Monday, November 14, 2011

Majlis Taklimat & Orientasi Murid Tahun 1/2012 - SK Taman Mount Austin


Cerita ni..cerita sabtu lepas 12/11/2011
Aku amik cuti utk menghadiri taklimat dan irfan menduduki ujian diagnostik.
Ujian diagnostik adalah bagi mengenalpasti penguasaan 3M (membaca, menulis & mengira) & menentukan kedudukan kelas.

Kami sampai kat skolah pkl 8 (pendaftaran bermula pukul 8 pagi)
masa ni dah ramai yg dah sampai...ngan slambernya aku blh pulak parking dalam kawasan skolah...
hahaha...lantaklahhhhhh....tapi lepas ni x blh ..kena parking kat luar...
masa beratur buat pendaftaran....
mata irfan melilau tengok sana sini...
aku tau...dia carik mana kawan2 yg dia kenal tu...
sblm ni aku cerita kat dia..irfan akan jumpa kawan2 baru...

Masing2 ibu bapa berebut2 nak ddk kat belakang...
dalam ati aku berdetik...ishhh sama jer ngan budak2 skolah...tak suka ddk depan2..
kalau aku p mana2 seminar...kerusi depan lengang...kerusi belakang mmg cepat penuh....
aku? aku amik kerusi yg 3 dari depan...

lebih kurang pukul 8.45 pagi cikgu buat pengumuman...
anak2 blh beratur utk masuk kedalam dewan peperiksaan..
perghhhh..aku pulak yg berdebar2..
irfan tersengih jer tgk aku....
aku pun bagilah kata2 "amanat" utk irfan ..."good luck..do the best & i know you can do the best"
ada beberapa orang guru uruskan budak2 ni beratur
lelaki satu barisan & perempuan satu barisan
tak ramai sangat pelajar tahun satu 2012..lelaki lebih ramai dari perempuan
dijangkakan akan  ada 3 kelas (1 Arif, 1 Bijak & 1 Cerdik)



 Irfan sebok tengok sana sini..sebenarnya dia tercari2 kwn yg satu sekolah ngan dia..
ada 4 orang lelaki dan sorang perempuan




sementara anak2 menduduki ujian diagnostik...ibu bapa mendengar taklimat daripada guru besar, guru penolong kanan dan juga guru2 lain ttg 

i.  KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
sistem ini berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran
-  memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
-  penetapan ilmu kemahiran dan nilai yang perlu diukur 
-  mengenalpasti strategi penambahbaikan
-  mengenalpasti masalah murid keciciran dalam pembelajaran
-  pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

ii.  SPPK - Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
Pentaksiran merapatkan jurang pencapaian antara seorang murid dengan murid yang lain dan memberikan keadilan serta peluang kepada murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran

iii.  SPPBS - Sistem Pentaksiran dan Pentaksiran berasaskan Sekolah
Pentaksiran sekolah berasaskan akademik (pusat & sekolah) dan bukan akademik (aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum & psikometrik)

Kerangka Standard Prestasi
Band 6 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Band 5 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
Band 4 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
Band 3 - Tahu, faham dan boleh buat
Band 2 - Tahu & faham
Band 1 - Tahu

iv.  LINUS - Literasi dan Numerasi Screening
Literasi - Bahasa Melayu
Numerasi - Matematik
-  menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
-  mengikuti proses pembelajaran mengikut tahap kebolehan diri sendiri
-  meningkat keupayaan diri dan berminat untuk belajar

Guru Besar - En. Shamsudin Bin Yamhari

Alhamdulilah...aku dah mula faham tentang sistem yg baru ni...
kalau dulu hanya 3M iaitu membaca, menulis & mengira
tapi sekarang 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menakul

lama jugaklah aku menunggu anak2 habis menjawab semua soalan 
keputusannya?????
ermmmm....keputusan blh diambil pada minggu pertama cuti sekolah..
secara keseluruhannya...majlis berjalan lancar...walaupun ada guru yang mcm gabra buat penerangan..tapi takperlah..yg penting aku faham apa yang diterangkan...
bantuan RM 100 akan dapat diterima pada bulan Februari 2012.

ok....sekian...

Sunday, November 13, 2011

Hasil Makeup.....11 & 12 Nov 2011

Hasil make up bertunang  11 Nov 2011



Cik Alia

Cik Alia datang make up kat rumah aku jer...
majlis bertunang lepas isyak..

Hasil make up bertunang 12 Nov 2011



Cik Hajar
majlis bertunangnya lepas asar..
masa makeup ni hujan lebat gilerrr...

Tuesday, November 8, 2011

Bunga Teratai


Kali ni aku nak bercerita tentang bunga teratai
sebenarnya....sepanjang parit yang bersebelahan ngan rumah aku penuh dengan bunga teratai
mcm gambar kat atas tu...
kali ni aku nampak warna bunganya putih
tapi..kalau tak silap aku dulu warna purple

Dulu seingat aku...mmg tak der pun bunga teratai ni
entah macam mana dan entah dari mana datangnya benih teratai ni...sampai berjangkit ke seluruh parit ni
bila pagi2 bunga2 kembang nampak cantik sangat2


irfan kata...
orang tak boleh memancing kat parit ni..ikan takder
yang ada cuma katak jer...
katak banyak tau..

kesahihannya aku pun tak pasti

Monday, November 7, 2011

Hasil MakeUp.....7 Nov 2011

Kali ni aku makeup orang bertunang pulak
kiranya aku sebenarnya sampai kat rumah pengantin  (eh..blh ke panggil pengantin...ekcekli aku lupa nak tanya nama dia....)
katanya majlis mula  lepas zuhur....
haaaaa..aku sampai rmh dia lebih kurang pukul 1.15 petang 
aku pulak yg sampai lepas zuhur
tapi...relax ..jangan kalut2....

Aku pun mulalah makeup budak ni...
pihak sebelah lelaki sampai aku baru nak suruh budakni tukar baju
dalam hati aku ni...dah gedebak gedebuk
jgnlah org nak sarung cincin budak ni tak siap2 lagi..
nasib baiklah pakai tudung...
sekalinya..ngam ngam aku suruh budak ni duduk kat kerusi ...aku tutup bag makeup...terus org ketuk pintu  nak sarung cincin....
huh..lega ......

Inilah hasilnya.....











ada iras2 muka Fida pentene kan?

Sambutan Hari Raya Aidil Adha & Majlis Qurban & Potong Jambul


Sambutan Hari Raya Aidil Adha meriah sangat2
mula2 kami sambut mlm raya dan pagi raya di kg mertua di Kg Bagan Laut Rengit
sepanjang perjalanan aku dok ckp ngan hubby...
apasal macam lambat jer ni...hahhaha kemaruk nak sampai kg
Irfan pulak tengah lena di ulit mimpi...
sampai kampung pun dah pkl 10.30 mlm
Mak mentua dah siap rebus nasi impit + masak sambal kacang
frust tau...sebab aku mmg tunggu2 nak blaja buat sambal kacang ni....
nampak gayanya...makan jerlah

Sebenarnya, aku terharu gak ngan bapak mentua dan mak mentua aku ni...
dua2 tak sihat sangat..
terperanjat aku bila sampai kampung bahan2 nak buat lodeh semua dah siap
pastu ayam2 pun dah dibersihkan siap diperap...
rasa bersalah pulak sebab balik lambat
tapi...nak buat mcm mana...saya menunggu en hubby balik keje...pkl 7.30 baru dia sampai rumah
lebih kurang pkl 8.30 malam barulah kami bertolak balik kampung......

Pagi raya pkl 6 aku dah bangun....
tolong2 apa yang patut
kemas2 rumah...
hubby pulak tolong gosok baju....
lepas tu irfan, hubby & abah p solat 
sempat jugaklah irfan dok mengadap org tengah buat korban lembu
bersungguh2 dia becerita ngan aku...

siap semuanya...
kami pun bertolak balik ke kampung aku di Kg Pedada Kuning, Batu Pahat
sampai jerk..lembu dah di sembelih & kerja2 melapah sedang dijalankan










Qurban & Aqiqah
kami rewang adik beradik jerk....

Gambar2 persiapan kenduri doa selamat dan potong jambul

ayahanda our masterchef

ayam di goreng dulu....pastu nak masak ayam sambal


persiapan nak buat rojak darat

daging direbus dulu sebelum di masak




haha ...berat tak??

ayam sambal

rojak darat

bunga telur

pinggan mangkuk yang akan digunakan


 bunga rampai

berzanji


bunga telur spesel utk potong jambul

rambut yang dipotong di masukkan kat dalam air kelapa ni..

 Majlis kenduri ni bermula lepas asar...ramai jugak orang kampung yg datang...meriah sangat2
bukan senang nak kumpul semua 10 orang adik beradik..inilah masanya
masing2 bergotong-royong...eratkan silaturrahim

aku selitkan sedikit gambar2 irfan & the gang




 riang ria di hari raya