Sakit????
Entry kali ni tentang sakit. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi kami sekeluarga tak berapa sihat.
Mr Hubby
Dia ni dah sememangnya kakinya sakit (sebelah kiri sebab patah) pastu kaki sebelah kanannya kena gaut pulak. Walhal dah lama dia tak kena gaut. Mungkin jugak disebabkan makan ikan bilis. Entahlah... apa yang pasti, kaki sebelah kananlah yg digunakan sepenuhnya semasa berjalan.
Irfan
irfan demam urat. Suhu badannya memanglah tak menentu. Kejap sejuk kejap panas. Bila dah panas tu ...panas sangat. 3 kali pergi klinik. Aku betul2 risau masa tu. Bila malam memanglah tak boleh tido. Dia tak kesekolah sebab demam ni 3 hari. Balik kampung mintak tolong paklong urut dia. Alhamdulilah sekarang ni dah sihat...
Aku
Aku pulak mengidap sakit bahu dan tengkuk yang teramat sangat. Sakit sangat2. Dua kali aku p klinik dan 2 hari mc. Masa balik kerja, aku mintak tolong mr hubby ngan irfan picitkan bahu aku. Kata mr hubby muka aku pucat sangat. Bila dia dah picit tu aku suruh pulak panaskan lesung batu pastu balut ngan kain dan letakkan kat bahu aku..hehehe tapi pelan2lah kang melocot kepanasan bahu aku ni. Bila bahu dah sakit urat leher pun tegang. Aku risau kalau darah naik. Tapi bila check tekanan...masih normal. Malamnya aku pi urut. Alhamdulilah rasa kurang..tapi sakitlah jugak. kepala aku jadi pening, rasa nak muntah pun ada. Pastu p urut lagi kat Plentong..rasa kurang tapi bahuku masih sakit. Jadi, bila balik kampung berurut pulak ngan Pak Long (Abang aku yang sulung). Hehehe...Ada "sesuatu" ker??? OHHH TIDAKKK, Adik comel janganlah duduk kat bahu saya...sakit tau...p jauh2 tau. Tapi sekarang dah pulih.....datang pulak sakit lain...Demam .....
Jadi, esoknya kami sekeluarga ke Klinik Kesihatan Sultan Ismail. Dekat jer ngan rumah. Saja nak mencuba kat sini....asyik p klinik berbayar jerk...kali ni apa kata cuma bayar RM1.00 seorang. Jimat duit...
Parking yang luas dan selesa.. maklumlah bangunan baru. Kami sampai pukul 7.50 pagi. pastu terus beratur untuk pendaftaran dan buat pembayaran RM1.00. Selesai pendaftaran, terus letak kad kita di kotak (tepi pintu bilik pemeriksaan). Kat sini sangat selesa ada 10 bilik...layanannya pun bagus.
Ni masa nak balik...dalam 1 jam. pukul 9 dah balik
Ini ubat yang kami dapat...
Sebenarnya ada satu lagi ubat yang kurang ni..hehehe. Mr Hubby kena injection kat montot..
irfan keluarkan balik ubat yang dia makan...kesian dia...
Kena marah ngan ayah....kotor
Akhirnya....pandai pun anak ibu makan ubat.
No comments:
Post a Comment