Cerita ni..cerita sabtu lepas 12/11/2011
Aku amik cuti utk menghadiri taklimat dan irfan menduduki ujian diagnostik.
Ujian diagnostik adalah bagi mengenalpasti penguasaan 3M (membaca, menulis & mengira) & menentukan kedudukan kelas.
Kami sampai kat skolah pkl 8 (pendaftaran bermula pukul 8 pagi)
masa ni dah ramai yg dah sampai...ngan slambernya aku blh pulak parking dalam kawasan skolah...
hahaha...lantaklahhhhhh....tapi lepas ni x blh ..kena parking kat luar...
masa beratur buat pendaftaran....
mata irfan melilau tengok sana sini...
aku tau...dia carik mana kawan2 yg dia kenal tu...
sblm ni aku cerita kat dia..irfan akan jumpa kawan2 baru...
Masing2 ibu bapa berebut2 nak ddk kat belakang...
dalam ati aku berdetik...ishhh sama jer ngan budak2 skolah...tak suka ddk depan2..
kalau aku p mana2 seminar...kerusi depan lengang...kerusi belakang mmg cepat penuh....
aku? aku amik kerusi yg 3 dari depan...
lebih kurang pukul 8.45 pagi cikgu buat pengumuman...
anak2 blh beratur utk masuk kedalam dewan peperiksaan..
perghhhh..aku pulak yg berdebar2..
irfan tersengih jer tgk aku....
aku pun bagilah kata2 "amanat" utk irfan ..."good luck..do the best & i know you can do the best"
ada beberapa orang guru uruskan budak2 ni beratur
lelaki satu barisan & perempuan satu barisan
tak ramai sangat pelajar tahun satu 2012..lelaki lebih ramai dari perempuan
dijangkakan akan ada 3 kelas (1 Arif, 1 Bijak & 1 Cerdik)
Irfan sebok tengok sana sini..sebenarnya dia tercari2 kwn yg satu sekolah ngan dia..
ada 4 orang lelaki dan sorang perempuan
sementara anak2 menduduki ujian diagnostik...ibu bapa mendengar taklimat daripada guru besar, guru penolong kanan dan juga guru2 lain ttg
i. KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
sistem ini berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran
- memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
- penetapan ilmu kemahiran dan nilai yang perlu diukur
- mengenalpasti strategi penambahbaikan
- mengenalpasti masalah murid keciciran dalam pembelajaran
- pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
ii. SPPK - Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
Pentaksiran merapatkan jurang pencapaian antara seorang murid dengan murid yang lain dan memberikan keadilan serta peluang kepada murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
iii. SPPBS - Sistem Pentaksiran dan Pentaksiran berasaskan Sekolah
Pentaksiran sekolah berasaskan akademik (pusat & sekolah) dan bukan akademik (aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum & psikometrik)
Kerangka Standard Prestasi
Band 6 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Band 5 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
Band 4 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
Band 3 - Tahu, faham dan boleh buat
Band 2 - Tahu & faham
Band 1 - Tahu
iv. LINUS - Literasi dan Numerasi Screening
Literasi - Bahasa Melayu
Numerasi - Matematik
- menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
- mengikuti proses pembelajaran mengikut tahap kebolehan diri sendiri
- meningkat keupayaan diri dan berminat untuk belajar
Guru Besar - En. Shamsudin Bin Yamhari
Alhamdulilah...aku dah mula faham tentang sistem yg baru ni...
kalau dulu hanya 3M iaitu membaca, menulis & mengira
tapi sekarang 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menakul
lama jugaklah aku menunggu anak2 habis menjawab semua soalan
keputusannya?????
ermmmm....keputusan blh diambil pada minggu pertama cuti sekolah..
secara keseluruhannya...majlis berjalan lancar...walaupun ada guru yang mcm gabra buat penerangan..tapi takperlah..yg penting aku faham apa yang diterangkan...
bantuan RM 100 akan dapat diterima pada bulan Februari 2012.
ok....sekian...
No comments:
Post a Comment