Thursday, September 29, 2011

Hari Ulang Tahun Muhammad Irfan Danish Bin Mustaffa yang ke 6 Tahun

Irfan...
Hari ini...29/9/2011(1 Zulkaedah 1432) Umur Irfan dah 6 tahun....
Pastinya...Irfan berasa sangat gembira dapat menyambutnya bersama kawan-kawan
Ibu tau...mlm tadi irfan tak nyenyak tdo sebab tak sabar2 nak pergi sekolah
kenapa????
Sebabnya irfan nak potong kek bersama kawan-kawan dan dapat bagi jajan utk kawan-kawan

Ibu & Ayah doakan irfan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan tubuh badan yang sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan, dijadikan anak yang soleh dan tercapai segala apa yang diimpikan...Amin..

Inilah dia Muhammad Irfan Danish Bin Mustaffa

Tahun ni, Irfan sambut birthday sederhana saja...(hehee budget lari..raye punya pasal...).  Apa yang penting? kami semuanya happy.  Kami sekeluarga sambut birthday di Pizza Hut jek...makan bertiga.  








Tahun sebelumnya semasa di Nuri Johor Jaya irfan sambut dengan semua kawan2 satu sekolah.  Tapi, tahun ni sambutannya sederhana saja... hanya bersama kawan2 J6 red castle dan J6 blue castle.  Kiranya ada lebih kurang 40 pelajar.

Inilah keknya...


Irfan bersama keknya

Irfan dan kawan2 J6 blue & red castle

 Jajan untuk kawan2






Inilah dia hadiah dari Nuri..

Hadiah dari Ibu & Ayah..apa ek??? tak tau lagi..irfan mintak flash & dash.  Kami rasa malas nak belikan dia flash & dash sebabnya sebelum dah belilan dia 2 bijik..satu warna biru dan satu lagi warna kuning.  Tapi... semuanya dah rosak...Nanti2lah ibu & ayah fikirkan apa hadiah yang sesuai dan secocol untuk irfan... Tunggu.....

Thursday, September 22, 2011

The Smurfs


Aku mmg sejak kecik lagi mmg suka menonton cerita smurfs ni.  Sebenarnya cerita the smurfs ni telah difilemkan dan ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada 1 September 2011.  Tapi...aku langsung tak tau..sehinggalah dlm minggu ni masa on the way p car park aku terpandang iklan cerita ni.  Happy sungguh2... tak sabar nak tgk.. ketinggalan keretapi aku ni sebenarnya..orang lain dah lama tengok . hehehhe
Dalam cerita ni..ada beberapa watak utamanya..antaranya ialah papa smurfs, clumsy smurf, smurfette, brainy smurf dan gutsy smurf.  Meh aku cerita skit watak-watak dia orang ni....

Papa Smurf

Tak susah kita nak kenal pap smurf ni...dia yg ada janggut putih dan bertopi merah.  Sebenarnya...kat rumah aku ada simpan patung papa smurf....(heheh selingan..) Dia  adalah ketua kepada 100 smurf di perkampungan smurf ni.  Papa ni memang mahir membuat ramuan2 magic  dan jugak racun...di makmalnya.

Smurfette

Dia ni....asal namanya ialah brunette dicipta oleh Gargamel untuk memusnahkan smurf.  Tapi atas kebijaksanaan dan magic papa smurf, maka penampilan dan warna rambutnya dah bertukar dan namanya pun bertukar sekali.  Dia suka bunga dan warna pink.  Kiranya dia ni adalah ranking yang tertinggi diantara 3 perempuan di kampung smurf.

Brainy
Brainy ni sentiasa menganggap yang dia adalah mahir dan bijak segalanya tapi...selalunya salah..kiranya ala2 poyo jerrr...Dia berkawan baik dengan clumsy.  Dia adalah pembantu papa smurf.

Clumsy
Dia ni kiranya mcm mat gabra jugaklah...sebabnya selalu sangat terjatuh...kakinya pengkor agaknya.  Hobinya suka kumpul batu. 

Gutsy
kartun2 smurf sebelum ni mmg tak der watak gutsy.  Tapi utk filem 3D terbaru dia adalah antara watak yang sama2 mencari jalan untuk pulang ke perkampungannya setelah tersesat di Big Apple, Central Park New York.

Suka merungut...hehehe tengok muka pun dah tau.. ayat kegemaran dia.."I hate......" mukanya suka berkerut..kening sebelah ternaik..

Gargamel
Penjahat ni memanglah jahattttt....kerjanya dan niatnya nak makan dan musnahkan smurf.  Pagi petang siang malam hanya memikirkan macam mana nak musnahkan smurf.

Azrael
Peneman setia dan berhati busuk sama mcm bosnya..gargamel...kerjanya membantuk tuannya memusnahkan smurf.

ok......dah faham watak semua...aku bagi sinopsis sikit yerk...

Semasa gargamel dan azrael tengah mengendap2 mencarik smurf....akhirnya dia berjumpa ngan smurf (aku tak ingatlah siapa tapi rasanya mcm clumsy sebab asyik lari terjatuh jerk).  Apa lagi..dia pun kejarlah smurf ni sehinggalah dia terjumpa perkampungan smurf.  Habis semua di musnahkannnya termasuklah makmal papa smurf.  semuanya lari bertempiran.  Masa tengah berlari ni...papa smurf dah pesan jangan pergi ke gua kecil..tapi dah kelam kabut tu...si clumsy ke dalam gua tu.  Jadi papa, brainy, smurfette, gutsy dan grouchy pun ikut sekalilah..  Gua tu adalah lorong waktu yang membawa mereka ke dunia lain iaitu New York.  Walaupun dah sampai di Big Apple Central Park New York, tetapi gargamel dan azrael tetap mahu mengekori dan memusnahkan meraka.  

Patrick dan smurf

Mereka berenam ni bernasib baik kerana telah berjumpa dan berlindung dengan pasangan suami isteri bernama patrick Winslow dan Grace.  Mereka terpaksa mengharungi pelbagai peristiwa dan situasi menyelamatkan diri daripada gargamel dan azrael serta mencari jalan untuk pulang ke perkampungan mereka semula.  

Sebenarnya, dah 2 malam aku cuba untuk menonton cerita ni sampailah abis...tapi belum kesampaian lagi sebabnnya aku tertido.....mlm ni aku cuba lagi yerk...aku nak tgk jugak aksi2 mereka untuk meloloskan diri dari penjahat gargamel dan azrael dan mcm mana dia pulang ke perkampungan smurfs.



Monday, September 12, 2011

Macam2 crita di ujung minggu

Semalam pagi...erm sebenarnya taklah pagi sangat...dekat pkl 12 tengahari kami sekeluarga bertolak balik ke Kampung Parit Bagan Laut, Rengit.  Asalnya nak balik awal tapi memandangkan irfan tak siap homework lagi..jadi perlulah disiapkan dulu.  Siap kemas umah & sidai baju.  Biasanya, utk balik ke Rengit kami suka ikut jalan di Sedenak.  Nak tau kenapa?? sebabnya aku suka sangat ngan pemandangan kampung2 kat sini.  Tapi, irfan tak suka sangat sebab kat area ladang nenas ni jalan tak rata....susah nak tido.  Aku pulak suka tgk ladang nenas ni..nampak luas dan tersusun jer tanamannya.  Oh yaa...untuk makluman, kesemua gambar2 di entry kali ni adalah ekhsan daripada pak cik google.  Kamera aku merangamlah...


Kami pun tak lepaskan peluang beli nenas kat tepi ladang ni...fresh tauu..ada yg baru di amik dari pokok tu.  Tapi kali ni kami hanya beli nenas yg dah 2-3 ari .  Murah gilerrrr...6 bijik nenas harganya hanya RM5.00 sahaja.  Besar2 tu.

Sampai jer kat Rengit, teruslah kami isi perut dulu.  Kami makan nasi ayam di kedai tepi sungai (kat pekan rengit jalan sri ladang) kalau tersalah maklumat alamat ni mohon ampun ek.  apa yg aku tau kedainya dekat ngan warong soto "wak no hand".  Kat Rengit ni mmg terkenal ngan nasi ayam Haji Ali.  Sampai jer kat warong ni ..kami adalah org yg last sekali bertuah dpt makan kat situ.  sebabnya..nasik dah habis.  Kami makan nasi ayam ngan air oren bodoh.  Korang tau tak pasal oren bodoh ni???  sedap tau air gas ni...gasnya tak kuat sangat dan tak manis sangat.  Aku suka ais krim soda (tapi kat botol tu dia tulis AIS KIRIM SODA..hahhaha apa2lah labi) irfan pulak minum air sasparila.

Ha..sebenornya air long chan.  Kilangnya kat Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

Ermmmm...satu lagi yg aku teruja kat sepangjang sungai berdekat warong ni adalah pokok bunga kertas yg cantik2.  Satu pokok ada bermacam2 warna.  Irfan sampai tutup mulut aku sebabnya mulut ni dok sebok memuji pokok cantik ni.  Mulalah berangan nak tanam depan rumahlah.

Lebih kurang ginilah pokonya...berwarna warni..cantik sangat2 tau.

Lepas makan, terus p beraya sekejap dan terus p rumah pak cik mr hubby.  Sampai kat sana, borak2 dulu.  Tiba2 aku tertanya pulak pasal pucuk ubi.  Apa lagi...mak cik hubby ajak p petik pucuk ubi kat depan rumah (kiranya kat kebun kelapa sawitlah).  Aku pun ikutlah...tapi titi nak ke kebun tu kecik jerk..aku berhati2 sungguh nak meniti ke situ..irfan saja2 jer takut2kan aku.  Rasa seronok sangat2 sebab dah bertahun2 lamanya aku tak memetik pucuk ubi kat kebun.  Dah lama rasanya...lagi pun aku mmg penakut.  Aku selalu bayangkan kat semak2 tu mesti ada ular.  perasaan jer sebenarnya.  Banyak jugaklah aku amik pucuk ubi ni...pucuknya muda2 lagi.  Pastu ternampak pulak pucuk paku...apa lagi...mari memetik pucuk paku...irfan yg over excited sebab tak pernah masuk kebun & buat aktiviti memetik pucuk2 kampung ni.  

Ni..pucuk ubi namanya....

Ni...pucuk paku merah namanya...

Ginilah rupa bentuk pucuk paku...

Masa kami di kebun, en hubby sibuk memetik buah kelapa muda.  Kami nak buah kelapa yg muda sangat2 yg belum ada isi kat dalamnya.  

En hubby petik dlm 6-8 bijik rasanya...sedap tuuu

Amik daun pisang skit..senang nanti kalau nak bakor ikan..

Sebelum balik rumah, kami dihidangkan ngan nasi putih + sup ayam + sayur campur + sambal kicap.  Adoiii..naik senak perut ni terlebih kenyang.  Habis jer makan kami terus bertolak balik sebab dah dpt panggilan ada tetamu nak datang beraya ke rumah.  Rasa penat tapi seronok......
Oklah.  Inilah sajer crita2 di ujung minggu.







Sunday, September 11, 2011

Anak

Ya!
mmg anak aku baru sorang...aku & mr hubby mmg nak anak lagi...
tapi?
semua tu...ketentuan Allah.  


Sepanjang musim beraya ni mmg aku dapat pertanyaan tentang anak bertalu2.  Ayat2 biasa yg aku kena....

"hai....satu ni ker anaknya.  Tak nak tambah lagi?"
"irfan tu ligat sebab tak der adik..kalau dah ada adik nanti...eloklah tu?
"merancang ker?"
"tak nak tambah anak lagi ke?"
"irfan nak adik tu....."

Tapi, setiap kali ditanya aku masih lagi mempu tersenyum walau pun hati ni perit nak terima.  Soal anak bagi aku cukup sensitif.  Orang2 yg bertanya macam ni...tak ingat ker...semuanya Allah yg tentukan.  Salah ker ada anak satu??????Rezeki setiap orang tak sama...boleh fikir tak sebelum bertanya.  Tapi persoalan2 spt di atas aku masih blh layanzzzz lagi...

Tapi....statement di bawah ni mmg bikin aku panazzzz

Akak R : Penat ke?
Aku  :  hehe penat skit...
Akak R : Alah ...anak satu jer..bukannya penat sangat..

Aku betul-betul sentap ngan statement ni...terguris ati aku tau..tapi entah macam mana aku blh jwb dengan intonasi yg agak keras.  Apa yg pasti akak R ni tersenyap seketika. Aku jawab

"Anak satu ker...anak 5 ker..sama jer.  penat tetap penat!!!"

akak ni yg terkezut terus jawab

"tapi kan...sebenarnya org jangan salah faham.  Anak sorang ni sebenarnya lagi banyak ragamnya"

Har har harr
ayat cover line.  
aku tau...akak R ni tak berniat langsung nak sentapkan hati aku ni..tapi terlepas cakap.  Ini menunjukkan ia seolah2 biasa diperkatakan dengan orang lain.  Tapi...kena ingat...bercakap ni janganlah ikut sedap mulut jer. Aku mmg teringin sangat nak anak pompuan.  Sampaikan aku amik anak abg long aku yg bongsu ni jd anak angkat aku.  Aku teringin tgk org lain beraya ngan baju sedondon ngan anak pompuan.  Aku cakap mcm ni bukannya aku tak bersyukur dengan dengan kurniaan Allah.  Tapi....entahlah susah aku nak luahkan mcm mana.  

Sabo jerlahhh....

Tuesday, September 6, 2011

Kambing Bakar

Best tak tajuk ni....sodap tuu..(bagi penggemar2 kambing yer hehe).  Masa hari raya ke-2 kami sekeluarga seronok buat masak2.  Menunya ialah kambing bakar, caru bakar, pari bakar dan nasik lomak.  Sebenarnya abg aku planning nak buat bakor2 ni masa raya pertama tapi disebabkan kedai kamibing tu tutup jadiknya pagi2 raya ke-2 abg aku dah ajak mr hubby p beli kambing ngan p pasor sekali.  

 inilah mastermindnyer (si baju biru samsung).  Nilah abg aku, namanya roslan.  Tapi kami panggil dia abg ros...hehe ok tak nama ni?

orang yg bertanggungjawab menyediakan tempat pembakaran (baju merah).  Ni abg ipor aku namanya joe.

Seronok gak bila sama2 bergotong royong siapkan bahan2.  Aku mmglah tak tolong sangat sebabnya busy buat keje lain.  Masing2 mainkan peranan.  Tapi aku sungguh2 tolong part makan.  Bila kambing tu sampai, bermula lah proses memotong dengan menggunakan gergaji...keras tu...

Seekor kambing

Mari memotong ....amboi..bukan main lagi faiz dan haliza berposing.  Background gambar ni korang abaikanlah yer...penuh ngan ampaian..maklumlah adik bradik ada spuloh.  Kalau dah semuanya berkumpul kat kampung.... tak cukup ampaian.

buat unggun api dulu...mr hubby & abg dan (abg ipar aku)


bahan untuk disapu kat kambing sblm di bakar & sos pencicah.  resepi ni abg joe aku yg bg..jadiknya dialah yg tukang membuatnya...

Bahan-bahan:
-  sunquick 
-  sos lada itam
-  sos cili 
-  gula
-  pepsi (sikit jer)
-  serbuk lada itam
-  asam jawa
-  lemon

semua bahan2 ni digaul rata dan disapukan kat kambing dan ikan2 yg hendak dibakar.  Amik skit dimasak utk di buat sos.

ni sedang menunggu masa utk blh dimakan hahhaha



Menu2 yang lain.....

nasi lemak...seperiuk je




wajah2 kekenyangan.....lazatttt

makan2 kat pondok uda....senang..rumah tak besepah2..

Sebenarnya, bukan senang kami nak berkumpul mcm ni.  Masing2 dah berkeluarga jadik taklah mcm dulu. Buat abg ros, selalu2lah sponser mcm ni yerkkk... Semoga kami sekeluarga kekal sepakat, bahagia, aman dan damai sebegini selamanya.....