Monday, July 4, 2011

Jaguh Kampung


Kali ni entry aku bercerita tentang rancangan  jaguh kampung astro prima.  Kami sekeluarga mmg suka menonton rancangan ni.  Kadang2 dah tgk rancangan ni berkali2 tp tak jemu2 jugak.  Kami memang sokong pasukan daripada Kampung Parit Lubuk Semerah, Batu Pahat.  Sebabnya??? hehehe aku mmglah orang Batu Pahat & kg aku ni tak jauh jugaklah dr kampung ni.  Aku suka cara mereka memasak...relax jerkk...tak der gaduh2 dan bising2.  Pengagihan tugas pun bagus...jadi taklah si ketua ni yang menumis semua masakan...Lagi satu, dah memang tekak orang jawa......hahhahaha nampak sedap jerk.. Bila dpt tau jer  pasukan ni masuk final, tak sabar2 nak tgk berjaya tak jadi juara... hahahhah..." harapan setinggi gunung" agar pasukan ni menang.

Semasa final, setiap pasukan kena masak utk kenduri..hidangan anggaran 100 orang...perghhh banyak tu....Menunya???

1.  Nasi tomato
2.  Kari Ikan
3.  Daging Korma
4.  Ayam sambal
5. Bubur Jagung

kalau x silap aku...memang inilah menunya.  Seperti biasa, aku suka cara diorang  membahagikan tugasan.  kerja kemas dan nampak bersih.  Komen daripada juri semuanya berpihak kepada pasukan ini.  Komen daripada  Adabi dan tokei astro prima juga begitu.  Hahahha tapi ada satu komen kata " ayam masak merah dari pasukan ni rasa sos je"  sabo jelah...

Pasukan lawan  Kampung Tanjung Piai ( kalau tak silap yer..kalau silap sila perbetulkan...heheh) dah kena tegur dengan juri supaya jaga kebersihan dan kemas.  Masa ni kat dlm kepala otak aku fikir....kalahlah pasukan ni...  Yang membuatkan aku kurang gemar ngan pasukan ni ialah mcm tak ada kerjasama yang jitu daripada ahlu pasukan.  Anggota pasukan boleh kata tak berpuas hati dengan pilihan menu daripada ketua kumpulan...." nak buat mcm mana...dah dia ketua..ikut jerlah".  Ketuanya pulak katanya kurang percaya dengan ahli kumpulan bab tumis menumis lauk ni..semua dia yang buat.  Pastu  komen dari ahli pasukan ni pulak yang pembantu tu "buat semak" je. Menu masakan final yang aku ingat:

1.  Nasi Bariani
2.  Ayam Sambal
3. Daging  (hehe lupa pulak masak apa, masak apa ek??)
4.  Ikan masak tempoyak (ikan keli kalau x silap)
5.  Jeli Kelapa

Ini adalah kesimpulan dan pandangan aku yer....setiap orang ada pandangan masing-masing. Tahniah kepada pasukan Kampung Parit Lubuk, Semerah Batu Pahat, Johor kerana berjaya menjadi juara dan memenangi RM30 000.  Seronok kan????  Untuk pasukan Kampung Tanjung Piai, Selangor, tahniah jugak jadi naib juara  dan berjaya membawa pulang RM15 000.  


Kak ogy mengacara memanglah meletoppppp.... aku suka dengan cara dia yang bersahaja.  Jaafar Onnnn....aku suka komen-komen dia.  Suara Aidil... memang sedap....Harap-harap adalah jaguh kampung musim kedua yer????

No comments:

Post a Comment