masa kat Maslee irfan sibuk sangat tolak troli & main2 sekali.. buat drift kononnya...pastu bila dia terserempak ngan cikgu2 sekolah dia terus senyap dan elok jer tunggu aku amik barang. Seperti biasa tugasan irfan ialah p hantar barang2 utk ditimbang....
Balik rumah teruslah sidai baju dan memasak...walaupun kaki mr. hubby sakit tapi dia nak jugak tolong aku skit2.. Jadi, utk ari sabtu aku masak ni jer....
Inilah dia... menu kami sepanjang hari...
Hari ahad pulak..pagi2 lagi irfan dah kejut aku utk beli kuih. Budak ni memang suka p beli kuih sebabnya boleh bwk basikal. Aku saja ajar irfan pegang duit supaya dia tahu nilainya....biasanya aku akan kasi irfan duit yg akan ada baki..supaya nanti bila balik aku akan tanya dia berapa duit yang irfan bawak, berapa yang irfan dah belanjakan dan berapa bakinya....
Pagi tu aku masak serapan lontong goreng....ni memanglah kegemaran kami sekeluarga....
Kami suka lontong goreng yang botak macam ni...tak der sayur2...aku cuma letak sikit daun sup + fish ball + ikan bilis.
Untuk menu tengahari aku masak ikan siakap 3 rasa.... pada aku, ikan siakap tak lah susah mana pun nak memasaknya. Ok kongsilah sikit resepinya.
Bahan-bahan:
1. bawang merah dicincang halus
2. serai potong halus (sebenarnya dicincang halus lagi sedap)
3. bawang putih dicincang halus
4. cili dipotong halus
5. halia dipotong halus
6. sos cili + sos tomato
7. lada kisar (ni letak sikit jerk..tak letak pun tak per)
8. Garam & gula secukup rasa
9. tomato potong dadu
10. nenas potong dadu
11. ikan siakap
Cara-cara:
1. goreng ikan
2. Tumiskan lada kisar dan semua bahan-bahan yang dah dicincang halus
3. bila dah naik baunya masukkan gula + sos cili + sos tomato + tomato + nenas
4. tunggu sampai mendidih...dan sampai masak...
Ha..senangkan???? sekejap jer dah siap....dan inilah hasilnya...
alamak... ikan terhangus skit..hehhe
inilah bentuknya di kuali...
ikan dah tenggelam. Tak der hiasan yer...
Bila malam menjelma ...ada pulak special request dari irfan.....Telur hancur......
Dalam telur hancur ni aku masukkan sekali tomato yang dicincang halus...jadi adalah rasa masam2 skit. kalau tak dicincang halus nanti tak nak makan tomato pulak. Aku memang suka sangat tomato..kalau boleh semua masakan aku nak masukkan tomato sekali...
Panjang pulak entry aku kali ni...nanti aku sambung pulak aksi budak yang tengah boring di petang ahad..sebabnya, kawan baiknya tak der kat rumah....
No comments:
Post a Comment